Thursday, February 25, 2010

another new word

tuarist - pelancong yang lanjut usia

celebrating life and friendship














Semalam, kenkawan datang ke rumah sempena birthday. ('arrangement', kisah bz, dan 'serunai tak berbunyi' = kisah belakang tabir yang di luar skop entry nih). Sebelum makan-makan, ambil gambar beramai-ramai dulu.














Baby Zara pun masuk frame gak. Terkejut dia dari tido dengar pakcik makcik dia bergambar.














Inilah dia makanan yang sempat 'dikumpulkan': spicy chicken wing, pizza, trifle, choc gateau, and fruits. Terima kasihlah banyak-banyak kepada semua penaja makanan.














Ni tengah potong kek - or pretending to.














Errrr..mengapa letak gambar ni? Sebab rasa ekspresi muka agak natural. Tak de posing; gambar candid cam ni best gak. Was it Mazrah who took this photo? Ada harapan nak jadi pemilik DSLR nanti nih. :-)














Pok amai amai, belalang kupu-kupu, tepuk adik pandai, nanti upah gateau. Hahaha...sapa2 yang pandai French: please hold your breath on the rhyme of this lagu.














Serius ke apa yang ditulis kat kad tu? No... muka berkerut sebab nak fokus pada tulisan - tak pakai cermin mata.














'Peti' ni adalah album gambar. What a creative and cute item. Boleh letak gambar on four sides of the box. More pictures can be put in the vertical 'drawers' - much like the honeycomb frames of bee-keepers.














The dinner set is from Zara. Uncle like it a lot. Pandai Zara pilih, matching dengan pinggan yang uncle ada kat rumah. But Zara seems more interested in the grapefruit. Hati-hati; kot tetiba ternampak negara China.




















This is a present all the way from Malaysia. Thank you dear. I'm thinking of using it on the 12th of March.

I had a really great time yesterday. Thank you a lot friends, makcik, auntie, and along for gracing my house with your presence. May Allah give us all hasanah and bless us with the ni'mah of everlasting friendship.

Tuesday, February 23, 2010

Doa dan impian

Alhamdulillah, ramai yang mendoakan kebahagiaan, panjang umur, murah rezeki, dan kebaikan sempena ulang tahun kelahiran hari ini. Terima kasih kepada yang berdoa. Moga makbul segala doa kebaikan itu, dan melimpah kebaikan itu kepada yang berdoa.

Untuk tahun ini, ada impian yang benar-benar diharap menjadi realiti. Tercapainya impian yang besar, yang telah lama dirancang dan diusahakan, bakal jadi platform untuk menggapai impian-impian yang lain. Ada juga impian yang jatuh ke riba; tidak ditunggu tidak dicari, hadir melorongkan tenang. Alhamdulillah.

transform!













Ni la kerjanya seminggu dua ni: buat goal directed task analysis. Utk buat gambarajah ni, kena tahu tugas-tugas yang dilakukan oleh ECP. Bila dah tahu tugas2, kena tahu (dan taakul) matlamat2 yang mereka nak capai apabila melakukan tugas2 tu. Tang nak senaraikan tugas2 tu, tak de la masalah sangat. Kena teliti dan rajin menyenaraikan tugas satu persatu. Bab nak menukar dari tugas kepada matlamat ..... tu perlu perah otak sket.

Bukan mudah juga nak melakukan transformasi dari tugas ke matlamat. Patutlah kaedah GDTA melibatkan interview berbilang kali dengan responden. Nak mencari matlamat tu bukan straight forward. kadang2 dia jelas. Kadang2 dia tersembunyi.

Kalau dalam bidang matematik, transformasi boleh dilakukan dengan menggubah angka mengikut formula tertentu. Just plug in numbers in the equation, and you can get the results in the form of number, number matrices, co-ordinates, and so on. Tapi, dalam bidang sains sosial ni, 'formula'nya ada dalam kepala masing2. Maka, bergantung kepada saraf masing2 utk melakukan transformasi. Adehhh.... penat rasanya nak melakukan transformasi verbal ni.

Monday, February 22, 2010

usaha & kejayaan

Untuk menyahut seruan yang dibuat dalam entry yang terdahulu, ayah CUBA usahakan untuk mencipta hadiah istimewa untuk diri sendiri. Berbekal tips daripada seorang yang berpengalaman, ayah kirimkan dua buah sajak kepada dua penerbitan. Yang sebelum ini, tempoh seminggu memadai untuk satu sajak ayah diterbitkan. Dalam cubaan kali ini, ayah kekalkan format usaha yang sama. Malah, email iringannya juga sama; cuma diubah butirannya sahaja.

Hari Ahad hari yang dinanti. Cuba jugak menjenguk penerbitan di talian. Malangnya, tiada pengisian yang dicari. Versi talian tak sama dengan versi cetak. Perlulah bertanya kepada yang ada versi cetak. Hari Isnin, ayah bertanya pada cik Mas. Nasib baiklah ada dua penerbitan tu kat rumah cik Mas. 'Nasib' tak baik, tak de pulak sajak ayah dalam kedua-dua penerbitan tu. Usaha untuk menghadiahkan penerbitan sajak tidak berhasil. Ataupun, mungkin BELUM berhasil. Bak kata cik Mas, mungkin boleh hantar ke penerbitan lain. Apapun, usaha itu dah dianggap separuh daripada kejayaan. Memang banyak sajak yang telah ayah tulis - tapi tak dihantar ke mana-mana penerbitan. Mungkin kerana malu, takut, malas, dan pelbagai alasan. Alasan yang utama ialah 'fear of rejection'.

Mungkin lebih sesuai jika ia dipanggil 'phobia of rejection' - kerana perasaan takut itu tidak mempunyai asas yang kukuh. Phobia sebegini banyak membataskan potensi. Bak kata Pengetua sekolah, 'setiap pelajar mempunyai potensi'. Tapi, bila potensi itu dibayangi fobia, maka terbantutlah usaha untuk merealisasikan potensi. Jangan takut untuk mencuba. Jangan takut untuk gagal. Tiada apa kos pun. Tak perlu jilat stem pun untuk menghantar sajak - cuma menaip dan tekan butang 'send' sahaja.

Apabila berani menyanggah fobia, makin lama akan makin nampak kegoyahan asas fobia itu. Akan makin beranilah diri. Dan akan makin luas jalan terbentang untuk menterjemahkan potensi menjadi kejayaan. Kita boleh!

Tuesday, February 16, 2010

Creating a fortune

Some people HOPE to stumble into good luck. Some would actually PREPARE for it. These two approaches reflect differing mindset with regards to obtaining good fortune in life. In a 'magical' world, good luck does present itself to the lucky recipient. Even in a real world, this perhaps happen sometimes. But, to acknowledge such thing as truly and purely happening by chance would require the nullification of cause-and-effect laws. Things does not happen at random. We say things happen by chance because we do not (yet) see the chain of events leading to the good fortune. In other words, 'luck' is what we have in the absence of a plausible explanation.

Those who believe in preparing for good outcomes are more realistic. Perhaps they do acknowledge the lack of explanatory power. None the less, there is a strong belief in the cause-and-effect law. So, in order to obtain a good fortune, enough foundations have to be laid out. If you want to gain RM100, you have to put enough efforts that would be worth at least that much. It has to be said that sometimes the foundations that we lay may not lead to the expected (or hoped for) outcomes. There are other forces operating in the causal link that removes the expected outcomes from the equation. To these unforeseen forces, we have to be patient. As muslims, we PREPARE for good outcomes. In addition, we should PRAY to Him to grant our wish. If it was not meant to be, then don't be disappointed. We might not know and understand the chain of event comprehensively. But He does. For He is All-Knowing and Wise. We do believe in his wisdom, don't we?

To get good fortunes, we have to WANT it, PREPARE for it, and PRAY for it. Once we get it, we have to be THANKFUL. If we don't get it, be PATIENT, and TRY again. Or CREATE another fortune.

kepala berasap

kepala berasap - this is one of my pet phrase. Kalau dok bertekun menulis, memang boleh berasap kepala. Boleh imagine neurotransmitter merentas synaptic channels, back and forth. Juga neural impulses yang bergerak lebih laju dari kecepatan Gaban memakai baju kalis api. Berdesup ..... mana tak berasap. Laju sangat.

Hari ni, terasa sekali lagi keberasapan kepala itu. Semuanya gara-gara menulis conference paper yang nak dihantar ke Miami itu. Well, if we use a root cause analysis, the precedent cause is the lack of serious preparation. The ideas to be put on the paper had been mulling in my head for sometime now. The closer to the deadline (bukan DATEline), the 10-pages target seems scarier. (diversion - tak de la nak hit exactly 10 pages; tu hanyalah maximum number of pages allowed by the conference organiser).

But, alhamdulillah, it became less scary after some serious efforts are put to complete the paper. By the end of the day (and available sunlight), the paper had progressed to the half-way point. If the actual target of less-than-10-pages is considered, I've gone beyond the half-way point already. Yeayyyy!!!!! tak sia-sia memberasapkan kepala.

Sunday, February 14, 2010

new words

cerekaramai - rancangan tv yang diubah plot, karakter, dan dialog oleh penonto terutamanya semasa ditonton beramai-ramai
program motibasi - program peningkatan pencapaian (terutamanya di sekolah-sekolah) yang dikitar semula tanpa mengambil kira keperluan peserta
chermin mata - alat bantuan penglihatan dengan stail retro
keterhasilan - pencapaian KPI secara tidak sengaja
kumisen - misai jurujual
chektak rompak - satu bentuk denial (mekanisma bela diri) untuk mengurangkan rasa bersalah setelah membeli DVD tak ori


Tuesday, February 09, 2010

ada kalanya berkurung itu lebih baik
















Dah lama kau bebas. Kini aku kurung kau. Dulu bebas ke sana sini. Aku yang jemu menunggu kau terkedek-kedek; ke reban ayam, mengait buah, membajak tanah.

Sekarang ni, kau kukurung. Bukan hendak membataskan pergerakan, tapi untuk mempercepatkan kerja. Duduk di situ diam-diam. Untung ada sistem kerja sebegini. Elok juga kalau kerja berjalan waktu kita duduk diam-diam. Yang penting, sudah ada sistem yang membenarkan kerja berjalan dinamik waktu kita santai statik. Kalau rasa malas buat satu kerja, buatlah inovasi yang mengautomasikan kerja tu.

hutang

Eh! Ada 12 entry je utk January 2010? Not a good start to the year. Banyak aje perkara yang boleh dicatatkan di sini. Setakat ni, idea-idea tu masih berlegar2 dalam kepala; menjadi hutang kreativiti yang perlu dilunaskan.

Percutian di Malaysia masih belum dikisahkan. Kalau diikutkan, ada beberapa episod yang boleh dicatatkan. Kalau buat episod mengikut destinasi cuti, ada episod Shah Alam, Lumut/Pangkor, Teluk Intan, Manjung, Genting Highland, dan KL. Of course, kisah di kampung pun boleh ditulis sebagai satu episod.

Tidak menulis bukan tanda tidak ingat
dalam hati tidak tergugat
di benak fikir tetap melekat
hujung jari kekadang terikat

Thursday, February 04, 2010

crocus dah sampai

Gerimis pagi ini turun dengan bau segar. Mungkin tak berbau pada kebanyakan orang. Tapi, seperti beberapa minggu dulu, perjalanan ke pejabat terasa menyelesakan dengan bau yang nyaman. Walau gerimis, sejuk tidak menggigit kulit.

Tidak jauh dari perrpustkaan, ternampak sesuatu yang menarik di tanah. Mungkin inilah yang mendatangkan bau nyaman pagi ini.















Bunga apa ntah. Tak pernah nampak pulak sebelum ni.















Yang ni pulak....ya...inilah yang ditunggu-tunggu. Crocus telah tiba. Ketibaan crocus petanda kepada kemaraan musim bunga. Hati pun mula terasa berbunga-bunga. Moga makin ceria, makin segar. Dan bila tiba musim luruh nanti, moga ada hasil untuk dituai dan dikongsikan.