Lelaki pun reput tulang?

Lelaki pun boleh alami osteoporosis? Ooo...bukan perempuan je yg ada risiko reput tulang. Ingatkan perempuan je. Maklumlah, tulang rangka lelaki lagi besar dari perempuan. So, tak hairanlah kalau lelaki kurang risiko osteoporosis. Tapi, saiz rangka bukanlah satu-satunya faktor risiko tulang reput. Lelaki pun patut jaga tulang jugak.

1. Umur

Makin berusia, makin menurun la macam-macam kat badan kita. Mata makin kabur, kulit makin kendur. Tulang pun begitu juga. Kalau jangka hayatnya pendek, mungkin tak sempat kena tulang reput. Tapi, kalau nyawa panjang, ada kemungkinan tulang 'makan diri'. Kalsium makin hilang dari tulang. Tulang nak serap kalsium pun makin susah. Bila tulang makin rapuh, lagi mudahla dia nak patah atau retak. Terjatuh sikit pun silap-silap boleh patah kaki. 

Bayangkan, pada umur 80 tahun... ramai yang bongkok atau tak mampu bergerak bebas macam muda-muda. Ada orang yang taksuka bergantung kepada orang lain, macam nenek dan atok yang ramai dijumpa di England dulu. Kalau nak kekal independent, kena la pastikan badan cukup kuat. 


2. Perubatan


Ada sesetengah ubat yang boleh menjejaskan tulang. Ubat jenis glucocorticoids memang boleh mempercepatkan osteoporosis. Tapi, usah tanya awok apakemendanya glucocorticoids tu. Kalau rasa penting, tanya la doktor perubatan ya. Bila doktor bagi ubat, cer tanya ubat tu apa kesannya? Nak ngubat satu penyakit, dapat penyakit lain pulak. 


3. Gaya hidup


Faktor gaya hidup ni dikaitkan dengan osteoporosis di kalangan lelaki yang di bawah 70 tahun. Sapa yang tak tahu gaya hidup sihat, kan? Cumanya, mungkin kita tak sedar ada gaya hidup yang boleh ganggu tulang kita. Iya la.. .mana nak nampak tulang tu, kan? Melainkan buat scan.





Antara gaya hidup yang dikaitkan dengan osteoporosis di kalangan orang muda ialah merokok. Patutlah Ali Baba nyanyi "kerja berat takut reput tulang": dia suka sedut asap. Sapa yang tak nak 'dipencenkan' awal, sila jaga kemantapan tulang. Mabuk-mabuk pun bahaya jugak untuk tulang. NI bulan mabuk trimester pertama ya. Ni mabuk yang sengaja ditempah dari pundi kencing setan.


Langkah Pencegahan

Nak ke tulang 'berdarang' macam gambar kat bawah tu? Tak nak, kan? Sila lah ambil langkah2 untuk mencegah. Kalau dah reput, bukan boleh ditampal simen sesuka hati.

http://www.news-medical.net/health/What-is-Osteoporosis.aspx




















Cara nak mencegahnya ialah:

1. Berhenti merokok. Jangan pulak ada yang start merokok semata-mata nak berhenti merokok. Maksud di sini ialah jangan merokok. Kalau ada tabiat merokok, kurangkan dan hentikan. Tak usahlah nak seronok-seronok buang duit. Bayangkan setiap batang rokok yang disedut tu membakar tulang-tulang dalam badan. 

2. Jangan minum arak. Minuman beralkohol memang lebih banyak mudarat daripada manfaat. Ni tak yah komen panjang-panjang.

3. Banyakkan aktiviti fizikal. Kalau aktiviti fizikal berada di tahap lemau, tak hairanlah kalau tulang pun jadi lemau. Kena kekal aktif. bersenam, bersukan. Buat latihan angkat berat. Macam-macam boleh dilakukan untuk kekalkan kekuatan tulang.

4. Pastikan kita makan cukup kalsium. Kalau lelaki antara 31 dan 50 tahun, ambillah 1,000mg setiap hari. Kalau nak lebih efektif, pilih supplemen kalsium yang ada magnesium dan vitamin D. Pasal apa? Pasal magnesium tu boleh meneutralkan kesan negatif kalau terlebih dos kalsium. Ya la...mana tau ada terlebih kalsium pulak dalam makanan yang dimakan pada hari tu. Kebetulan, kan? Hari-hari biasa kurang kalsium. Tetiba pulak overdosed kalsium pada satu hari. So, magnesium tu boleh membetulkan keadaan. Vitamin D tu pulak untuk bantu badan serap kalsium. Apa gunanya makan sampai 2,000mg kalau yang keluar dari badan pun 2,000mg jugak. Vitamin D penting untuk pastikan badan boleh serap kalsium.

Kaedah lain untuk penyerapan yang berkesan ialah ambil kalsium 2 jam selepas makan. Telan dengan air segelas. Kalau nak makan sebelum tido pun boleh. Tapi, kalau ada ubat/supplemen lain yang dimakan sebelum tido, elakkan campur dengan kalsium. takut kalsium block supplement lain tu pulak. 

(Rujukan utama: http://www.niams.nih.gov/Health_Info/Bone/Osteoporosis/men.asp)

Comments