Monday, September 27, 2010

Tembakau dan Sirih

Sajak yang ditulis pada 15 September 2010 dengan tajuk Tembakau dan Sirih telah diterbitkan di ruangan Sanggar Kreatif Berita Minggu pada 26 September 2010. Alhamdulillah. Ini sajak ketiga yang terbit sejak bergelar pelajar PhD.


Kekerapan berjalan-jalan di Leicester telah mencambahkan idea untuk menulis sajak ini. Agak lama juga benih ini tersimpan. Ketika otak berserabut menulis manuskrip untuk jurnal dan juga bab 1 tesis, benih itu terpanggil keluar. Duduk mengadap PC, akhirnya berjaya menzahirkan idea. Sebelum menyambung kerja penulisan akademik, sajak itu dihantar melalui email.


Alhamdulillah. Masih ada rasa teruja bila tahu sajak itu diterbitkan. Terima kasih kepada yang memberitahu. Terima kasih kepada yang memberi galakan. Terima kasih kepada yang mengirimkan gambar muka surat 21 sisipan BM2.


Friday, September 17, 2010

Saya Tidak Simpan Duit

National Geogossip

17 September 2010

KUALA LUMPUR: "Saya langsung tidak pernah menerima apa-apa duit dari lelaki itu. Usahkan RM1,111.11, RM1.11 pun saya tak pernah terima. Saya tak sorokkan duit dia." Demikian penafian CT terhadap kenyataan seorang pelakon dan penyanyi yang tersiar di dada akhbar semalam.

Menurut pemilik nama penuh Cacing Tanah ini, dia amat terkejut apabila pelakon berkenaan membuat kenyataan akan menuntut wang dari bekas suaminya hingga ke lubang cacing. Dia tidak menyangka dirinya akan terbabit dalam pertikaian antara pelakon tersebut dan bekas suaminya.

"Saya menasihatkan pelakon tersebut agar lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kepada pihak media. Jika dia ada bukti penglibatan saya di dalam hal ini, sila kemukakan. Kalau tidak ada, lebih baik diam sahaja. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika perlu" katanya lagi.

Dengan nada kesal, CT menambah, "Mengapa kediaman saya yang nak dijadikan mangsa. Lebih baik simpan wang tersebut di bank. Kepada lelaki berkenaan, jangan sesekali berniat menyorokkan duit di lubang cacing. Awas! Saya komposkan duit anda nanti," demikian amaran dari CT yang semakin kepanasan.

Thursday, September 16, 2010

lesen tv

"There will be no increase to the TV licence fee in 2011 after the BBC Trust offered to freeze it at £145.50 for the next two years."

That's the line in a news article published on the BBC website on 16 September 2010. Did you get the figure right? Yes...it is over one hundred pounds for a tv license that is valid for a year. That's about
RM800. Almost a month's salary for many blue collar workers in Malaysia.

And to imagine the kind of stuff the BBC put on tv and radio from the fee paying public. Some are downright obscene. Some are pretty violent. And they also pay a lot of money (millions of pounds) to employ celebrities who enrich the tv viewers' sin account with their outrageous antics.

Undoubtedly, there are also good programmes produced by the BBC. I've followed a Radio 4 show 'Just A Minute' regularly. The show is usually full of wits, humour (mostly clean), and amazing verbal performances. I can't imagine myself talking on a topic for one whole minute without deviation, hesitation, and repetition. If my performance on the research interviews were the standard, I'd be challenged for hesitation within the first 5 seconds of opening my mouth. I won't survive long on that programme.

Other good show includes 'educational' documentary. They usually present information in a coherent and interesting manner. But you do have to educate yourself on how best to make use of the information. Programmes about British Muslim in the UK, astronomy, Darwin, the history of Britain, and so on are informative. But, these must be viewed under the guidance of someone wiser: WG (wise guidance) sort of programme. Mind you, some Parents are not wise enough to give guidance to children who watch tv.

So, is it worth £145? Yes, paying £145 is better than risking a fine of £1,000 for watching tv without a valid license. Yes, some of the programmes are worth their production value. No, my cash should not have been used to produce despicable programme.

I'm ambivalent. Can we totally free ourselves from tv programmes?

Having fast internet connection seems to offer an answer. Now there are many free content on the internet to replace tv programmes. TV shows are made available online. And you can skip (partly) the advertisements as well. To watch the programme better, you can hook up the PC or laptop to the tv set. Ehem. But then you're still liable to pay the tv license, even though you're merely using it as a screen, rather than a terrestrial signal receiver. Ultra wide PC screen? Or may be I should find a projector at less than £145.

Wednesday, September 15, 2010

mana yang patut

kereta dah sampai masa untuk tukar minyak enjin
pergi la hantar ke bengkel

telefon dah tak berapa boleh nak pakai
pergi la baiki di kedai

seluar dah terkoyak-koyak
cepat-cepat la jahitkan

komputer tu dah mula meragam
sila lah beri perhatian

dah makin panjang senarai
banyak benda yang kena betulkan
letak balik atas landasan

sebelum itu
betulkan dulu kepala
yang menetapkan mana yang patut

Thursday, September 09, 2010

SHR

Bakar lemang di tepi kota
anyam ketupat di hujung jeti
walau lambang tidak di mata
semangat Syawal tetap di hati

nampak bulan di langit desa
nampak juga di langit kota
doa padaNya diampunkan dosa
sesama insan maaf dipinta

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Wednesday, September 08, 2010

Performance Review

Di hujung bulan Ramadhan ini, moleklah kiranya kita melakukan performance review.

Matlamat besar untuk yang ingin mengambil nikmat Ramadhan ialah taqwa. Kita sendiri mungkin tidak dapat melihat meningkat atau menyusutnya taqwa: Allah yang lebih tahu. Namun, kita dapat menilai diri sendiri dengan memerhatikan indeks taqwa secara umum (membuat apa yang Allah suruh, dan meninggalkan apa yang Allah larang). Indeks taqwa ini boleh diperincikan dengan menulis KPI dan (SMART) goals bagi diri sendiri, dengan mengambil kira perkembangan dan tahap jihad setiap insan berbeza-beza.

Maka, menjelang atau setelah berakhirnya Ramadhan, eloklah kita menilai performance kita sepanjang Ramadhan. Tercapaikah KPI dan goals masing-masing? Dapat bertarawikh secara berjemaah 20 kali? Dapat membaca 10 juzuk tafsir Quran? Berapa kali dengar lagu lagha di siang hari? Luluskah kita? Atau sekadar cukup makan? Atau kena repeat?

Lebih penting daripada bertanya tercapai atau tidak, kena juga bertanya mengapa pencapaiannya begitu. Penelitian sebegini penting untuk menulis KPI dan goals untuk Ramadhan depan. Ya, di hujung Ramadhan ini molek juga kita mula merancang agenda taqwa tahun hadapan. Analisis opportunities, threats, strengths and weaknesess boleh diguna untuk memastikan pencapaian kita di Ramadhan akan datang lebih baik daripada tahun ini. Kalau dapat solat tarawih berjemaah 20 kali disebabkan ada kawan dan transport ke masjid, maka pastikan dua faktor ini wujud untuk mengulang (dan memperbaiki) pencapaian tahun ini. Jika didapati pembacaan tafsir lebih lancar dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu, maka di tahun hadapan bacalah tafsir dalam BI seawal hari pertama Ramadhan.

Tidak ada orang lain yang menilai kita dengan baik. Tidak ada first reviewer, dan tidak ada second reviewer. Kita perlu menilai diri sendiri dengan tujuan memperbaiki diri sendiri sebelum dijemput berjumpa Hakim yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tuesday, September 07, 2010

Lagu Raya yang ingin kudengari

Musafir Terpaksa di Aidilfitri

Kisah orang yang tersangkut di KL kerana lambat beli tiket untuk balik kampung. Penyanyi terpaksa menyambut raya dengan pekerja halal/haram dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, dan Myanmar di KLCC.

Rintihan Syawal

Kisah seorang bapa yang sedih kerana perbelanjaan untuk persiapan raya telah melampaui bajet. Rintihannya tidak diendahkan oleh keluarga dengan alasan ‘perbelanjaan ini tidak membebankan papa’.

Riang di Pagi Raya

Lagu ini menceritakan kegembiraan seorang hamba Allah yang telah berjaya mencapai berat badan ideal di pagi raya. Dia berkongsi kegembiraannya atas kejayaannya berpuasa penuh dan mengurangkan pembaziran makanan di waktu berbuka.

Salah tu Rahim

Lagu genre komedi ini menceritakan seorang lelaki yang jarang balik kampung. Kepulangannya ke kampung untuk mengeratkan silaturrahim tidak terlaksana kerana asik tersilap orang. Paling malang bila dia secara tak sengaja mengumpat pasal awek lama di depan suaminya.

Tiada Raya Bagiku

Lagu ini dicipta khas untuk mereka yang terpaksa bertugas di hari raya seperti polis, doktor, jururawat, penjaga pondok tol, dan dj radio. Lagu ini menceritakan pentingnya ada pihak yang tidak beraya untuk menjamin perayaan boleh disambut dengan meriah. Lagu ini juga digunakan sebagai tanda protes oleh dj radio yang dibatalkan cuti rayanya.

Joget Juadah Raya

Irama rancak dalam lagi ini sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan. Lagu ini menggalakkan pendengar memantau makanan yang diambil sepanjang tempoh perayaan dan juga melakukan aktiviti fizikal yang ringan seperti berjoget. Lagu ini juga dikenali sebagai Joget Jaga Kalori.

Maaf @ Facebook

Lagu genre indie ini adalah satu pemerhatian social (social observation) tentang penggunaan Facebook sebagai medium menyambut hari raya. Penulis lagu mendapat ilham menulis lagu ini pada tahun lepas setelah kecewa kerana tidak mendapat walau sekeping kad raya.

Thursday, September 02, 2010

karangan: kamera saya

Saya ada sebuah kamera. Kamera itu berjenama Nikon. Saya beli kamera itu dua tahun yang lepas. Saya beli di sebuah kedai fotografi di pekan Loughborough.

Saya pernah guna kamera di beberapa tempat di England, Wales, dan Barcelona. Saya ambil gambar pemandangan, bunga, orang, dan macam-macam lagi. Saya suka ambil gambar.

Sekarang kamera saya mula meragam. Kadang-kadang saya tidak boleh ambil gambar menggunakan kamera itu. Saya rasa, komputer pada kamera itu sudah bengong. Bila saya tekan butang untuk ambil gambar, tidak ada bunyi klik. Ada juga terjadi, kamera itu klik terlalu lama sehingga gambar yang diambil jadi cerah secerah-cerahnya. Maka, hati saya pun jadi sedih.

Saya berharap kamera saya masih boleh dipakai. Sementara kamera itu boleh mengambil gambar, saya hendak mengambil gambar. Janganlah komputer kamera itu bengong sebengong-benonggnya. Sebab duit saya tidaklah banyak sebanyak-banyaknya untuk membeli kamera baru. Sekianlah saja karangann saya yang bertajuk Kamera Saya.