Jangan tegur menegur


Perangai manusia di media sosial ni kan..... ermm..macam-macam. Sesama Islam dan sesama Melayu pun pelbagai perencah kata-kata yang boleh kita perhatikan.

Bila baca pasal kisah Wardina 'seru semak semula ceramah Ustaz Don', rasa nak tepuk dahi bila baca komen-komen yang ditinggalkan di post BeautifulNara.com. Dalam banyak kes, jenis-jenis komen yang sama jugak pernah diperhatikan. Dah boleh agak pattern yang timbul.

"Sapa Wardina ni?"

"Apa kelayakan Wardina berbanding Ustaz Don?"

"Sebelum nak tegur orang, belajar lah betul-betul"

"Wardina tu dulu ... [korek kesilapan dia yang dulu] ..."

Ewah ewah.... memandai je korang letakkan kriteria dan kelayakan untuk memberi teguran. Kenapa tak senaraikan semua sijil dan kelayakan Ustaz Don? Lepas tu kita cari siapa yang ada kelayakan sama taraf atau lebih tinggi dari dia. Baru boleh beri teguran, gitu? Kalau gitu, sapa2 yang berkelayakan tinggi tu menanggung bebanan yang sangat tinggi...sebab dia kena beri teguran kepada semua yang berkedudukan lebih bawah daripada dia.

Katalah ada kawan kita yang bukan beragama Islam buat teguran, "Eh... you tahu kan, dah ada fatwa merokok tu haram? Mengapa you masih merokok?" Korang nak maki kawan tu dan suruh dia masuk Islam dulu baru nak dengar teguran dia? Korang nak perbetulkan fakta atau nak sedapkan hati sendiri je?

Yang paling best, si pengkomen (pengkondem?) tu tidak pulak membandingkan kelayakan dia dan kelayakan Wardina sebelum memberi teguran kepada Wardina. Ngapa tak tunjuk resume sebelum tulis teguran.

Nak kena rotan?




Comments