Bila Manusia Kalah Dengan Jin

Kalau ada problematic behaviors and/or attitude (e.g. malas belajar, susah nak control marah, tak boleh nak berhenti merokok), jangan cepat salahkan jin dan gene. Itu namanya external attribution. Cuba check internal attribution juga. Apa yang kita dah buat untuk menguruskan masalah tu. Kalau kita cuba mengubah diri dengan rawatan 'melawan' jin, maknanya kita mengutamakan jin dalam masalah tu. Sudahkah kita cuba kaeadah rawatan yang lain?

Kalau kita mengatakan, "aku begini begini disebabkan jin/syaitan", maka kita telah memenangkan jin. Kita mengiktiraf kebesaran dia lebih daripada yang sepatutnya. Padahal dia sendiri pun tunduk takut pada Allah s.w.t.
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya (Surah Ibrahim [14:22])

Kalau kita mengatakan, "aku begini begini sebab memang keturunan aku begini", maka kita telah melemahkan usaha dan ikhtiar. Kita mengaku kalah dan berserah kepada ketentuan yang dialami. Seolah-olah kita lupa bahawa kita ada Allah, sedangkan Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa, Yakinlah bahawa tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah s.w.t.


Comments