Monday, April 21, 2014

gagal subjek statistik

"Sir, saya nak drop subjek statistik." Ayat penyata sebegini bukanlah sesuatu yang suka didengar. Tidaklah sampai rasa nak luruh jantung bila dengar. Tapi tidak pula melompat terkinja-kinja kesukaan bila ada student yang nak drop subjek. Sedih sebenarnya.


Bila ditanya mengapa nak drop, biasanya akan dapat dua jawapan. Satu jawapan objektif, satu lagi jawapan subjektif.
"Carry mark rendah Sir. Tak boleh lulus kalau carry mark macam ni". Ok. Setuju. Kalau carry mark di bawah 10/60, memang mustahil nak capai markah 50/100. Mathematically impossible. Memang patut la drop subjek.
Jawapan subjektif pulak, "tak boleh nak carry". Sampai satu tahap, subjek statistik jadi terlalu 'berat' sampai tak boleh nak bawak. Pada awal semester, mungkin ok lagi. Bila dah lepas midterm exam, jadi makin berat.  Yang menariknya, masalah 'tak boleh carry' ni bukan saja timbul di kalangan yang tak suka matematik. Yang suka matematik pun ada mengalami masalah yang sama. Hatta kepada yang skor A subjek matematik masa SPM.

Yang boleh jadi berat tu pasal apa? Ada yang kata sebab 'memang fobia dengan matematik'. Ok la. Tapi yang suka matematik pun ada jugak yang terasa berat. Ada yang kata 'tak tau sebab apa'. Emmm... kalau gitu penerangannya, memang cikgu pun tak reti nak cakap apa.Tapi, biasanya, bila panjangkan soal jawab, jawapan yang ditemui adalah berkaitan dengan 'ketinggalan bas'. Bila ada topik awal-awal yang ketinggalan, maka students rasa susah nak kejar topik-topik yang lebih advanced. Kalau bab mean dan median pun tergagau-gagau lagi, tak peliklah kalau depa meraba-raba bila masuk bab t-test. Tu sebab depa rasa 'berat' nak carry subjek. Yang ringan pun dah tercicir, apatah lagi nak kejar yang lebih berat.

Subjek statistik ibarat membina bangunan. Kena ada tapak yang kukuh. Statistik deskriptif itulah tapaknya. Dalam kelas, students kena dera untuk mengira sum of squares (SS). Di kalangan yang berjaya, ada students yang boleh kira SS untuk 4 skor di bawah 10 saat!!! Mereka ni bolehlah dikatakan ada tapak yang kukuh.

Di atas tapak inilah terdirinya t-test, ANOVA, regresi, dan korelasi. Konsep seperti varian, mean, dan ratio menjadi paku dan skru yang melekatkan dinding-dinding bangunan. Kalau tak cukup paku dan skru, dinding tumbang. Susah nak tompang dinding bagi tegak. Kena balik ke petak mula. 

Malangnya, ada yang memilih untuk tekan 'reset' button dan bermula di semester seterusnya. Tak apalah.. itu pilihan masing-masing. Pasti telah ditimbang baik-buruk keputusan tu. Lecturer tak boleh nak paksa. Just beri nasihat. Cumanya, kenalah ingatkan diri sendiri: jangan sampai ketinggalan bas kali kedua!




No comments: