Sunday, April 20, 2014

Jangan tegur menegur part 2


Adik pun nak merotan ni. Takut tak? Yang pasti adik ni tak takut pun dengan rotan. Selamba je dia main dengan rotan.

"Adik...tolong rotan orang yang suka komen sesuka hati kat Facebook!"

Merujuk kepada post semalam, satu lagi pattern yang sering diperhatikan di media sosial ialah kecenderungan meembuat kesimpulan pasal perkara yang tak wujud.


  • "Si ustazah ni pun satu. Nak tegur orang buat la dulu terguran secara face-to-face dulu. Kemudian baru buat secara public"
  • "Bab lutut perempuan Cina dia tegur. Bab lutut bini dia sendiri tak nak tegur"
  • "Amboi....hebatnya. Kemain lagi mengaku pejuang Islam. Padahal anak bini sendiri tak reti tak tutup aurat. Tak pernah didik keluarga sendiri ke pakcik oiiii?"

Satu perkara yang sama dalam komen-komen kat atas ni ialah "menuduh perkara yang tak nampak". memang senang nak tuduh orang buat itu ini dan tak pernah buat itu ini. Malangnya, tiada bukti yang kukuh yang dibawa. Betul ke ustazah tu tak pernah buat teguran secara personal? Perlu ke Encik Penegur Lutut tu beritau satu Malaya dia pernah tegur isteri dia pasal dedahkan lutut? Spekulasi, andaian, atau buruk sangka?

Tengok pulak contoh gambar kat bawah ni.Tukang-tukang komen ni follow Ustaz Asyraf 24 jam ke? Jadi malaikat pencatit amal dia? Mana tau ustaz tak pernah tegur orang tu atau orang ni?


Daripada komen-komen sinis dan sindiran, sampailah kepada tuduhan melulu lagi tak masuk akal (sebagai contoh). Tak payahlah kita malukan diri sendiri. Dan mengapa nak hentam orang yang buat satu perkara yang baik? Perlu ke nak spekulasi pasal benda yang kita tak nampak dia buat atau tak? (mungkin ada antara pengkomen ini sahabat baik atau ahli keluarga ustaz...komen mereka boleh diterima Ustaz sebagai gurauan..tak masuk hati.)

Paling 'busuk' ialah komen-komen macam komen yang terakhir. Wah....kalau nak buat satu teguran, semua benda buruk di dunia ni kena tegur. Semua benda kena sentuh.  Kena khatam dan hadam dua tiga kitab tebal baru boleh buat teguran, gitu? Nak mula dari bab jenis-jenis air dan cara bersuci ke? Encik yang membuat teguran kepada Ustaz Asyraf ni dah khatam berapa banyak kitab? (ini soalan sarkastik ya...bukan soalan yang memohon jawapan lurus - sekadar untuk menyampaikan point).

Jika ada antara saudara seagama kita membuat teguran tentang sesuatu perkara, kita sokonglah jika teguran itu benar. Elakkan memberi 'hukuman' dengan sindiran atau cebikan. Setidak2nya saudara tu dah membuat teguran yang bersandarkan kebenaran. Kalau kita respon dengan sindiran, maknanya kita menegur dia, tapi kita tegur dengan emosi; lebih kepada melepaskan geram terhadap si penegur, ataupun orang yang 'terlepas' dari teguran.

Moga kita tidak termasuk dalam golongan yang dalam kerugian.

Tegur menegur tu baik. Tapi, kalau kita gagah dan sangkut tang menegur je...kita tak ke mana. Bertindaklah sama-sama.

Adik....bak mai rotan tu.


No comments: