usaha & kejayaan

Untuk menyahut seruan yang dibuat dalam entry yang terdahulu, ayah CUBA usahakan untuk mencipta hadiah istimewa untuk diri sendiri. Berbekal tips daripada seorang yang berpengalaman, ayah kirimkan dua buah sajak kepada dua penerbitan. Yang sebelum ini, tempoh seminggu memadai untuk satu sajak ayah diterbitkan. Dalam cubaan kali ini, ayah kekalkan format usaha yang sama. Malah, email iringannya juga sama; cuma diubah butirannya sahaja.

Hari Ahad hari yang dinanti. Cuba jugak menjenguk penerbitan di talian. Malangnya, tiada pengisian yang dicari. Versi talian tak sama dengan versi cetak. Perlulah bertanya kepada yang ada versi cetak. Hari Isnin, ayah bertanya pada cik Mas. Nasib baiklah ada dua penerbitan tu kat rumah cik Mas. 'Nasib' tak baik, tak de pulak sajak ayah dalam kedua-dua penerbitan tu. Usaha untuk menghadiahkan penerbitan sajak tidak berhasil. Ataupun, mungkin BELUM berhasil. Bak kata cik Mas, mungkin boleh hantar ke penerbitan lain. Apapun, usaha itu dah dianggap separuh daripada kejayaan. Memang banyak sajak yang telah ayah tulis - tapi tak dihantar ke mana-mana penerbitan. Mungkin kerana malu, takut, malas, dan pelbagai alasan. Alasan yang utama ialah 'fear of rejection'.

Mungkin lebih sesuai jika ia dipanggil 'phobia of rejection' - kerana perasaan takut itu tidak mempunyai asas yang kukuh. Phobia sebegini banyak membataskan potensi. Bak kata Pengetua sekolah, 'setiap pelajar mempunyai potensi'. Tapi, bila potensi itu dibayangi fobia, maka terbantutlah usaha untuk merealisasikan potensi. Jangan takut untuk mencuba. Jangan takut untuk gagal. Tiada apa kos pun. Tak perlu jilat stem pun untuk menghantar sajak - cuma menaip dan tekan butang 'send' sahaja.

Apabila berani menyanggah fobia, makin lama akan makin nampak kegoyahan asas fobia itu. Akan makin beranilah diri. Dan akan makin luas jalan terbentang untuk menterjemahkan potensi menjadi kejayaan. Kita boleh!

Comments

Telipuk Kuala said…
Sifu saya kata, tak berjaya bukan bermakna gagal. Bukan gagal, cuma kita tidak mendapat keputusan yang kita inginkan. Keputusan ada, tapi ianya keputusan yang salah. Jadi, apa yg perlu dilakukan ialah menukar strategi. Moga-moga kelak berhasil mendapatkan keputusan yang dikehendaki.
Setuju. Dan kadang2, keputusan yg 'salah' itu bermanfaat jugak. Boleh jadi itulah yg boleh memenuhi keperluan kita yang sebenar.

Hope you'll have the opportunity to be trained as a trainer again.