Saturday, April 12, 2014

contoh kepentingan niat

Nak beramal kena ada niat. Tak boleh buat tindakan sebab 'saja-saja'. Kalau tak de niat, pahala pun tak dapat rasanya. Kalau nakkan hasil, pun kena mulakan dengan niat jugak. Bila ada niat, barulah tindakan lebih terarah kepada mencapai hasil yang diinginkan tu.

Contoh yang paling dekat boleh beri berlaku pada hari yang sama.

1. Dah seminggu anak ada latihan volleyball di sekolah. Dia biasanya habis latihan pukul 5. So, biasanya, pukul 5 dah terpacak kat luar sekolah. Pada satu hari Isnin, dia lewat sket habis latihan. Kul 5.20 baru keluar sekolah. So, the next morning, dalam perjalanan hantar dia ke sekolah, keluarlah dialog "ayah ambil Marwan sebelum pukul 5.30 hari ni".

Dah sampai waktu petang, dalam pukul 4.45 baru keluar pejabat. Biasanya, dalam 30 minit je dah boleh sampai ke sekolah. So, target 5.15 dah boleh berada di sekolah. Tapi, agaknya...bila mulut dan hati dah sebut 5.30, berlakulah situasi yang di luar kawalan. Jalan jem start dari Melawati. Siap kena ambil jalan dalam melalui Taman Permata dan Keramat AU. Sudahnya, memang tepat kul 5.30 baru sampai depan sekolah. Magic tak?

2. Dalam perjalanan pada petang yang sama juga, sambil driving tu, teringat kat anak yang lagi dua orang kat rumah. Budak dua orang tu, kalau dilayan, sampai tengah malam sanggup berjaga. Liat betul nak tido, especially si adik. Tetiba terlintas fikiran nak cuba beri depa tido lepas magrib. Anak-anak mat saleh dalam rancangan tv tu tido awal je. Ngapa anak melayu tak boleh tido awal? Bukannya wajib sembahyang isya' lagi pun. So, wujud niat dalam hati untuk tidokan depa awal.

Lepas solat magrib, baring-baring depan tv. Kemudian si abang ngah datang baring kat bawah ketiak sambil minum susu. Si adik yang tengah main terus mintak susu jugak. Tak de suruh dia baring pun.... dia sendiri yang dok baring dekat abangnya. Sedar-sedar....dia dah tido. Alhamdulillah. Tak payah paksa tido.

Bila fikir balik pasal dua kejadian ni, terasa sangat kepentingan niat dalam amalan. So, terus pasang niat "sales Shaklee bulan ni lebih dari 3,000UV". Mudah2an niat berhasil.

No comments: