Friday, April 25, 2014

Zebra + Horse = Zorse


Terkejut dan tergelak jugak bila mula-mula tengok gambar dalam buku bacaan anak ni. Apakemendanya zorse? Silap eja Horse ke? Bila tanya encik google, rupa-rupanya memang ada haiwan yang dipanggil zorse.


Lebih hebat, zebra ni boleh berkacukan bukan dengan horse je... dengan keldai (zedonk) dan baghal (zebrule) pun boleh.

Yang masih musykil, apa nama yang nak beri kat keturunan kuda belang+kuda ni dalam bahasa Melayu? Dalam BI, senang nak cantumkan zebra+horse jadi zorse. Kalau dalam bahasa Melayu? Kudakuda? Atau kubel? how about kulang?

No comments: