Sunday, April 06, 2014

Taman Orkid KL

Negara orang cantik. Negara sendiri pun cantik juga. Tak boleh nak bandingkan Osaka dengan KL. Dua-dua ada kecantikan tersendiri. Masa lawat Taman Orkid di Taman Botani (dulu Taman Tasik Perdana), memang terpegun dan terkagum dengan kecantikan bunga-bunga kat sana. Tak semuanya dapat dirakam dengan baik. Ada sikit je yang dapat ditangkap untuk tengok-tengok.

Bila rasa dah lama terperuk kat ofis dan rumah, best jugak dapat tengok balik gambar bunga-bunga ni. Rasa segar mata dan minda. Nak tanam sendiri tak pandai. Ada beli tiga empat pokok dari taman ni. Tapi, tak de berbunga dah. Daun pun tak hijau macam dulu dah. Gambarnya je yang masih hijau dan segar. Tengok gambar je la.







No comments: