Friday, April 11, 2014

Yang nampak Pelik di Osaka


Fuiyoooo!! Nampak pelik tak? Tempat parking bertingkat. Kalau kat Malaysia, multistory parking tu maksudnya bangunan parking ada bertingkat-tingkat. Yang ni, parking lot pun ada bertingkat-tingkat jugak. Untuk basikal pun berlapis.

Memang la depa menghargai ruang. Kalau tak buat cam ni, penuh sesak la ruang parking dengan kenderaan. Cuba bayangkan kalau kawasan perumahan (cth flat atau kolej kediaman di universiti) guna parking bertingkat untuk motorsikal..... fuiyooo. Ada YB mana-mana yang nak buat macam ni di kawasan DUN masing-masing?

No comments: