Wednesday, April 30, 2014

Main teka emoji whatsapp

Cer teka... peribahasa dan ayat

Naik Pangkat Dalam Shaklee


Gambar dua poster ni diambil di kedai Shaklee Taman Sri Rampai. Yang kiri tu SID yang naik pangkat (rank) pada November. Yang kanan tu yang tersenyum bangga pada December. Bila perhatikan betul-betul, ada empat Senior Key Coordinator yang naik rank pada November yang terus naik rank ke Master Coordinator pada December. Perghh...... dalam sebulan je layak terus naik ke pangkat yang lebih tinggi. Gayat woo... tinggi pangkatnya tu. Bonusnya tiatp-tiap bulan pun tinggi la gak tu.


Yang nak dihighlight kat sini ialah, kenaikan pangkat tak terhad. Kalau rajin usaha, dapat le naik pangkat. Macam empat orang SID ni buktikan, dalam sebulan je dah boleh naik ke Master daripada Senior Coordinator. Tak payah susah2 fikir pasal KPI yang berubah-ubah atau tak relevan dengan skop kerja. Kerja sebagai SID ialah sharing untuk generate sales. So, KPI berdasarkan sales dan jaringan sales. Tu je yang penting. Tak payah pening kepala nak fikir pasal annual performance review, penilai yang bias, isu kipas atau aircond boss, dan segala mak nenek yang menyerabutkan kepala.

Kejayaan adalah habuan kepada yang rajin berusaha. Shaklee memudahkan anda mendapat habuan yang anda layak terima. Selain bekerja, anda juga menambahkan nilai kepada hidup orang lain (terutamanya dalam rangkaian perniagaan anda). Anda juga tentu menambah nilai kesihatan dan kebaikan pada diri sendiri dan keluarga.

Begitulah ceritanya untuk naik pangkat dalam Shaklee. Kalau nak memulakan cerita kejayaan anda, jom mulakan dengan menjadi SID Shaklee secara percuma.

Tuesday, April 29, 2014

Jadi ahli shaklee secara percuma?

Betul ke boleh jadi ahli Shaklee secara percuma?

Ya. Dan istilah yang lebih tepat ialah Shaklee Independent Distributor (SID). Kalau rasa tak nak percuma, boleh bayar RM75 untuk mendaftar sebagai SID. Lepas tu, tak perlu nak renew. Pendaftaran tak terbatal selepas setahun, atau kalau 'tak cukup' sales. Keahlian sepanjang hayat ya.

Kalau nak mendaftar secara percuma, just kena beli barang yang bernilai 200UV.  UV tu bukan matawang Uganda ya. Kalau ikut RM, nilainya lebih kurang RM700.  Setiap produk Shaklee ada nilai UV. So, kalau korang nak jadi pembeli yang bijak, elok la membeli kombinasi yang terbaik dan dapatkan pendaftaran percuma. Kalau tak mendaftar, tak layak dapat harga SID. So, korang untung dua kali: dapat diskaun harga barang, dan dapat pendaftaran percuma (bernilai RM75).

Kombinasi barang yang boleh melayakkan korang dapat pendaftaran percuma ialah:












1.  Vivix 2 botol (untuk mak dan ayah, atau utk korang dan pasangan. Kalau tak de pasangan, cari pasangan yang boleh jadi teman buat bisness Shaklee)











2. Collagen Powder 3 kotak. Ni kalau korang nak kulit kelihatan lebih cantik dalam masa 3 bulan (sekotak sebulan). Atau kalau korang nak makan sekotak, dan beri kat mak sekotak, dan kakak sekotak.









3. Vivix, Nutriferon (Anti-ageing set) dan ESP (untuk tenaga bekerja).


4. Vivix, Collagen, dan Vitalea (cantik dan dan kesihatan umum)















5. Set satu keluarga: alfalfa, B complex, Omega, Ostematrix, vitamin C, ESP, GLA (untuk kakak2 dan makcik2), mealshakes (untuk anak2 yang susah nak makan), . 

Silalah pilih set yang mana satu idaman qalbu.

Sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan saya makan
suruh beli pun saya laju

Jom makan produk Shaklee. 


Senda Selasa


Monday, April 28, 2014

Exploratory Factor Analysis

Nak explore je...kan?

Macam senang.

Tengok contoh yang diberikan pun, senang.

Bila guna data sendiri, results yang diinginkan tak dapat.

So, now, what?

Cam ne nak explore ni?

Gali data lagi la jawabnya.

Friday, April 25, 2014

Zebra + Horse = Zorse


Terkejut dan tergelak jugak bila mula-mula tengok gambar dalam buku bacaan anak ni. Apakemendanya zorse? Silap eja Horse ke? Bila tanya encik google, rupa-rupanya memang ada haiwan yang dipanggil zorse.


Lebih hebat, zebra ni boleh berkacukan bukan dengan horse je... dengan keldai (zedonk) dan baghal (zebrule) pun boleh.

Yang masih musykil, apa nama yang nak beri kat keturunan kuda belang+kuda ni dalam bahasa Melayu? Dalam BI, senang nak cantumkan zebra+horse jadi zorse. Kalau dalam bahasa Melayu? Kudakuda? Atau kubel? how about kulang?

Thursday, April 24, 2014

10 Sebab untuk beli Vivix

Apa itu Vivix? Jawapannya dah ada di sini. Kesannya pun dah terbukti pada diri sendiri dan orang lain. Sekarang ni kita tengok mengapa perlu beli Vivix:


1. Vivix baik untuk mencegah penyakit. Sebelum tiga serangkai atau apa-apa yang berangkai tu datang, elok jauh-jauhkan yang menakutkan tu dengan mendekatkan Vivix ke badan.

2. Vivix baik sebagai ikhtiar untuk mengurangkan kesan-kesan penyakit terutamanya yang berpunca dari gaya hidup yang tidak sihat. Vivix bukan ubat yang merawat penyakit. Tapi Vivix ialah minuman yang boleh menjaga kesihatan (bukan jaga penyakit).

3.Vivix baik untuk menyerlahkan kecantikan dan kehenseman. Kalau makan Vivix berterusan, nanti seronok nak baca doa tengok cermin (Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku).

4. Vivix baik untuk buat rasa badan lebih cergas. Mungkin kita tak perasan badan lesu dan lemau. Bila dah kena Vivix, baru perasan ..eh? Melangkah pun macam ada spring kat kaki. Berjalan dengan lebih segak, bukan menyeret kaki ke bumi. Inilah cara yang baik untuk belai badan.

5. Vivix saaaaaangat sesuai dijadikan hadiah untuk orang tersayang. Kalau nak bagi orang yang terbenci pun boleh jugak. Mana la tau kot  kot boleh timbul sayang pulak.

6. Vivix ni senang dibeli, senang disimpan, dan senang dimakan. Tak perlu bekas bermacam bekas, bancuh itu ini. Makan pun sekali sehari je.

7. Vivix ni rasanya sedaaaap. Yang dah pernah rasa tahu la kesedapannya. Rasa nak minum dua tiga sudu sehari.

8. Vivix ini sangat berbaloi membelinya. Memang rasa alah membeli menang meminum. Kalau tengok harganya (RM475), memang nampak mahal. Tak padan dengan botol. Tapi sapa pulak suruh beli botol. Kita beli khasiat yang ada dalam Vivix tu. Sekali gi buffet dinner kat hotel pun dah lebih RM100. Dengan Vivix korang boleh 'bermewah' bukan semalam je...tapi sebulan.

9. Vivix juga dah terbukti boleh membantu korang berhenti merokok (kalau korang merokok la).

10. Sebab yang terakhir ialah............. YOU deserve it. Korang memang sangat berharga. Sapa kata korang tak de harga? Harga diri korang tu jauh lebih tinggi dari harga sebotol Vivix. Apalah sangat RM475 tu. Sapa lagi nak appreciate korang melainkan korang sendiri (melainkan ada orang yang sayang korang dan dia baca point #5).

In the end, you will need only one reason. Cepat beli sekarang. Kalau rasa RM475 tu  masih tinggi, call saya kat 0132408451. Nanti saya boleh beritahu macam mana nak nego harga Vivix (ini juga merupakan sebab yang ke 11 - sebab yang dirahsiakan. Kalau nak tahu, kena cerita one-to-one).

Minumlah Vivix untuk gaya hidup lebih sihat. Yeah.


Wednesday, April 23, 2014

Alang-alang

Ada banyak perkataan dengan lima huruf yang boleh digabungkan dengan satu huruf lain di pangkalnya untuk menghasilkan perkataan baru. Contohnya: ALAS+B=BALAS, +M=MALAS. Perkataan apakah yang boleh menghasilkan perkataan terbitan yang paling banyak?






















ALANG - 12 perkataan

BALANG
CALANG
DALANG
GALANG
JALANG
KALANG
LALANG
MALANG
PALANG
SALANG
TALANG
WALANG

Ada yang boleh suggest perkataan lain?



Tuesday, April 22, 2014

Senda Selasa


Structural equation modelling

I used to think that a scree plot is the most beautiful diagram in statistics. However, after attending the SEM workshop this morning, my views change. There are more objective ways to identify the number of factors of a scale.

All i can say now is I'm more confident of running and writing factor analysis: both the exploratory and confirmatory. Bestnya. I feel more empowered as a researcher. More so because I have sets of data that are to be analysed. And the graph above is one of the output that I got. Beautiful, isn't it? Well....you have to love statistics to appreciate the beauty of the graph.

Beauty aside, the output is not as expected. That means more work need to be done. More analysis. Different ways of looking at the data. Back to the workshop people!

Monday, April 21, 2014

gagal subjek statistik

"Sir, saya nak drop subjek statistik." Ayat penyata sebegini bukanlah sesuatu yang suka didengar. Tidaklah sampai rasa nak luruh jantung bila dengar. Tapi tidak pula melompat terkinja-kinja kesukaan bila ada student yang nak drop subjek. Sedih sebenarnya.


Bila ditanya mengapa nak drop, biasanya akan dapat dua jawapan. Satu jawapan objektif, satu lagi jawapan subjektif.
"Carry mark rendah Sir. Tak boleh lulus kalau carry mark macam ni". Ok. Setuju. Kalau carry mark di bawah 10/60, memang mustahil nak capai markah 50/100. Mathematically impossible. Memang patut la drop subjek.
Jawapan subjektif pulak, "tak boleh nak carry". Sampai satu tahap, subjek statistik jadi terlalu 'berat' sampai tak boleh nak bawak. Pada awal semester, mungkin ok lagi. Bila dah lepas midterm exam, jadi makin berat.  Yang menariknya, masalah 'tak boleh carry' ni bukan saja timbul di kalangan yang tak suka matematik. Yang suka matematik pun ada mengalami masalah yang sama. Hatta kepada yang skor A subjek matematik masa SPM.

Yang boleh jadi berat tu pasal apa? Ada yang kata sebab 'memang fobia dengan matematik'. Ok la. Tapi yang suka matematik pun ada jugak yang terasa berat. Ada yang kata 'tak tau sebab apa'. Emmm... kalau gitu penerangannya, memang cikgu pun tak reti nak cakap apa.Tapi, biasanya, bila panjangkan soal jawab, jawapan yang ditemui adalah berkaitan dengan 'ketinggalan bas'. Bila ada topik awal-awal yang ketinggalan, maka students rasa susah nak kejar topik-topik yang lebih advanced. Kalau bab mean dan median pun tergagau-gagau lagi, tak peliklah kalau depa meraba-raba bila masuk bab t-test. Tu sebab depa rasa 'berat' nak carry subjek. Yang ringan pun dah tercicir, apatah lagi nak kejar yang lebih berat.

Subjek statistik ibarat membina bangunan. Kena ada tapak yang kukuh. Statistik deskriptif itulah tapaknya. Dalam kelas, students kena dera untuk mengira sum of squares (SS). Di kalangan yang berjaya, ada students yang boleh kira SS untuk 4 skor di bawah 10 saat!!! Mereka ni bolehlah dikatakan ada tapak yang kukuh.

Di atas tapak inilah terdirinya t-test, ANOVA, regresi, dan korelasi. Konsep seperti varian, mean, dan ratio menjadi paku dan skru yang melekatkan dinding-dinding bangunan. Kalau tak cukup paku dan skru, dinding tumbang. Susah nak tompang dinding bagi tegak. Kena balik ke petak mula. 

Malangnya, ada yang memilih untuk tekan 'reset' button dan bermula di semester seterusnya. Tak apalah.. itu pilihan masing-masing. Pasti telah ditimbang baik-buruk keputusan tu. Lecturer tak boleh nak paksa. Just beri nasihat. Cumanya, kenalah ingatkan diri sendiri: jangan sampai ketinggalan bas kali kedua!




Sunday, April 20, 2014

Jangan tegur menegur part 2


Adik pun nak merotan ni. Takut tak? Yang pasti adik ni tak takut pun dengan rotan. Selamba je dia main dengan rotan.

"Adik...tolong rotan orang yang suka komen sesuka hati kat Facebook!"

Merujuk kepada post semalam, satu lagi pattern yang sering diperhatikan di media sosial ialah kecenderungan meembuat kesimpulan pasal perkara yang tak wujud.


  • "Si ustazah ni pun satu. Nak tegur orang buat la dulu terguran secara face-to-face dulu. Kemudian baru buat secara public"
  • "Bab lutut perempuan Cina dia tegur. Bab lutut bini dia sendiri tak nak tegur"
  • "Amboi....hebatnya. Kemain lagi mengaku pejuang Islam. Padahal anak bini sendiri tak reti tak tutup aurat. Tak pernah didik keluarga sendiri ke pakcik oiiii?"

Satu perkara yang sama dalam komen-komen kat atas ni ialah "menuduh perkara yang tak nampak". memang senang nak tuduh orang buat itu ini dan tak pernah buat itu ini. Malangnya, tiada bukti yang kukuh yang dibawa. Betul ke ustazah tu tak pernah buat teguran secara personal? Perlu ke Encik Penegur Lutut tu beritau satu Malaya dia pernah tegur isteri dia pasal dedahkan lutut? Spekulasi, andaian, atau buruk sangka?

Tengok pulak contoh gambar kat bawah ni.Tukang-tukang komen ni follow Ustaz Asyraf 24 jam ke? Jadi malaikat pencatit amal dia? Mana tau ustaz tak pernah tegur orang tu atau orang ni?


Daripada komen-komen sinis dan sindiran, sampailah kepada tuduhan melulu lagi tak masuk akal (sebagai contoh). Tak payahlah kita malukan diri sendiri. Dan mengapa nak hentam orang yang buat satu perkara yang baik? Perlu ke nak spekulasi pasal benda yang kita tak nampak dia buat atau tak? (mungkin ada antara pengkomen ini sahabat baik atau ahli keluarga ustaz...komen mereka boleh diterima Ustaz sebagai gurauan..tak masuk hati.)

Paling 'busuk' ialah komen-komen macam komen yang terakhir. Wah....kalau nak buat satu teguran, semua benda buruk di dunia ni kena tegur. Semua benda kena sentuh.  Kena khatam dan hadam dua tiga kitab tebal baru boleh buat teguran, gitu? Nak mula dari bab jenis-jenis air dan cara bersuci ke? Encik yang membuat teguran kepada Ustaz Asyraf ni dah khatam berapa banyak kitab? (ini soalan sarkastik ya...bukan soalan yang memohon jawapan lurus - sekadar untuk menyampaikan point).

Jika ada antara saudara seagama kita membuat teguran tentang sesuatu perkara, kita sokonglah jika teguran itu benar. Elakkan memberi 'hukuman' dengan sindiran atau cebikan. Setidak2nya saudara tu dah membuat teguran yang bersandarkan kebenaran. Kalau kita respon dengan sindiran, maknanya kita menegur dia, tapi kita tegur dengan emosi; lebih kepada melepaskan geram terhadap si penegur, ataupun orang yang 'terlepas' dari teguran.

Moga kita tidak termasuk dalam golongan yang dalam kerugian.

Tegur menegur tu baik. Tapi, kalau kita gagah dan sangkut tang menegur je...kita tak ke mana. Bertindaklah sama-sama.

Adik....bak mai rotan tu.


Saturday, April 19, 2014

Jangan tegur menegur


Perangai manusia di media sosial ni kan..... ermm..macam-macam. Sesama Islam dan sesama Melayu pun pelbagai perencah kata-kata yang boleh kita perhatikan.

Bila baca pasal kisah Wardina 'seru semak semula ceramah Ustaz Don', rasa nak tepuk dahi bila baca komen-komen yang ditinggalkan di post BeautifulNara.com. Dalam banyak kes, jenis-jenis komen yang sama jugak pernah diperhatikan. Dah boleh agak pattern yang timbul.

"Sapa Wardina ni?"

"Apa kelayakan Wardina berbanding Ustaz Don?"

"Sebelum nak tegur orang, belajar lah betul-betul"

"Wardina tu dulu ... [korek kesilapan dia yang dulu] ..."

Ewah ewah.... memandai je korang letakkan kriteria dan kelayakan untuk memberi teguran. Kenapa tak senaraikan semua sijil dan kelayakan Ustaz Don? Lepas tu kita cari siapa yang ada kelayakan sama taraf atau lebih tinggi dari dia. Baru boleh beri teguran, gitu? Kalau gitu, sapa2 yang berkelayakan tinggi tu menanggung bebanan yang sangat tinggi...sebab dia kena beri teguran kepada semua yang berkedudukan lebih bawah daripada dia.

Katalah ada kawan kita yang bukan beragama Islam buat teguran, "Eh... you tahu kan, dah ada fatwa merokok tu haram? Mengapa you masih merokok?" Korang nak maki kawan tu dan suruh dia masuk Islam dulu baru nak dengar teguran dia? Korang nak perbetulkan fakta atau nak sedapkan hati sendiri je?

Yang paling best, si pengkomen (pengkondem?) tu tidak pulak membandingkan kelayakan dia dan kelayakan Wardina sebelum memberi teguran kepada Wardina. Ngapa tak tunjuk resume sebelum tulis teguran.

Nak kena rotan?




Friday, April 18, 2014

Apa kaitan Diabetes dengan Vivix?




Cute je video ni. Tak cukup kelayakan untuk menilai fakta sains dalam video ni.  Cuma rasanya boleh faham apa yang dia nak sampaikan.

Kalau berlaku kerosakan pada tahap sel (khususnya DNA), ada akibat buruk yang akan berlaku. Ibarat mesin fotostat yang rosak, tentulah hasil cetakan tidak sempurna. Bila gambar yang dicetak tu tak sempurna, rosak segala proses yang menggunakan gambar tu.

Begitu lah yang saya faham dari video ni. Bila sell DNA rosak, gula akan terkumpul dalam badan sebab gagal diserap dan ditukar menjadi tenaga. Bertepek dalam badan. Susah nak kawal kandungan gula dalam darah.

So, apa kaitannya dengan Vivix?

Fungsi penting Vivix ialah Defense, Energise, Repair and Protect (DERP). Dia DEPR apa? DERP sel-sel dalam badan. Ada fungsi repair tu kan? Mana-mana sel yang rosak, Vivix boleh tolong repair. barulah mesin fotostat mampu nak hasilkan gambar yang elok. Bila mesin dalam badan dah elok, InsyaAllah, penyakit pun boleh dikurangkan atau dihilangkan.

Jadi, kita boleh faham bahawa secara langsungnya, memanglah Vivix bukan UBAT yang boleh menyembuhkan penyakit. Ia membantu memulihkan badan. Penyakit-penyakit seperti diabetes, darah tinggi, dan lain-lain hanyalah tanda bahawa badan kita dah rosak. So, Vivix bukan UBAT ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ia lebih kepada penjagaan kesihatan, bukan penjagaan penyakit.

Vivix jugak boleh Protect dan Defend sel-sel daripada kerosakan. Jadi lebih kebal la kiranya. Itu yang kita katakan sebagai awet muda. Sel-sel kuat dan tidak mudah rosak. Jadi, kita tidak tua sebelum waktunya. best kan?

Jom beli Vivix sekarang. Call je saya di 0132408451. Jom order sekarang sebelum tua mengejar kita.



Thursday, April 17, 2014

biar papa asal bergaya

Kalau nak bergaya, tengoklah kemampuan diri. Kalau tak mampu beli barang branded asli, jangan beli yang tiruan. 

Jika ingin berhibur, tengoklah kemampuan diri. Kalau tak mampu beli CD ori, tengok tv je. Jangan beli CD pirate.

Jika ingin makan, tengoklah kemampuan diri. Kalau tak mampu makan di hotel, makanlah di kedai tepi jalan je.

'Abe mampu naik bot je'

'Geli lah I nak naik bot. I suke naik kereta. Kat rumah tu berlambak lagi kereta.
Tak tahu nak drive yg mana satu''

"Apa kelas naik bot? Naik kapal terbang la best"

=======

Tiga ayat di atas mempunyai struktur yang hampir sama. Semuanya berkisar tentang kemampuan diri. Nak ulas panjang-panjang pun tak guna. Sebab yang lebih utama ialah isinya, bukan strukturnya.

Kalau dibandingkan ketiga-tiga jenis perkara yang disebut (bergaya, berhibur, makan), tahap keutamaannya tak sama. Bergaya bukanlah keperluan asasi. Maka betullah bahawa kita tak perlu nak langgar hak orang lain (cth: hakcipta dan harta intelektual) semata-mata nak bergaya. Tak mati keras pun kalau tak bergaya. 

Bab berhibur pun sama. Kalau yang dikejar adalah hiburan jenis lagha, yg ori tak payah, yang pirate pun tak payah. Buang masa je. Mengapa nak habiskan ribu raban sebab nak berhibur? Bukan keperluan asas.


Berbeza dgn bab makanan. Yang pertamanya, makanan adalah keperluan asas. kalau tak makan, boleh jadi sakit dan menyebabkan kematian. Itulah sebabnya, dalam keadaan darurat, jenayah pencuri makanan boleh dimaafkan. Tidak lagi kita melihat kemampuan diri. kalau dah kurus kering tak makan, tak kan nak tunggu kaya raya baru dia 'layak' nak makan? Orang yang kaya raya la yang kena beri depa makan.

Yang keduanya, ada juga yang makan sebab nak bergaya. pergi tempat makan yang bergaya. Hidangan dalam pinggan cantik sangat tata hiasnya, sampai rasa sayang nak makan. Orang yang nak makan tu pun, of course, akan bertata hias sebelum keluar rumah. Baju lip lap matching dengan kasut dan handbag. sebab nak makan kat tempat 'kelas'. sorry ya..... bergaya sewaktu makan tu bukan keperluan asas. kalau rasa mampu, sila buat. Kalau tak mampu, jangan menggatal curi sana sini semata-mata nak merasa makan bergaya. Kena makan penampor nanti baru tahu.

Yang ketiganya, makanan yg halal memang banyak dan murah. berlambak-lambak gerai jual makanan kat Malaysia ni. Dengan nasi lemaknya, goreng pisangnya, kuih muihnya. Semuanyanya. Akan TETAPI, makanan yang halal lagi toiyyiban memang lebih mahal. Contohnya, ayam organik. Kalau nak ambil yg halal dan toiyyiban, kena usaha sampai mampu. Jangan mencuri pulak. Ada cara untuk jadi mampu. Boleh berusaha. Itu lagi berbaloi diusahakan daripada nak menambah koleksi tudung, CD, atau bil restoran kelas tinggi.

Wednesday, April 16, 2014

A man, his son and a donkey


Once upon a time, there was a man and his son living in a small village. They own a donkey that they use to transport goods from their village to the nearest town, which is about half-a-day by foot.

[What? That's not a donkey?

Yes, you're very observant. The picture above is not one of a donkey. It is a zebra that does not have any place in the current story. But because I don't have a copy righted picture of a donkey, I used the zebra instead. It looks almost similar to the donkey. Lets get back to the story, shall we?]

So, one day, the father and son headed to town with goods such as bananas, cookies, and cheese to sell. The goods were were loaded onto the donkey. Sometimes, the father would ride the donkey. Sometimes the son would ride the donkey. Sometimes they both of them walked.

On the way to town, they saw several villagers tending to their business such as milking cows, harvesting fruits, collecting eggs, and so on. None of them were surfing the web as they had no internet access and they dont even have computers. So, the villagers did what villagers were supposed to do back then. 

When they arrived in town, they set up a place to sell their goods in the centre of the market. While entertaining a rich man who wanted to buy cookies, one man approached them and was huffing and puffing when he said, "What an awful thing for you to do. Did you have no sense of kindness?"

The father was taken by surprised by this sudden accusation.
"What do you mean sir?"

"Well...you came to town. Both of you, and a donkey. You both were riding the donkey. At the same time! Abominable indeed!"

The rich man was understandably distracted. His thoughts turned from cookies to donkey.
"Is it true? That the donkey carried both of you and the goods?" asked the rich men.

"No Sir!" the son protested. "We have never even met this man," continued the son while pointing to his accuser.

"Is it true? That you have never met these two villagers?" asked the rich men to the accuser.

"Well....yes. But...we know how the story goes," the man entered a defensive mode.

"What story?" asked the rich man.

"Well... you know... the one about a donkey, a father, and his son. The father would ride the donkey, and people would mock the father for forcing his son to walk. Then the son would ride the donkey, and people would mock the son for having no pity towards his father. Then both of them wold walk, and people would mock both of them for not making use of the donkey. When both of them rode the donkey, people would get angry at them for being cruel to the donkey. That's the story." The accuser finished his story with a self-satisfied smile on his face.

The rich man, stroking his beard while listening to the story, did not miss a beat and followed the story with a clarification question. "So, you're accusing these two people based on that story? Not because of what your two eyes see?"

"If you put it that way, yes," answered the man.

Upon hearing the answer, the rich man planted a hard slap on the man's face, effectively wiping out the self-satisfied smile.

"What was that for?" protested the man in anger.

"Well... I once heard a story. An eagle flew high. And then it saw a small deer on the ground. When the eagle swooped down, it was surprised to see that the deer was in fact a lion. It was very surprised but could not break his speed. So, the eagle crashed into the lion. And both of them died."

The man and the son watched the bewildered expression of the man's face as he listened to the story.

"What does that have to do with you slapping me just now?" he attacked the rich man.

"If you can tell me what your story have to do with your accusation, I will tell you how my story have to do with the slapping."

With that terms, the accuser turned away. Knowing that he could not justify his accusation. In fact, he did not even know why he made the accusation in the first place. May be it was a reflex action based on what he is used to think.

The rich man ended up buying all the goods from the villager and his son. He then gave away all the goods to poor people, except the cookies.

The man and his son, and the donkey, went back to the village with lots of money. They would take turns riding the donkey. They still feels eyes were following them and criticising their every move. But when they think about the rich man, they smiled. The son in particular, had formulated a thought, 'I want to be like that rich man'.

THE END.

Sunday, April 13, 2014

Lelaki pun reput tulang?

Lelaki pun boleh alami osteoporosis? Ooo...bukan perempuan je yg ada risiko reput tulang. Ingatkan perempuan je. Maklumlah, tulang rangka lelaki lagi besar dari perempuan. So, tak hairanlah kalau lelaki kurang risiko osteoporosis. Tapi, saiz rangka bukanlah satu-satunya faktor risiko tulang reput. Lelaki pun patut jaga tulang jugak.

1. Umur

Makin berusia, makin menurun la macam-macam kat badan kita. Mata makin kabur, kulit makin kendur. Tulang pun begitu juga. Kalau jangka hayatnya pendek, mungkin tak sempat kena tulang reput. Tapi, kalau nyawa panjang, ada kemungkinan tulang 'makan diri'. Kalsium makin hilang dari tulang. Tulang nak serap kalsium pun makin susah. Bila tulang makin rapuh, lagi mudahla dia nak patah atau retak. Terjatuh sikit pun silap-silap boleh patah kaki. 

Bayangkan, pada umur 80 tahun... ramai yang bongkok atau tak mampu bergerak bebas macam muda-muda. Ada orang yang taksuka bergantung kepada orang lain, macam nenek dan atok yang ramai dijumpa di England dulu. Kalau nak kekal independent, kena la pastikan badan cukup kuat. 


2. Perubatan


Ada sesetengah ubat yang boleh menjejaskan tulang. Ubat jenis glucocorticoids memang boleh mempercepatkan osteoporosis. Tapi, usah tanya awok apakemendanya glucocorticoids tu. Kalau rasa penting, tanya la doktor perubatan ya. Bila doktor bagi ubat, cer tanya ubat tu apa kesannya? Nak ngubat satu penyakit, dapat penyakit lain pulak. 


3. Gaya hidup


Faktor gaya hidup ni dikaitkan dengan osteoporosis di kalangan lelaki yang di bawah 70 tahun. Sapa yang tak tahu gaya hidup sihat, kan? Cumanya, mungkin kita tak sedar ada gaya hidup yang boleh ganggu tulang kita. Iya la.. .mana nak nampak tulang tu, kan? Melainkan buat scan.





Antara gaya hidup yang dikaitkan dengan osteoporosis di kalangan orang muda ialah merokok. Patutlah Ali Baba nyanyi "kerja berat takut reput tulang": dia suka sedut asap. Sapa yang tak nak 'dipencenkan' awal, sila jaga kemantapan tulang. Mabuk-mabuk pun bahaya jugak untuk tulang. NI bulan mabuk trimester pertama ya. Ni mabuk yang sengaja ditempah dari pundi kencing setan.


Langkah Pencegahan

Nak ke tulang 'berdarang' macam gambar kat bawah tu? Tak nak, kan? Sila lah ambil langkah2 untuk mencegah. Kalau dah reput, bukan boleh ditampal simen sesuka hati.

http://www.news-medical.net/health/What-is-Osteoporosis.aspx




















Cara nak mencegahnya ialah:

1. Berhenti merokok. Jangan pulak ada yang start merokok semata-mata nak berhenti merokok. Maksud di sini ialah jangan merokok. Kalau ada tabiat merokok, kurangkan dan hentikan. Tak usahlah nak seronok-seronok buang duit. Bayangkan setiap batang rokok yang disedut tu membakar tulang-tulang dalam badan. 

2. Jangan minum arak. Minuman beralkohol memang lebih banyak mudarat daripada manfaat. Ni tak yah komen panjang-panjang.

3. Banyakkan aktiviti fizikal. Kalau aktiviti fizikal berada di tahap lemau, tak hairanlah kalau tulang pun jadi lemau. Kena kekal aktif. bersenam, bersukan. Buat latihan angkat berat. Macam-macam boleh dilakukan untuk kekalkan kekuatan tulang.

4. Pastikan kita makan cukup kalsium. Kalau lelaki antara 31 dan 50 tahun, ambillah 1,000mg setiap hari. Kalau nak lebih efektif, pilih supplemen kalsium yang ada magnesium dan vitamin D. Pasal apa? Pasal magnesium tu boleh meneutralkan kesan negatif kalau terlebih dos kalsium. Ya la...mana tau ada terlebih kalsium pulak dalam makanan yang dimakan pada hari tu. Kebetulan, kan? Hari-hari biasa kurang kalsium. Tetiba pulak overdosed kalsium pada satu hari. So, magnesium tu boleh membetulkan keadaan. Vitamin D tu pulak untuk bantu badan serap kalsium. Apa gunanya makan sampai 2,000mg kalau yang keluar dari badan pun 2,000mg jugak. Vitamin D penting untuk pastikan badan boleh serap kalsium.

Kaedah lain untuk penyerapan yang berkesan ialah ambil kalsium 2 jam selepas makan. Telan dengan air segelas. Kalau nak makan sebelum tido pun boleh. Tapi, kalau ada ubat/supplemen lain yang dimakan sebelum tido, elakkan campur dengan kalsium. takut kalsium block supplement lain tu pulak. 

(Rujukan utama: http://www.niams.nih.gov/Health_Info/Bone/Osteoporosis/men.asp)

Saturday, April 12, 2014

contoh kepentingan niat

Nak beramal kena ada niat. Tak boleh buat tindakan sebab 'saja-saja'. Kalau tak de niat, pahala pun tak dapat rasanya. Kalau nakkan hasil, pun kena mulakan dengan niat jugak. Bila ada niat, barulah tindakan lebih terarah kepada mencapai hasil yang diinginkan tu.

Contoh yang paling dekat boleh beri berlaku pada hari yang sama.

1. Dah seminggu anak ada latihan volleyball di sekolah. Dia biasanya habis latihan pukul 5. So, biasanya, pukul 5 dah terpacak kat luar sekolah. Pada satu hari Isnin, dia lewat sket habis latihan. Kul 5.20 baru keluar sekolah. So, the next morning, dalam perjalanan hantar dia ke sekolah, keluarlah dialog "ayah ambil Marwan sebelum pukul 5.30 hari ni".

Dah sampai waktu petang, dalam pukul 4.45 baru keluar pejabat. Biasanya, dalam 30 minit je dah boleh sampai ke sekolah. So, target 5.15 dah boleh berada di sekolah. Tapi, agaknya...bila mulut dan hati dah sebut 5.30, berlakulah situasi yang di luar kawalan. Jalan jem start dari Melawati. Siap kena ambil jalan dalam melalui Taman Permata dan Keramat AU. Sudahnya, memang tepat kul 5.30 baru sampai depan sekolah. Magic tak?

2. Dalam perjalanan pada petang yang sama juga, sambil driving tu, teringat kat anak yang lagi dua orang kat rumah. Budak dua orang tu, kalau dilayan, sampai tengah malam sanggup berjaga. Liat betul nak tido, especially si adik. Tetiba terlintas fikiran nak cuba beri depa tido lepas magrib. Anak-anak mat saleh dalam rancangan tv tu tido awal je. Ngapa anak melayu tak boleh tido awal? Bukannya wajib sembahyang isya' lagi pun. So, wujud niat dalam hati untuk tidokan depa awal.

Lepas solat magrib, baring-baring depan tv. Kemudian si abang ngah datang baring kat bawah ketiak sambil minum susu. Si adik yang tengah main terus mintak susu jugak. Tak de suruh dia baring pun.... dia sendiri yang dok baring dekat abangnya. Sedar-sedar....dia dah tido. Alhamdulillah. Tak payah paksa tido.

Bila fikir balik pasal dua kejadian ni, terasa sangat kepentingan niat dalam amalan. So, terus pasang niat "sales Shaklee bulan ni lebih dari 3,000UV". Mudah2an niat berhasil.

Friday, April 11, 2014

Yang nampak Pelik di Osaka


Fuiyoooo!! Nampak pelik tak? Tempat parking bertingkat. Kalau kat Malaysia, multistory parking tu maksudnya bangunan parking ada bertingkat-tingkat. Yang ni, parking lot pun ada bertingkat-tingkat jugak. Untuk basikal pun berlapis.

Memang la depa menghargai ruang. Kalau tak buat cam ni, penuh sesak la ruang parking dengan kenderaan. Cuba bayangkan kalau kawasan perumahan (cth flat atau kolej kediaman di universiti) guna parking bertingkat untuk motorsikal..... fuiyooo. Ada YB mana-mana yang nak buat macam ni di kawasan DUN masing-masing?

Thursday, April 10, 2014

Kenangan di Osaka

Hotel ni... APA nama?

Ada mini garden yang cantik dalam perjalanan dari hotel ke conference venue

Tak reti nak posing depan hotel. Errr... kat mana-mana pun tak reti posing sebenarnya

Three presenters of the Sunday morning session. Yang kiri tu dari Indonesia, PhD student di Charles Darwin University

Osaka selespas hujan: dari Osaka International Conference Centre

nampak Umeda Building, with its famous circular observatory, di kejauhan tu. 

One of the gate of Osaka Tower. Berapa banyak lapis daaa...

Osaka Castle aka tempat exercise naik tangga. Hahaha

pemandangan dari Kintetsu tower. Sapa gayat dinasihatkan jangan naik

Kapal Persiaran Santa Maria. Last trip pukul 4. Kul 5 baru sampai kat pier. Dapat tengok je la.

I like the reflection on the side of this curving wall

Wednesday, April 09, 2014

Persidangan antarabangsa

Osaka! First time ke Jepun!

Itu antara jeritan hati bila dan confirm nak ke sana. Pada 27/3 sampai 31/3 awok pergi Asian Conference on Psychology and Behavioral Sciences. Ada satu paper pasal statistik yang dibentangkan.

Hotel tempat awok bermalam tu tak de la jauh sangat dengan tempat conference berlangsung. Jauh tak jauh...dalam 15 minit berjalan. Kalau tengok peta tu, memang tak terasa jauh. Kalau naik kereta, tak sempat enjin panas pun.

Memang tiap-tiap hari berjalan kaki ke hotel Rihga Riyal. Malamnya pulak, menapak untuk cari makan. Jalan sampai ke Osaka Station. Huhuhu... penaf gak le. Mengikut pengira langkah pada samsung s4, setial hari berjalan lebih kurang 20,000 langkah. Double dari target 10,000.

Sampai rasa tegang keting. Kalau amal setiap hari macam tu, mau menonjol otot kaki gamaknya. Orang kat Osaka ni pun nampaknya berjalan je kerojenya. Tak pun kayuh basikal. Patut le deme nampak slim melim je.

Kat kl ada sebab nak jalan kaki sampai 20,000 langkah sehari? Idok le nampak sebabnya lagi. Melainkan nak ngeluar peluh dengan sengaja. Elok la juga awok nempah hotel yg jauh sikit. Merasa la juga exercise kaki. Kalau kat uia ni menapak jejauh...nanti orang kata buang tabiat pulak. Hahaha.

Tapi, apa salahnya buang tabiat buruk dan mulakan tabiat yang elok. Ya tak?

Jom berjalan untuk kesihatan.

Sakura di Osaka

"You will see (on the Day of Resurrection), the Zalimun (polytheists and wrong-doers, etc.) fearful of that which they have earned, and it (Allah's Torment) will surely befall them, while those who believe (in the Oneness of Allah Islamic Monotheism) and do righteous deeds (will be) in the flowering meadows of the Gardens (Paradise), having what they wish from their Lord. That is the supreme Grace, (Paradise). (Surah as-Shu'ara verse 22)"

Masuk syurga tu memanglah impian kita. Cantik, tenang, cukup serba-serbi. Nak digambarkan kecantikan syurga tu memang tak reti. Tak terjangkau dek mata. Allah beri sedikit nikmat di dunia ni dengan keindahan alam sekitar. Itupun dah rasa takjub dan kagum. Mudah-mudahan kita bertemu di syurga nanti.

Sementara tu, perbanyakkan amal dan ilmu. Dan jemput tengok sebahagian keindahan dunia yang dirakam di Osaka waktu awal April 2014.