Thursday, April 28, 2011

PhD: almost done

Alhamdulillah. Maha Suci Allah yang memberikan keupayaan untuk berjuang hingga ke tahap dan takat ini.

Viva selama 3 jam telahpun tamat. Penantian untuk mendapatkan keputusan tidaklah begitu lama; tapi berbagai perasaan sempat menghimpit dada. Bila penilai memaklumkan keputusan, terasa bagai dilambung tinggi: lebih tinggi dari yang ditakutkan. Namun, senarai pembetulan yang diberitahu membawa diri kembali ke tapak usaha.

Makin hampir menggenggam PhD. Moga dipermudahkan urusan membuat pembetulan.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu hingga sampai ke tahap ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas dengan secukupnya.

Tuesday, April 19, 2011

basahkan setem

Dah lama tak mengepos surat di Malaysia. Last time pos surat, setem berharga 30 sen je. Semalam, masa nak beli setem, rupa2nya dah ada harga berbeza. Harga naik tu, dah 'biasa' lah. Tak de le jangka harga kekal pada tahap 30 sen. Yang tak dijangkanya, harga berbeza ikut warna sampul surat. Kalau sampul putih, 60 sen. Kalau warna selain daripada tu, 80 sen. So, lepas ni beli envelop yang warna putih aje la yea. Warna coklat, kelabu, pink, merah menyala, dan sebagainya hanya akan meningkatkan kos menghantar surat. Ingat tu...ada pilihan: nak yang membebankan, atau yang tak membebankan.

Tuesday, April 12, 2011

bahasa akhbar

Utusan Malaysia, 12 April 2011: di bawah sebuah gambar, ada tertulis keterangan berikut.

SEBAHAGIAN kereta buatan Malaysia yang dicuri dan dileraikan komponennya di Balai Polis
pandan indah, Kuala Lumpur

Apa yang saya (tak) faham:

1) pencuri hanya mencuri bahagian tertentu kereta, yakni bukan keseluruhan kereta.
2) pencuri meleraikan komponen kereta di Balai Polis.
3) Polis tak perasan pencuri bekerja di Balai Polis.

Itukah mesejnya, tuan wartawan (dan editor)?