hutang

Eh! Ada 12 entry je utk January 2010? Not a good start to the year. Banyak aje perkara yang boleh dicatatkan di sini. Setakat ni, idea-idea tu masih berlegar2 dalam kepala; menjadi hutang kreativiti yang perlu dilunaskan.

Percutian di Malaysia masih belum dikisahkan. Kalau diikutkan, ada beberapa episod yang boleh dicatatkan. Kalau buat episod mengikut destinasi cuti, ada episod Shah Alam, Lumut/Pangkor, Teluk Intan, Manjung, Genting Highland, dan KL. Of course, kisah di kampung pun boleh ditulis sebagai satu episod.

Tidak menulis bukan tanda tidak ingat
dalam hati tidak tergugat
di benak fikir tetap melekat
hujung jari kekadang terikat

Comments