Thursday, April 28, 2011

PhD: almost done

Alhamdulillah. Maha Suci Allah yang memberikan keupayaan untuk berjuang hingga ke tahap dan takat ini.

Viva selama 3 jam telahpun tamat. Penantian untuk mendapatkan keputusan tidaklah begitu lama; tapi berbagai perasaan sempat menghimpit dada. Bila penilai memaklumkan keputusan, terasa bagai dilambung tinggi: lebih tinggi dari yang ditakutkan. Namun, senarai pembetulan yang diberitahu membawa diri kembali ke tapak usaha.

Makin hampir menggenggam PhD. Moga dipermudahkan urusan membuat pembetulan.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu hingga sampai ke tahap ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas dengan secukupnya.

4 comments:

Telipuk Kuala said...

Tahniah dan selamat maju jaya sehingga ke akhirnya.

Harris Shah Abd Hamid said...

terima kasih

Ri said...

selamat berusaha! moga berjaya hendaknya!

Harris Shah Abd Hamid said...

thanks Ri