Tuesday, December 31, 2013

Nikmat Yang Didustakan

(pic credit: Pinterest: Francine Schwartz)


Kadang kadang kita merungut sebab rasa disusahkan sesuatu. Bila ia hilang, baru kita sedar betapa besar nikmat yang dikatakan susah itu. Mungkin kita tidak sedar kita mendustakan sesuatu yang merupakan sebesar-besar nikmat kepada kita.

Antara dialog yang selalu didengar dalam kalangan mak bapak yang beranak kecil ialah "ligat sungguh bebudak ni. Tak sempat nak buat apa kalau di rumah". Satu lagi dialog yang berkongsi DNA, "dah anak-anak asik nak bergayut je... mana dapat nak buat kerja".


Sebagai ungkapan rasa letih, mungkin boleh diterima. Dalam kebanyakan kes, mungkin penutur dialog tu cuba menjustifikasikan kerja yang tak siap itu. 


Sebagai tafsiran alternatif, cuba fikirkan bagaimana seekor alien (kalau ia wujud ..dan boleh berbahasa melayu) mentafsirkan dialog tu.


Cik Alien: "Adakah encik bermaksud anak-anak menjadi penghalang untuk buat kerja di rumah?"


Itukah maksud kita? Kalau betul itu maksudnya, kita mungkin telah mendustakan nikmat. Kita letak anak-anak sebagai penghalang untuk kita bekerja. Atau kita merasa lemas sebab anak-anak menghalang kerja-kerja daripada diselesaikan. Bayangkan kalau kita bekerja di pejabat, dan kita cakap "Isshh...kerja tulis mensyuarat ni ganggu aku nak fokus pada KPI je", walhal menulis minit tu sebahagian tanggungjawab. Apa kata kalau bos nak suruh kita tumpu kepada KPI, maka ditariknya balik tanggungjawab menulis minit. Suka tak?


Kalau jawab ya, sila jawab soalan ni pulak, "Suka tak kalau Allah tarik balik anak-anak kita supaya kita boleh buat kerja kat rumah?"


Suka?


Monday, December 30, 2013

Gebunya Kulit Akak!!!


Mula-mula tergelak, kemudian terkedu dan rasa ntah apa-apa bila membaca iklan penuh testimoni dalam sebuah suratkhabar sabtu lepas. Produk yang diiklankan dikatakan mampu memutihkan dan menggebukan kulit. Antara yang memberi testimoni ialah seorang lelaki muda. Katanya, "sejak pakai produk ni, Datin-datin selalu tegur saya" (atau lebih kurang gitulah ayatnya.) buat ayat sendiri je la... kalau ayat sebiji-sebiji, nanti timbul masalah ciplak dan 'fitnah' pulak.


Sorang lagi yang beri testimoni ialah makcik (bukan dalam gambar kat bawah ni ya) yang agak berumur. "Sejak kulit akak gebu ni, ramai budak-budak bujang kacau akak".


(photo credit: Pinterest: taryn Truese)

Hrrmm..... tak de nak salahkan orang yang beri testimoni. Mungkin apa yang dikatakan merupakan antara kesan yang depa dapat hasil pakai produk tu. Cumanya, pengiklan menggunakan efek tersebut sebagai pelaris produk. Kalau target penggunanya non-muslim, mungkin ada justifikasinya. Tapi, bagi para pengguna Islam, kecantikan tubuh badan bukanlah untuk menarik perhatian orang. Seolah-olah unique-selling-point (teknik marketing) bagi produk itu ialah tarikan seksual yang dihasilkan. kalau pengguna membeli dengan niat begitu, apakah natijahnya nanti? Yang diharapkan ialah kulit yang sihat, cantik, atau kulit yang dipandang penuh geram oleh orang yang bukan mahram? Cari penyakit namanya tu.

Sesiapa yang makan supplement dengan niat nak bagi cantik/gebu/putih supaya orang lain (i.e selain suami/isteri) pandang/tergoda/geram, jangan hairan jika supplement tu membawa penyakit.

Fikirkanlah tabiat menayang kegebuan ini dengan larangan kepada wanita memakai wangian (yang boleh menarik perhatian orang) di khalayak ramai. begitu juga larangan memakai gelang kaki yang berbunyi2 jika ia menjadi sebab diperhatikan orang. Riya' itu bukan hanya pada ibadah khusus. menunjuk-nunjuk kelebihan fizikal diri pun mungkin sebahagian riya' juga (hamba tak pandai menukilkan hukum...cuma membuat perbandingan)

Bagi yang menjual supplement pula, jangan sampai menjual 'hasil' yang haram. Pastikan unique-selling-point produk dijelaskan dengan betul dan mengikut syariat. (peringatan untuk diri - jgn ghairah mengkomersialisasikan produk sehingga membelakangkan syariat)


Friday, December 27, 2013

Satu Paling Besar

"Sementara itu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin (gambar), berkata Terengganu satu-satunya negeri yang menyediakan peruntukan paling besar bagi memberi ganjaran kepada atlet kelahiran negeri itu yang berjaya dalam pelbagai acara sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. " (Sumber: Berita Harian)

Dalam puisi, mungkin ada justifikasi menggunakan frasa "satu-satunya yang paling tinggi" untuk mengenengahkan kesan hiperbola. Dalam penulisan berita sukan, rasa janggal pula membaca "satu-satunya ... yang .. paling besar". Kalau dah dinobatkan paling besar, mesti ada satu saja. Ataupun ada johan bersama? Atau wartawan sukan pun suka berhiperbola. Tidur bola, makan bola, mandi bola, tulis hiperbola. 

La la la la. 

Mengapa Sedap?

Alahai cik Vivix
Mengapa la engkau sedap sangat?
Terasa nak minum macam minum air sirap. Tapi confirm la tak sesuai minum banyak2 kan? Nanti overdosed dengan polyphenol dan resveratrol pulak. Habis musnah semua free-radicals dalam badan pulak. Tak elok musnah berlebihan...simpan sikit; dia pun ada fungsi yang bermanfaat untuk badan. Cuma, kalau berlebihan, free-radicals ni la yang boleh bawak macam2 penyakit. Dan cepat tua. Radical sangat. haha.

Vivix: di lidah rasa sedap, di badan rasa sihat

Cuti Penang

Last week gi jalan-jalan ke Pulau Pinang dan Bukit Merah Laketown Resort. Dua-dua tempat tu dah lama tak jengah (tak termasuk ke Penang untuk deliver training). Best jugak le dapat bermalam di Batu Feringgi. The next day, pergi ke pantai di Pasir Panjang, tempat yang dilanda tsunami 9 tahun yang lepas. Sekarang ni tempat tu nampak cantik: air biru jernih, pasirnya bersih, dan ada anak sungai kecil yang bermuara di pantai. MasyaAllah. Cantik tempatnya. Sayangnya, gambar-gambar dalam phone dah hilang ...sebab kena delete masa (terpaksa) reformat phone.

Memori tinggal dalam saraf-saraf je la.

Monday, December 23, 2013

kunci

Ya Allah...leganya. Sudah selesai satu urusan yang sangat panjang. Tinggal untuk mengambil kuncinya. Thank you Allah.

Thursday, December 19, 2013

best kept secret

The last week of class was the week that i read a novel by Jeffrey Archer. I picked up that book the first time when trying to put Zayd to bed. Soon after, hours when i was free at home were occupied thumbing through the Best Kept Secret.

I experienced a sense of accomplishment after arriving at the 466th page. It took far shorter time than i imagined when i read the first page. But it wasn't the only thing that i sensed. Oh..the joy of reading. And it helped that mr archer is a skillful story teller. 

time to find another good read.

Wednesday, December 18, 2013

Statistics Jokes

1. A statistics student was so smitten with a girl. One day, he summoned the courage to tell the girl how he adore her and will make her very happy. He later reported to his friend, "I convinced her that I am significant. She failed to reject me."

2. Two statisticians were drinking freshly brewed teas from two different pots. There were trying to determine which pot produce better tasting tea. They were doing a tea test.

3. A fashion designer asked 10 of his most loyal clients to test a new dress twice: once in the morning, and again later in the afternoon. He wanted to know if the clients feel differently about the dress at different time of the day and would adjust the dress accordingly. He was doing a within subject design.

4. A wife asked her husband, "Do you love me?"
He answered, "yes, categorically".

5. A wife asked her husband, "how much do you love me?"
He answered, "are you thinking in terms of range or central tendency?"

6. A student confessed to his statistics professor that some days he was very enthusiastic to come to class. On some other days, he felt strongly averse to the classes. The professor responded, "that's your standard deviation."




Thursday, December 12, 2013

Ringan Mata

Kalau makan seafood, mulalah mata hidung dan dahi (muka la senang cerita) terasa gatal. Of course, rasa paling tak selesa bila mata yang merana. Selain gatal, terasa berat, kelopak mata macam digayut, seolah-olah mengantuk. Tak sure ada kaitan secara langsung dengan seafood tu. Tapi itulah yang selalu dialami.


Sejak makan Vivix, produk Shaklee yang hebat tu, alhamdulillah dah terasa keringanan mata. Selama ni macam dah tak tau apa rasanya 'ringan mata'. Bila dah kurang keberatannya, memang terasa WOW. Bestnya bila mata terasa ringan.

Kalau adik, abang, kakak, makcik, pakcik nak rasa nikmat penglihatan yang baik, lihatlah nombor telefon saya ni : 0132408451. Lepas tu, call saya. Nak whatsapp pun boleh. Biasanya, tak sampai dua hari lepas order barang, ia akan boleh dilihat di depan mata. Senang je!

p/s yang kat atas tu bukan gambar mata saya ya.

Monday, December 09, 2013

berani hantar

entah datang dari mana keberanian kali ini. Mungkin selepas menjejak kaki di Merapi, ada kekuatan tambahan yang diterima. Ada dua buah karya - satu baru, satu lama - yang masing-masing dihantar ke BH Ahad dan Dewan Sastera. Antara percaya dan tak percaya, kedua-duanya sudah diemel. Sekarang hanya berdoa, agar keputusan penerbitan = 100%. :-)

Mungkin juga keberanian itu tempias bisnes Shaklee. Setelah berupaya mencatat jualan yang diluar jangkaan sendiri, ada keseronokan yang timbul. Nak berniaga kena berani. Usah terkesan sangat dengan penolakan. Kalau editor satu ruangan puisi buat senyap... kita hantar ke editor lain. Kalau sorang bakal pelanggan buat senyap, kita approach pelanggan lain. Begitulah yang difaham setakat ini: nak jadi penyair bernama, kena berani hantar. Nak jadi ahli bisnes yang berjenama, kena berani kena reject.

Lepas ni nak cuba tanya Datuk Hishamuddin Tun Hussin. Dia kata nak berhenti merokok. Shaklee bagus Datuk.

Yang menteri dan rakyat jelata, ada yang berani nak rejek offer OmegaGuard bulan Disember ni? Kalau rasa nak accept, sila ...silakan.

Friday, December 06, 2013

PSYC'D 2013

Today is Friday. It is also celebrated as Psychology Day (or PSYC'D 2103) by students and staff at the Department of Psychology IIUM. Congratulations to all students and staff who had put a lot of efforts into the program. May the force (of psychology) be with you.



Wednesday, December 04, 2013

Minyak oh Minyak

Bila harga minyak naik, ramai yg naik marah. Bila naik marah, tekanan darah pun naik. Bila tekanan darah naik, kesihatan badan menurun.

Bukan harga minyak je sebenarnya yang boleh membuat kesihatan merosot. Salah makan minyak pun boleh menjejaskan kesihatan. Of course, rasanya tak de la yg 'tersilap' makan minyak petrol atau diesel. Tapi banyak minyak yang halal dimakan yang kita makan secara berlebihan. itu yg menjadi masalah. Minyak-minyak yang halal tu, macam minyak masak dan lemak dari daging, boleh meningkatkan kolestrol jahat dalam badan. Bila yang jahat-jahat ni berkumpul, depa sempitkan saluran darah. Macam mana nak cuci? Bukannya senang nak cuci secara manual.

Kalau makanan menjadi punca salur darah tersumbat, makanan jua lah yang sesuai untuk menterbalikkan prosesnya. 'Ubat' tidak bertindak seperti makanan - sesuai mengangani simptom, bukan menangani masalah. Kalau nak tangani masalah secara langsung, boleh cuba pelbagai makanan yang berkhasiat lagi menyihatkan.

Di  Disember ni, ada promosi istimewa dari Shaklee. Distributors Shaklee dah tau keistimewaannya. Minyak ikan cap OmegaGuard memang bagus utk kurangkan kolestrol jahat dalam badan. Tentang harganya, yang belum tahu, ni nak cerita: harga biasa RM136 sebotol (90 kapsul). La ni boleh dapat harga RM110 sebotol. Kalau nak jimat lagi, pakat dengan kawan beli sebotol seorang, jimat RM10 i.e. bayar RM200 je utk dua botol.

 RM110 tu, insyaAllah, sebahagian ikhtiar kita nak cuci saluran darah. Upah nak cuci rumah pun mahal, apatah lagi nak cuci saluran darah. Marilah kita makan minyak yang betul. whatsapp teman di 0132408451

Tuesday, November 26, 2013

Vivix

Inilah dia campuran minuman botanikal yang dibeli: sebotol untuk mak, sebotol untuk abah. Sepupu yang tolong order dan kirimkan ke kampung. Sangat senang nak beli dan dapatkan. Kena dengan gayanya, memang berurusan guna tetikus je: klik klik klik ... dapat barang. Mudahnya.

Nak consume pun mudah je cik Vivix ni. Sesudu sehari: bukan camca, sudu teh je. Rasanya manis manis masam. Lebih manis dari masam. Kebaikannya? Dapat memulihkan, menguatkan, pertahankan, dan meningkatkan sistem asas badan. Kesannya? Pada emak, diharap kesan yang dicapai ialah mengawal gula dalam darah sehingga boleh berhenti suntikan insulin (yang telah dinaikkan oleh doktor baru-baru ni). Harap sangat mak tak perlu bermain jarum suntikan setiap malam lagi.

Kalau yang membaca ni nak memilih ikhtiar ini juga, silalah taip laju-laju (jangan risau, tak de saman AES) ataupun pelan-pelan (jangan risau, tak de sapa nak kacau dengan high beam) ke pakalang@yahoo.com. We can talk about Vivix. Dan boleh juga, bila berminat, sembang pasal mudahnya nak buat bisnes.




nak pandai atau bodoh?


"Sebenarnya saya pun penat. Tapi cuba beritahu saya, berapa ramai pelakon kita yang betul-betul ada asas seni mempertahankan diri? Terutama silat?Bukan ketika berada di set penggambaran baru nak belajar. Kalau nak persembahan terbaik, sebelum berlakon lagi dah pergi menuntut ilmu. Pergi cari cikgu, bukan cikgu cari murid."

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131124/hi_05/Eman-Manan-buka-mulut#ixzz2lhxDYPXa © Utusan Melayu (M) Bhd



Bersungguh-sungguhlah memandaikan diri. Jangan bersungguh-sungguh mempertahankan kebodohan diri.

Dalam bidang perniagaan, bila penyelia atau upline membuat teguran, ambillah intipati yang boleh meningkatkan diri kita sendiri. Tak perlu fokus pada sisi yang negatif; itu tidak produktif. Kita tidak melangkah ke depan, penyelia pun terpaksa beri masa lebih untuk membetulkan persepsi kita. Dua-dua terhalang dari ke depan. 

Dalam bidang pelajaran, bila guru membuat teguran, ambillah sisi teguran yang boleh membina ilmu dan sahsiah yang mulia. Kalau menentang bersungguh-sungguh, makin nampak kebodohan diri. Jangan sampai dipandang bodoh bertingkat-tingkat, bebal tak boleh diajar. guru-guru bukan maksum - memang ada cacat celanya. Jadi, kalau mau diletak cacat cela itu dibawah mikroskop, tidak akan terlihatlah sisi lain yang baik dan boleh memberi manafaat kepada diri.

Allah jua Yang Maha Mengetahui. 

Saturday, November 23, 2013

muaddib

Lecturers at IIUM are expected to be more than just a muallim (teacher), they need to be a murabbi and a muaddib.

To play the roles excellently, sufficient trainings are needed. Beyond the formal training, informal training can be obtained via conscious reflection of life experiences.

You can't be a good muaddib if you have not encountered a person with rude behaviour. The behaviour is an opportunity for you to develop the skill as a muaddib. It is also a reminder to yourself about what is rude and what is polite.

Thursday, November 21, 2013

post-overdrive

Well... I have not totally recovered from the overdrive last night. 
But I'm happy knowing that I've done something concrete. One journal article sent. And this morning I've joined Shakelee. The main reason was to buy Vivix for emak. hopefully Vivix would be effective in controlling mak's diabetes problem so that she can stop the insulin injection.

Similar to what I've aimed for before, I'd like to develop the business into, at least, a self-sustaining venture in the sense that I can consume all the product that I want for free! (i.e. using the profits generated).

Hohpefully the overdrive is a drive to overachieve.

Wednesday, November 20, 2013

overdrive

My mind is on overdrive.
Journal article.
Colloquium.
Shakelee.
Business.
SPSS training.
Meetings.
New PA.

Oh.. belum solat lagi.

jurnal

Lega rasanya bila dapat selesaikan satu kerja. Bukan sebarang kerja, tapi kerja yang sepatutnya dilakukan lebih kerap.

Macam tak percaya pun ada. Tak adalah terlalu impossible untuk menyelesaikan kerja tu. Tak membebankan rakyat. Mengapa la tak buat dari dulu lagi.

Hasilnya tak tahulah lagi. Dapat tak dapat tu belakang kira. Harap- harapnya dapatlah.

Wahai editor Jurnal Teknologi (Sains Sosial), tolong buat baik kat saya ya.

rotan

Hari ini dalam sejarah: bawak rotan ke kelas.

You may call it a cane or a 'rotan'. I wish to call it a teaching aid. I hope by using it, the students will be more motivated to do the exercises so that they will learn.


Tuesday, November 19, 2013

Psikologi dan Kesihatan Mental

Alhamdulillah, selesai bersiaran di Radio IKIMfm kali kedua. Kurang gugup dan gementar berbanding kali pertama. ada tersangkut dan tergagap juga, tapi tidaklah sampai 'lumpuh'.

Yang dikesalkan ialah ada idea dalam fikiran yang tak dapat diluahkan: tak dapat cari masa, celah, dan pencetusnya. Hope to do better next time. Ada next time ke?

Monday, November 18, 2013

konvo

Meraikan mereka yang berjaya
berjubah bertopi bergaya
berjalan tertib masuk ke dewan
di atas pentas duduk diam

mereka berjalan mereka tunduk
mengambil sijil harapnya tawadhuk
keluarga memandang dari jauh
dalam hati bangga penuh


Tuesday, November 12, 2013

pencapaian 2013

As i look back at 2013, i find some solace in some works that I have managed to complete. Alas, they are not enough for promotion to associate professor post. Keep up the work!

Abd Hamid, H., & Sulaiman, M.K. Statistics Anxiety and Achievement in a Statistics Course among Psychology Students. Submitted to International Journal of Behavioural Sciences.

Abd Hamid, H. Commuting and Life Satisfaction among Kolej Komuniti Staf. submitted to Amanjaya Insight.

Mansor, N. S., & Abd Hamid, H. (2013). Safety culture and patient falls: a comparison between accredited and non-accredited hospitals. Paper presented at the 10th International Postgraduate Research Colloquium, 26&27 August 2013, Bangkok, Thailand.

Ansari, M., & Abd Hamid, H. (2013). Job satisfaction and organisational commitment among employees of a small company in Kuala Lumpur. Paper presented at the 10th International Postgraduate Research Colloquium, 26&27 August 2013, Bangkok, Thailand.

Abd Hamid, H., & Sulaiman, M.K. (2013). Statistics anxiety and performance in a statistics course among psychology students. Paper presented at the 10th International Postgraduate Research Colloquium, 26&27 August 2013, Bangkok, Thailand.

Che Kar, C.S., & Abd Hamid, H. (2013). Adaptation of Safety Attitude Questionnaire (SAQ) in Malaysia healthcare setting. Paper presented at the 10th Biennial Conference of Asian Association of Social Psychology, 23-25 August 2013, Yogyakarta, Indonesia.

Tuesday, October 29, 2013

tetamu program bual bicara radio

Ya Allah... syukur. Bertambah satu lagi pengalaman. Memang mendebarkan dan mengujakan. Bukannya tak pernah memberi pengucapan awam. Tapi suasana dalam studio adalah suasana baru - tak tahu apa yang perlu dijangkakan.

Dengan permulaan yang agak stuttered (sebab nervous), dapat juga menghabiskan sesi selama 45 minit. Masa yang dijangka bergerak perlahan rupa-rupanya bergerak terlalu pantas (ataupun dah dapat sindrom suka bercakap lama-lama?).

Beberapa pengajaran:
1) memang berbaloi jika over prepare material
2) berbaloi juga jika buat persediaan perkara2 berkaitan
3) be prepared to come early to a new destination.

Ok... ok.. kesimpulannya: be prepared.

Syukur, pengalaman baru ini merintis kepada beberapa peluang pengalaman lain, insyaAllah.

Monday, October 28, 2013

ketupat


Di hari raya aidilfitri yang lepas, (baru la nak tulis kat sini, kan?) dapat test skill baru: masak ketupat. Sebelum ni dah pass skill menganyam sarung ketupat (versi daun kelapa). Tapi tak pernah pun masak ketupat. Dengan iringan si kecik yang dah pandai duduk masa tu (tengoklah dia tolong menganyam sama), dapat disiapkan beberapa kelonsong ketupat. Dengan bantuan emak, dapat dimasak sekilo beras pulut. 

Makannya tak banyak mana. Tapi rasa puas sebab dapat masak ketupat. Nanti kalau terasa teringin nak makan ketupat, boleh la buat sendiri.

debar

Bukan tak biasa bercakap, tapi untuk kali ini ada debaran jugak.

Biasanya bercakap depan penonton yang dapat dilihat. Kali ini akan bercakap untuk pendengar yang tak kelihatan. Kali pertama akan berada dalam studio radio untuk wawancara ilmiah. Debar.

Debaran.

Thursday, September 26, 2013

Walking

It was about two weeks ago that Zayd took his first tentative independent steps. Today, he can walk with more confident steps. Growing up fast.

Sunday, August 25, 2013

while in Yogyakarta

The conference paper was successfully presented i.e. no serious technical error occurred. Alhamdulillah. i also managed to finish - with 'finish' being a relative concept - working on the slides for another paper. I will be presenting the slides on Monday, like 28 hour away. I need one more page to add to the slides to make it more visually effective.

Friday, August 02, 2013

pre-holiday

Alhamdulillah ... matlamat kerja hari ini dah tercapai. Kertas yang akan dibentangkan di 10th IPRC telah siap ditulis dan dihantar ke penganjur. Lega.

Dalam tempoh cuti raya nanti, boleh la siapkan baki kerja
1) Presentation untuk AASP sudah separuh siap, tinggal bahagian Results dan Discussion.
2) Presentation untuk IPRC kertas Medication Error baru 20% siap. Kertasnya pun baru 20% siap.
3) Presentation untuk Statistics Anxiety perlu dibaiki formatnya.

Moga kerja ini diterima sebagai ibadah.

Hamba ini cenderung mengantuk, Ya Salam.

Wednesday, July 31, 2013

fatwa mercun

Diriwayatkan oleh Abu Lahab (l.a.), beliau pernah mendengar Abu Jahal (l.a.) berkata "Apabila tiba Ramadhan, kami akan bermain mercun dan bahan letupan. Waktu yang paling afdhal ialah ketika orang Islam sedang bersembahyang maghrib, isya' dan tarawih. Sesungguhnya kami suka menghidupkan Ramadhan dengan membuat bising dari waktu maghrib hingga ke waktu imsak."

Thursday, May 09, 2013

memandang padi


Buah manggis cantik tampuk
Cantik juga bunga jerangau
Mata memandang padi berkepuk
Kaki terlekat di tangga dangau

Dalam nak mengejar cita-cita, kita kena muhasabah apakah yang menghalang kita mencapainya. Mungkin ada keputusan yg kita ambil membuat kita kekal di takuk yang sama, walaupun kita turut berusaha keras untuk mencapai cita-cita.

Kita selalu dengar orang yang mengeluh kerana 'nasibnya' tidak sebaik orang lain. Walaupun sudah jenuh berusaha sana sini, keadaan hidupnya tidak berubah seperti yang diinginkan. 

Ibarat memandu kereta, kadang-kadang kita tekan minyak, tapi kereta tak pergi laju jugak. Cuba check kaki yang lagi satu tu...mungkin pada masa yang sama kita sedang tekan brek. 

Monday, April 29, 2013

Realiti siapa?

"Sorry ya, apa yang saya tweet ni mesti penyokong PR tak suka tapi ini realiti - kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur".

There's so many angles to comment/criticise/maki hamun the preceding statement. Let me focus on one: realiti. Is PAS currently in power in Malaysia? Is it a 'reality' yet? The work 'kalau' seriously negate your meaning of reality.

Is it a reality, or your personal conviction?

Tuesday, April 16, 2013

be my imam


It is nice to read that women are demanding their future husband to be able to be their imam. I hope the women are ready to be the ma'mum, and don't make that demand only to deflect the expectation that they have the ability of a chef. For example, be ready to spend according to your imam's capacity: don't let your nafs guide your spending habit. Otherwise, find an imam with deeper pockets.

lose-lose scenario: 
men don't want to be an imam, women don't want to be chef.
win-win scenario: 
men learn to be a good imam, women learn to be a good chef.

Imam has to work harder to convince their ma'mum to spend less, instead of working harder to deepen their pockets

Lagi besar periuk, lagi banyak keraknya.

Peringatan daripada Allah (surah at-takaathur, ayat 1&2): "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur."


Wednesday, April 10, 2013

Pelik

Musim berkempen ni, banyak la keluar statement "dah terbukti XYZ, masih lagi nak mengundi parti PQR?"
Orang yang buat statement itu berasa pelik mengapa ada orang yang tidak terpengaruh dengan bukti-bukti jelas dan hujah-hujah yang bernas.

What about this statement?
"Dah terbukti merokok itu berbahaya, mengapa masih lagi merokok?"

Sila mintak orang yang berasa pelik di atas untuk menjawab, terutamanya kalau dia merokok. Dari situ dia akan faham mengapa orang lain tak membuat kesimpulan yang sama dengan dia: mengapa orang lain masih nak menyokong parti PQR tu.


Friday, April 05, 2013

Tunggu kejutan

DS Najib minta rakyat tunggu kejutan berkenaan penamaan calon. Saya akan terkejut jika:

1) BN meletakkan calon berstatus ulama bagi semua kerusi di Kelantan
2) DS Najib sendiri tidak bertanding
3) nama saya masuk senarai calon
4) calon wanita melebihi calon lelaki
5) 50% menteri kabinet yang lalu tidak dicalonkan

Wednesday, April 03, 2013

Azam 1

Alhamdulillah.

One of my azam for this year was achieved. This means I'm a certified trainer for HRDF-claimable trainings.


Attention in solah


A very good way to learn something new is by teaching something you already knew. From personal experience, this new knowledge or awareness can be obtained either by design of by accident. When teaching the topic of attention in Cognitive Psychology class, I’ve learned something about khusyu’ in solah.
When asked to explain attention as it applied in solah, many students tend to say that solah requires selective attention. This type of attention requires the person performing solah to attend to some information or event and filter out other irrelevant stimuli. This rather simplistic view of attention may be derived from the common understanding that khusyuk involves paying full attention to the acts involved in performing solah: understanding the recitations and looking at the sujud spot, for example. It could also mean the students are not fully appreciative of the other type of attention: divided attention.
At first, it might be counter intuitive to say that we have to divide our attention when performing solah. However, we need to understand that divided attention refers to the act of switching attention between two or more tasks or stimuli. This does not mean that we switch back and forth between solah and irrelevant tasks. It should be taken to mean there are more than one tasks or events that occur during solah.
Consider a solah in jamaah. The makmum has to pay attention to their personal physical performance of all the rukun of solah. At the same time, they have also to pay attention to the voice of the imam. If attention is not divided between intrapersonal and extrapersonal events, then the makmum would not be able to follow the imam. Being able to direct attention to intrapersonal event is called endogenous attention. When we perform the takbiratul ihram, we direct our attention to making the niyyah. Before we can begin to recite surat al-Fatihah, we have to subject ourselves to exogenous attention whereby external stimuli (e.g. the voice of the imam) act as a signal for us to pay attention back to our personal action.
If we reflect on what we actually do during solah, we may come to the conclusion that solah is a complex ibadah that involves behavioural, cognitive and affective components. It is no wonder that we have to use a lot of cognitive resources to perform the solah. We can consider solah as a task with high cognitive load. When we use our cognitive resources fully, then we will not have spare capacities for irrelevant tasks like doing a maintenance rehearsal on the formula for standard deviation. May Allah make it easy for us to maintain sufficient level of attention when communicating with Him.

Tuesday, March 12, 2013

kaya

Kaya itu satu fakta.
'Rasa' kaya itu satu yang subjektif.
Roti kaya itu satu yang sedap.

Friday, March 08, 2013

tepuk tangan


bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.

bertepuk dua belah tangan, kadang2 sumbang bunyinya.

bertepuk kuat-kuat, sakit pulak tangan tu.

marilah belajar bertepuk tangan.

Jika Kereta Rosak


"Adakah kebebasan itu menjamin kebahagiaan?"

Seelok-eloknya, bila buat keputusan, biarlah lari dari sesuatu, dan kearah sesuatu yang lain. Bukan sekadar ingin bebas; takut nanti tak tahu ke mana nak dituju. Kalau ingin lari dari kebosanan di tempat kerja sekarang, pastikan ada tempat kerja lain yang lebih menarik.

Apa yang dicari dalam hidup bergantung kepada diri sendiri. Definisi 'berjaya' berbeza-beza. Jika berada di persimpangan, dan perlu buat keputusan, tanyalah diri sendiri: apa yang ingin dicapai dalam hidup?

Duit berkepuk-kepuk tak habis makan?
Kawan ramai untuk bersuka ria?
Rasa saling bergantung dengan orang yang tersayang?
Pergi ke Mekah setiap tahun?
Hidup tanpa hutang?


Jawapannya mungkin lebih daripada satu. Tak mustahil untuk mencapai beberapa matlamat dalam satu masa. Ramai juga yang boleh meletakkan susunan keutamaan bagi setiap matlamat.

Namun, ada kalanya matlamat-matlamat itu bertentangan. Satu membawa kita ke Kuala Perlis, satu lagi membawa kita ke Kuala Krai. Tak mungkin jiwa dan raga dapat dipisahkan untuk ke dua destinasi berbeza. Maka, di sinilah satu keputusan yang tepat perlu diambil.

Ada orang meletakkan matlamat yang berkait. Ibarat dari Johor Baru ingin ke Pulau Pinang: ada orang rasa selesa naik kereta. Jadi, diusahakan supaya boleh membeli kereta. Dengan kereta itulah dia bergerak ke Pulau Pinang. Andai kata kereta tiba-tiba rosak di pertengahan jalan, ada tujuh kemungkinan yang berlaku.

1. Dia berusaha membaiki kereta itu. Kalau boleh dibaiki, alhamdulillah, dan boleh teruskan perjalanan.

2. Tapi usaha tak semestinya membuahkan hasil yang diingini. Sekuat mana pun kudrat dan helah kita, mungkin kereta itu tidak dapat dibaiki. Janganlah pula sampai tersadai hiba ditepi jalan dengan kereta yang tidak lagi bergerak. Sudahlah kereta tidak bergerak, tuannya pula lumpuh tidak dapat maju.

3. Lebih teruk lagi, jika menapak kembali ke tempat asal. Destinasi yang diimpikan ditinggalkan sebagai fantasi. Setiap langkah ke belakang diiringi sesalan dan kehibaan atas kegagalan. Maka rugilah masa dan usaha yang dilaburkan.

4. Memilih untuk meneruskan perjalanan adalah satu pilihan yang baik. Namun, ada pula yang akhirnya memilih destinasi berbeza. Mungkin berdasarkan realiti semasa, ataupun kerana sudah tawar hati dengan matlamat asal.

5. Yang lebih teruk daripada 4 ialah orang yang tidak dapat menentukan apakah destinasi mereka. Pulau Pinang tidak, Cameron Highlands pun tidak. Berjalan setapak setapak mengikut deru angin, landai cerun tanah, atau asalkan dapat melangkah.

6. Jika anda tidak mahu termasuk dalam golongan 2,3, dan 5, dan tidak pula bernasib baik seperti golongan 1, maka anda perlu ingatkan semula diri sendiri tentang destinasi yang telah dipilih. Yakinkan diri bahawa kereta itu hanyalah satu kaedah untuk ke Pulau Pinang. Ada banyak lagi pilihan: teksi, bas, kereta api, bahkan lori. Jika anda telah terlalu selesa dengan kereta, pilihan lain mungkin menakutkan. Tetapi, pilihan golongan 2 dan 3 lebih menakutkan. Biar lambat dan kurang selesa, asalkan sampai.

7. Bersama setiap kesusahan ada kesenangan. Itu janji Dia kepada kita. Yakin. Dan mungkin Dia, atas kemurahan dan rahmatNya, memberikan kita sesuatu yang lebih baik. Siapa tahu, dengan sebab kita mengalami kerosakan kereta, ada limousin bersupir yang sudi membawa kita ke Pulau Pinang. Malahan, ada pula yang lebih murah rezekinya, dapat menaiki kapal terbang! Jika kita berdegil hendak memilih kereta juga, kita terlepas peluang untuk mendapat sesuatu yang jauh lebih baik.


Kesimpulannya, tidak semestinya bila kereta rosak kita tak boleh sampai ke destinasi yang telah dipilih.

Thursday, March 07, 2013

Tuesday, March 05, 2013

out-In

After checking in at a hotel, we deregister ourselves as a hotel guest by checking out.

But, if we want to check something out, we don't have to check it in first.

Thursday, February 28, 2013

Ad hominem


'Hujah':  "Inikah yang nak diharapkan memperjuangkan Islam kat negara ni? Anak bini pun tak terjaga. Bini tak bertudung. Anak perempuan jadi penyanyi kelab malam"

Reaksi:
1) err.... ahli keluarga para Nabi dan Rasul pun tak semuanya 'terjaga'.
2) orang yang membawa hujah itu pun tidak maksum 100% ahli keluarganya. Wanita ahli keluarganya pun mungkin masih mintak diskaun aurat (ini reaksi provokasi).

Kredibiliti perjuangan seseorang tidak wajar dinisbahkan secara terus dengan perilaku dan peribadi ahli keluarganya. Sedangkan Nabi Muhammad yang kita sayangi itupun tidak berupaya mengIslamkan pakciknya kerana itulah kehendak Allah. Maka apakah wajar kita memperleceh dan mengutuk para pemimpin politik atau organasisasi sekiranya ahli keluarga mereka 'cacat' di mata kita? Jika hendak menolak perjuangannya, tolaklah isi dan perlaksanaan perjuangannya. jangan tolak kerana ahli keluarga pejuang itu.

Ayat menyejukkan hati: Allah berfirman: " Hai Nuh, sesungguhnya dia (yakni anak Nabi Nuh) bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatannya) perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikat) nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang orang yang tidak berpengetahuan ".

Refleksi: siapalah kita untuk menilai orang lain. Dia pun mungkin sangat-sangat berharap kesempurnaan iman, akhlak dan ibadat untuk ahli keluarganya. Tapi Allah ada ketetapannNya sendiri. Mungkin banyak baiknya kita berempati dengan Nabi Nuh dalam situasi ayat di atas. Mudah-mudahan sejuk hati kita. Dan lembut kesombongan kita.

Wednesday, February 27, 2013

thank you

A Department in an organisation has to rely on the management of the organisation for distribution of resources like money, staff and rooms. There are cases where Departments do not get what they need even though the resources are available. This could be due to incompetence or selective action of the managers. So, there is still a need to be thankful to the managers who manage to distribute the resources well, even though the expenditure does not come from the manager's own pocket.

It would a gross oversimplification to say "all managers in the world would provide basic facilities  to the Departments in their organisation". This requires near perfection to occur: managers with the correct attitude, aptitude, and ability. The fact is there are people who are self-centered, incompetent, haven't got a clue what to do with the resources available, and have a host of other imperfections that make the distribution and management of resources less than perfect. So, good managers deserve expression of gratitude from the subordinates. We thank them for their competence. 

May we all be saved from the harms inflicted by incompetent people.

Dalam pada masa yang sama, kerajaan juga tidak seharusnya 'memaksa' rakyat berterima kasih atas setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan.

eh.... kerajaan? still talking about the same topic ke?

Tuesday, February 26, 2013

Mind the STEP


The 'T' in the STEP is for 'teachers'. Do try to know them. 

If you want good grades in the courses you're taking with them, find out what they expect from you, your assignments, and your exams.

If you want to get 'ilm from them, find out their style of teaching. Know when they are being serious, and when they are joking. Don't confuse their sarcasm with factual information. 

If you want to gain benefits from their wisdom, be patient and ready to accept them for who they are. They are humans too. You have to put your ego, preferences and any preconceived ideas aside. Be ready to learn just like how prophet Musa a.s. was prepared before accompanying prophet Khidir a.s..

terkesan

Kuat terkesan.
Orang mungkin kata sensitip.

Hakikatnya, perkara yang mencetus aktiviti saraf cuping frontal memang sukar diabaikan. Tambahan pula, mungkin cetusan itu merebak ke amygdala. Yang menyentuh intelek itu turut menyentuh emosi.

Entahlah.
Agak mengambil masa juga untuk turun dari puncak ombak: walau hanya taufan dalam cawan teh. Susah untuk mencari rasional dalam selirat kekeliruan, putar belit kata, atau kedunguan yang nyata. Yang kusut hendak diluruskan. Yang kabur cuba dijelaskan. Yang kelabu diterangkan.

Penerangan yang utama ialah penerangan kepada diri sendiri. Dan catatan tentang penerangan ini menjadi rakaman untuk tatapan bila kecamuk bertamu lagi.

Friday, February 15, 2013

Interview

Interview oh interview
mengganggu kestabilan emosiku
hadir tanpa diduga
untuk menduga aku

interview datang sekali lagi
bagai pegawai keselamatan di lapangan terbang
memeriksa susuk tubuh
dengan begitu rapi sekali

Perlukah lulus interview?

Saturday, January 05, 2013

New Kitchen



Editorial piece for the Department's newsletter.


A woman, who seldom found time to cook at home, complained to her husband that their kitchen is not big enough, nor up-to-date enough. She frequently pointed out fancy looking kitchens in Ikea catalog and other catalogues that she could find. “If we renovate our kitchen, it would look better. It would be more comfortable for me to cook more often.”

After several months of the wife repeating and rephrasing the script, the husband relent-ed. The kitchen is now a gleaming cooking area. Did the renovation changed the frequency of the wife cooking at home? It depends how often she cooked before.

She would not have enough skills as a cook if she had not practiced before. Having a new kitchen does not automatically enhance her repertoire of recipe, not does it sharpen her skills. In short, her performance would greatly depend on her previous performance when the kitchen was a jaded and outdated space.


It is not wrong to dream of a better future: we can conduct more scholarly activities if the  Department has more financial autonomy. Or, we can admit more students if we have more staff. However, we should not forget to keep building our personal capacity and improve our job  performance from time to time. We should not be caught clue-less of what to cook when we are placed in a gleaming new kitchen.

Friday, January 04, 2013

cuando cuando

..after PhD, the next target is Associate Professorship. It is not a ship that you can board by buying a ticket. It must be earned by producing quality publications and doing supervision of post graduate research. The supervision is almost  bearing fruits. One, whom I inherited from another (former) supervisor is correcting her thesis for final submission. Another one will be defending her proposal soon.

On my part, writing articles for journal proves to be a major block now. Got the data, but still waiting for the... courage? .... to write.

Cuando?

Wednesday, January 02, 2013

invisibility

If you want to feel invisible, go to a kedai makan or a restaurant that you know have poor service. Take a seat and wait to find out how long a waiter or waiter finally see you. The best experience is when no one is aware that you are leaving without ordering anything. Congratulations: you are officially invisible.

Tuesday, January 01, 2013

Azam

... yang hampir tercapai: mendapat pengiktirafan sebagai jurulatih bertauliah (certified trainer) daripada HRDF.

... yang sudah berbahan, tapi belum mula diadun: menulis artikel untuk jurnal berwasit

... yang hanya menanti orang lain menyudahkannya: menyelia pelajar sarjana sehingga lulus (i.e. diluluskan pembetulan tesisnya)

... yang belum mula apa-apa lagi: menghantar puisi untuk diterbitkan di Berita Minggu

... yang sangat manis kalau dapat dimulakan: menulis buku teks

... yang berharapan besar tidak akan tercapai: menulis di blog secara istiqamah

... yang berada di belakang minda: satu artikel diterbitkan di surat khabar