Thursday, March 26, 2015

Is your university listed in UKNaric?

I've just filled up a new form for postgraduate admission issued by the Centre for Postgraduate Studies, IIUM. One part of the form requires checking of the applicant's alma mater status - whether or not it is recognised by different bodies like Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Another recognising body is UKNaric. 

This is how you check whether an academic institution is listed in UKNaric or not. 

1. This is the login page: www.naric.org.uk/naric. Use the username and password supplied by your own institution.


2. At the landing page, scroll down until you see 'Online Databases' (shown in the next image)


                                       

3. You'll get a new tab. Scroll down until you see 'International Comparison'. Click on it. 

                                     

                                     

4. At the landing page, scroll down and click on 'Institutional Listing'.

                                      

 5. You'll see an alphabetical list of countries. Select the country (e.g. 'I' and then 'Indonesia'). You'll see a list of all the universities in Indonesia that are included in the UKNaric listing. You may want to use the 'Find' menu (Ctrl+F) from your (Chrome) browser to locate the institution. 



And you're done. 


Wednesday, March 25, 2015

Tadabbur ayat surah al-Mujaadalah 19 ke 22

"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina.
Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang) ". Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya
(Al-Mujaadalah: 19-22)
Banyaknya peringatan, teguran, dan harapan (optimism) dalam ayat-ayat ini. Dan terasa sangat releven dengan apa yang berlaku dalam negara baru-baru ini berkaitan hukum hudud.
- di puak mana kita ingin berada? Di mana kita hendak menetap secara kekal nanti?
- siapa kita untuk membangkang ketetapan Allah s.w.t.?
- pertalian darah tidak sepatutnya menjadi alasan untuk membelakangkan Allah s.w.t. dan agama yang diturunkannya. Aptah lagi hubungan yang bukan sedarah. Memang wajarlah disebut syariat Allah lebih penting daripada Pakatan.

Statistics Song

Songs and their statistics. For this songs to work, we have to assume that we are talking about more than one 'aku' and 'dia'.


1. Aku Yang Dulu (Tegar) - repeated measure t-test
2. Ramalanku Benar Belaka (Umbrella) - regression
3. Aku, Kau dan Dia (Shila Amzah) - one way ANOVA
4. Kesilapanku, Keegoanmu (Siti Nurhaliza) - independent samples t-test
5. Percayalah (Siti Nurhaliza) - reliability co-efficient
6. Kita Serupa (Headwind) - fail to reject null hypothesis

Friday, March 20, 2015

Bila gunting rambut

Bila bergunting rambut, aku diperingatkan tentang banyaknya uban di kepala. Rambut yang berguguran lebih banyak 'salt' daripada 'pepper'.

Setiap insan ada chobaan hidup - sesungguhnya satu chobaan untukku ialah keinginan untuk mewarnakan rambut. Ada yang mencadangkan aku menghitamkan rambut. Tapi ada nas yang jelas yang mengharamkan lelaki menghitamkan rambut. Keinginan itu ada..tapi masih dapat dikawal. Tabahlah hati makan garam.

Thursday, March 19, 2015

Bila Manusia Kalah Dengan Jin

Kalau ada problematic behaviors and/or attitude (e.g. malas belajar, susah nak control marah, tak boleh nak berhenti merokok), jangan cepat salahkan jin dan gene. Itu namanya external attribution. Cuba check internal attribution juga. Apa yang kita dah buat untuk menguruskan masalah tu. Kalau kita cuba mengubah diri dengan rawatan 'melawan' jin, maknanya kita mengutamakan jin dalam masalah tu. Sudahkah kita cuba kaeadah rawatan yang lain?

Kalau kita mengatakan, "aku begini begini disebabkan jin/syaitan", maka kita telah memenangkan jin. Kita mengiktiraf kebesaran dia lebih daripada yang sepatutnya. Padahal dia sendiri pun tunduk takut pada Allah s.w.t.
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya (Surah Ibrahim [14:22])

Kalau kita mengatakan, "aku begini begini sebab memang keturunan aku begini", maka kita telah melemahkan usaha dan ikhtiar. Kita mengaku kalah dan berserah kepada ketentuan yang dialami. Seolah-olah kita lupa bahawa kita ada Allah, sedangkan Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa, Yakinlah bahawa tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah s.w.t.


Kempen anti rokok di sekolah

Di mesyuarat PIBG sekolah
Ada murid yang ponteng sekolah dan merokok secara sembunyi2 di masjid sampai puntung rokok bertimbun-timbun; pengurus masjid pun dah tak reti nak cakap apa. Ini masalah DISIPLIN.
Pihak sekolah dah berkempen ANTI DARIH (Dadah, alkohol, rokok, inhalan, dan HIV). Siap lantik Ikon DARIH lagi.
Pakcik-pakcik merokok secara terang-terangan di perkarangan masjid. Ini tak apa?
Berhentilah menjadi ikon rokok kepada generasi anak-anak kita.

Tuesday, March 17, 2015

Changing consumer attitude

If we want to change the existing and future consumer attitude towards a product or service, we change the basic motivational function. Using the advert from Shaklee Malaysia as an example, we can highlight these motivational functions.


1. Utilitarian function
The ads can be supplemented with testimonials from users who had experienced positive benefits e.g. less asthmatic symptoms, reduced joint inflammation, reduced wight, etc. People's attitude tend to be more positive when a product is shown to be useful and helpful.
2. Knowledge function
The ads can provide more information about the product to satisfy the cognitive needs or 'thirst for knowledge'. Showing how Omega Guard is different from other fish oil supplement (e.g. sourced from deep-sea cold water fish) can make the product be seen more positively.
3. Value-Expressive Function
If we have a market segment that held positive values for healthy living, the ads can be tailored to appeal to the values. For example, phrases like "Each capsule is a gem in your healthy crown" relates the product to what the consumers feel important in their life.

Senda Selasa

pakalang.blogspot.com

Apa pensyarah buat di universiti?


Semalam ada pertemuan antara ahli Kuliah IRKHS dengan University Management Committee. Antara perkara yang dibangkitkan termasuklah KPI Kulliyyah, pengiktirafan untuk jurnal berbahasa Arab, masalah kemudahan dan fasiliti (termasuk pencerobohan monyet), pembiyaaan penyelidikan, dan isu cascading KPI.

Here's my reflection of the session
1. Passing the responsibilities
Ministry to universities: don't expect the ministry to fully support your operational budget.
University to faculties: don't expect the university to provide the whole budget for your operation.
Q1. Whom did the ministry listened to?
Q2. What will the faculties tell to the academic staff?

2. Graduate employability

Why is graduate employability a KPI of the Ministry of Education? And cascaded down to the Vice Chancellors, Deans and Head of Department?
- this is not an accusatory question. This is a question to facilitate my own divergent thinking.

3. KPI on graduate employability

Why was 80% chosen as the minimum employability for the Kulliyyah? Where did this number come from. What is the base line.

Out of all of these issue, I am asking myself, apa sebenarnya yang pensyarah perlu buat di universiti?

Pantun ringkas

Kalau melebur besi
Biar panas apinya
Kalau melakar mimpi
Biar kemas isinya


Bila memaasang impian, biar jelas apa yang diimpikan. Itu rule of goal setting. 

Asam keping atau gelugor

Bunganya ringkas tidak ranggi
Buahnya kuning bila masak
Kuah laksa dialah penyeri
Rasa masam disangkal tidak


Haaa .. ni la dia bunga dan putik asam keping a.k.a. asam gelugor. Nama saintifiknya Garcinia atroviridis. Pokok dia ada kat depan rumah abah di kampung. Simple je bunga dia kan?

Kalau tengok gambar tu betul-betul, jangan pulak terpedaya dengan dua jenis daun yang berbeza. Ada pokok sirih yang dok menumpang pokok asam keping ni. Jangan dok buat fitnah bukan-bukan kat pokok asam keping ni ok. Hahaha.

Buah asam keping ni, bila dah masak, dia jadi kuning. Nampak cantik. Tampuk merahnya masih kekal walaupun buah dah masak. Buahnya sangat juicy, tapi tak sesuai dibuat jus sebab masam ya amat. 




Inilah rupanya bila buah yang masak dibelah. Ada biji yang bersalut pulpa lembut. Biasanya biji ni dibuang sebelum buah dihiris-hiris.

Setelah dihiris, ia dijemur sampai kering. Dari warna kuning, dia akan jadi warna coklat atau kehitaman. Bila dah kering, apa lagi...jom masak laksa.

Hari Yang Panjang

3 Mac 2015

Hari yang panjang ni bermula seperti biasa: hantar anak ke sekolah. Selepas itu, drive ke Ara Damansara untuk kursus Thinking Critically and Solve Problem Creatively di Ramsey Sime Darby Medical Centre Ara Damansara. Seronok dapat buat training untuk akak-akak dan adik-adik yang kerja di hospital dan kolej Sime Darby. Program training habis pukul 5, bergerak pula ke Sri Rampai. Ada client merangkap 'anak' dalam Shaklee nak beli barang. Kedai Shaklee tu terletak di kawasan perniagaan yang selesa. Senang nak parking. Dan senang nak berurusan di situ. 

Selepas membeli, terfikir pulak macam mana nak hantar barang kepada client ni. Esok nak sambung training di Ara Damansara. So, the whole day memang tak boleh jumpa di kampus. Dalam hati kata, kalau ada juimpa student, boleh la tolong kirimkan kat dia; sebab client tu akan berada di kampus esok.

Lepas beli barang, drive pulak ke Wangsa Walk. Ada dua tujuan ke situ. Yang pertamanya, nak pergi celebrity Fitness. Sempat la mandi manda di situ dulu untuk menyegarkan badan. Lepas solat magrib, ada one-to-one class dengan sorang student master. Dia ambil satu course  (Consumer Behaviour and Marketing) untuk menyempurnakan program masternya. Hopefully dia boleh graduate lepas ni.  Siap masuk farmasi Guardian untuk tengok barang-barang dan bagaimana barang tu ditujukan kepada segmen market tertentu. Lebih kurang 9.45 baru abis kelas dengan dia. 

Plan nak makan lepas tu. Tapi rasa malas dan nak balik. Baru nak start enjin kereta, nampak muka yang familiar. Rupa-rupanya si Rauf, student psikologi. Dia dan kawannya si Pchort (bunyinya 'picot') baru beli kek untuk sambut birthday kawan depa, Amirul Naqib, student psikologi juga. Amirul ni antara top scorer subjek statistik yang pernah diajar. Depa ajak join 'mensurprisekan' Amirul yang dok tunggu di KFC 24jam Wangsa Maju, sebelah Wangsa Walk.

So, dapatlah makan kek dan ayam goreng KFC tanpa dirancang. Dan dapat jugaklah mengirimkan barang Shaklee kepada client melalui Amirul. Lepas tu, balik rumah dengan hatiyang seronok. Demikianlah kisah sebuah hari yang panjang.

warna rambut matching dengan warna baju


Kedua-dua gambar ni diambil dari Facebook Amirul. Ada ambil gambar kat phone sendiri. Tapi malas nak letak. Hahah.

Literature Review mistake

Bila berbincang tentang Literature Review, tak boleh lari daripada bincang pasal RQ (Research Question). Kalau dah ada RQ yang jelas, baru boleh tetapkan apakah yang ingin dicapai dengan membuat review.
Kalau tak ada RQ, jadi la macam kes ni: penat je baca chapter LR...pusing sana, pusing sini. Tak tau apa motif dan apa destinasi. Ibarat dibawa berjalan dari Suria KLCC ke Pavillion, dan diceritakan keindahan Berjaya Time Square, dan masuk pula ke Menara KL, tetapi sebenarnya dia nak belanja minum di Avenue K yang betul-betul depan KLCC je.


Silalah makan kangkung mentah ni.

Penyucian



Hujan lebat
Bbanyaknya air yang turun ini
tidak mencairkan kekeruhan
di sungai yang makin nazak
Moga segala cemar dan dosa
dijernihkan rahmat yang turun bercurahan
hari ini.

Friday, March 13, 2015

Lemak Viseral

Macam cantik je namanya: viseral. Rupanya pun barangkali cantik kalau dihias betul-betul. Tapi cantikkah memiliki banyak lemak viseral?

Aduhaii.... lemak itulah yang berkumpul di kawasan abdomen sehingga menjadi spare tyres. Itu jugaklah yang membuatkan six packs malu-malu untuk kelihatan.

Bila kali terakhir mengukur BMI dan saiz pinggang?

Apa yang dah dilakukan untuk mencapai BMI dan saiz pinggang yang ideal?


Gajah sama gajah berlawan, kancil pulak yang bersilat

How i prefer to think:
Rafael Nadal cakap kat Andy Murray, "Hari tu aku tengok hang buat serve silap la. Kalau ikut peraturan, hang tak boleh dapat mata kalau serve lagu tu."
Bila orang yang tak berapa minat Andy Murray dengar Rafael Nadal cakap cam tu, depa pun setuju.
Setuju tu setujulah, mudah-mudahan kita di pihak kebenaran. 
Tapi saya nak mengelak daripada berfikir, bahawa dengan kesilapan satu serve itu, Andy Murray dah jatuh tersungkur dan saya dah layak nak lawan dia di acara Grand Slam. Andy Murray dan Rafael Nadal satu liga. Saya liga lain.

* * *

Bila ulama bertentangan pendapat, kita usahlah jadi mangkuk tambah tak tentu hala. Kalau kita rasa nak sokong ulama A, silalah sokong. Nak sokong B, pun sokonglah. Mudah-mudahan yang kita sokong itu kebenarannya, bukan orangnya. Jika bahan pertentangan tu adalah perkara cabang atau ranting, mungkin tak perlu nak sokong gila-gila mana-mana pihak pun. Lainlah kalau yang dipertentangkan tu adalah perkara pokok yang memang jelas hitam putihnya.Di situ kita perlu mengambil pendirian yang jelas; mengikut asas perundangan Islam yang benar. 

Satu sikap yang saya tak berkenan secara peribadi ialah kecenderungan mencantas, menjatuhkan atau mengecilkan seseorang ulama (termasuklah ulama agama dan ulama sains) yang buat satu kesilapan. Seolah-olah telah hilang segala ilmunya. Dan kita pulak dah jadi lebih hebat daripada dia. Kekurangannya yang satu itu, selagi tidak meruntuhkan ilmunya yang lain-lain, maka tidaklah mengurangkan kehebatannya secara signifikan. 

Layakkah kita nak beradu dengan Murray kerana dia pernah kalah di tangan Nadal?


Thursday, March 12, 2015

Pantun dua kerat lawak



Alahai...comel sungguh la adik ni.
Tak tahan tengok dia gelak lepas berpantun. Unfortunate events menjadi tema utama pantunnya. Itu lah yang membuat pantun tu kedengaran lawak.

Apa kata kita cuba buat pantun yang bertemakan nasib baik pulak. Lawak ke tak?

Dalam tepung ada rambut, nasib baik tak botak lagi
pergi kedai membeli tepung, tepung tak kena gst
tolak motor nak isi minyak, tangki penuh lagi...

Epifit dan Parasit


Pokok pada pokok
Menambahkan rupa hebat
Pokok menumpang pokok
Saling menjadi kuat

Pokok atas pokok
menimbulkan rasa gerun

pokok mengikis pokok
yang di bawah terkorban

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Pada hari Ahad lepas pergi berjalan-jalan dengan isteri dan anak-anak. Destinasinya: Taman Botani Perdana. Dulunya taman ni dikenali Tamana Tasik Perdana. Sekarang ni penguasanya nak tekankan aspek botani lebih daripada aspek tasik agaknya; maka itulah diubah namanya.

Pelancong luar mahupun pelancong dalaman silalah terpesona dengan pemandangan menarik di taman ini. Teruja tengok pokok berbagai saiz dan rupa. Banyak perbendaharaan flora (dan sedikit fauna seperti tupai, burung merpati, burung gembala kerbau, dan monyet liar) yang boleh ditatap secara percuma di tengah-tengah Kuala Lumpur.








Sehiris Falasi

Falasi korelasi
dicambahkan dari benih ilusi
mengada-adakan rantaian sebab-akibat
tersungkur logik
pada naratif yang fantastik

Promosi Shaklee Mac 2015

Pemberitahuan.

Pemberitahuan.

Pemberitahuan.

3 kali nak beritahu ni. Sebab ada tiga produk marvellous Shaklee yang ditawarkan dengan promosi istimewa bulan ni. 


ESP: Beli 2, diskaun 5%: RM285 untuk dua tin

Vitalea: Beli 3 percuma 1. RM111 sebotol

Zinc Complex: Beli 3 percuma 1 RM33.75 sebotol



ESP untuk Sado?

Ambil protin sebelum workout: 
bekalkan bahan tenaga untuk mengerah otot-otot sewaktu workout. 
minum protin sebelum workout juga membantu membakar lebih banyak kalori dan lemak. 
Moh minum ESP.

ESP: Encik Sado Punya.

Sehelai Daun Pisang

Mana layaknya, difikiranmu,
Sehelai daun pisang
Diletak atas ubun-ubunmu
Selagaknya ditunjal dan dicarik
Pantas engkau mengherdik

Daun pisang yang nipis
Cuba meneduhmu secara berlapik
Biarpun ia hijau dan kempis
Dapat juga meneduhmu sedikit
Dan menapis wajahmu dari tertonjol

Bersyukurlah ada sehelai daun
Yang didatangkan sukarela
Waktu engkau menatang diri
Makin terdedah cela yang wangi
Pada hidungmu dan sekutu yang memuji

Bila kau pijak sehelai daun itu
Makin terserlah bobroknya minda
Pemberi daun bukan musuh peribadi
Yang selayaknya dipersepsi
Sebagai antagonis abadi

Monyet masuk bilik

Chobaan.....

Bila masuk ke ofis pagi semalm, tengok bilik berselerak.

Ya Rabb.... terus tebak ini kerja monyet. Bila dilihat tanda-tandanya, memang makin jelas kesan kehadiran makhluk berbulu dan berekor panjang tu.

Kerusi dah tak sanggup nak dipakai..dah berbau dia. Tompok-tompok berwarna dah menodai kebiruan kerusi. Hajat kecil dan hajat besar dia la tu. Kerusi tu bukan tisu tandas la cik mon.

Makcik Hasnah tolong bersihkan bilik..kurang la bau hancing dan bau ketiak monyet (kalau tak tau bau tu macam mana..pergilah angkat tangan monyet dan cium semahunya).