Tuesday, November 26, 2013

nak pandai atau bodoh?


"Sebenarnya saya pun penat. Tapi cuba beritahu saya, berapa ramai pelakon kita yang betul-betul ada asas seni mempertahankan diri? Terutama silat?Bukan ketika berada di set penggambaran baru nak belajar. Kalau nak persembahan terbaik, sebelum berlakon lagi dah pergi menuntut ilmu. Pergi cari cikgu, bukan cikgu cari murid."

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131124/hi_05/Eman-Manan-buka-mulut#ixzz2lhxDYPXa © Utusan Melayu (M) Bhd



Bersungguh-sungguhlah memandaikan diri. Jangan bersungguh-sungguh mempertahankan kebodohan diri.

Dalam bidang perniagaan, bila penyelia atau upline membuat teguran, ambillah intipati yang boleh meningkatkan diri kita sendiri. Tak perlu fokus pada sisi yang negatif; itu tidak produktif. Kita tidak melangkah ke depan, penyelia pun terpaksa beri masa lebih untuk membetulkan persepsi kita. Dua-dua terhalang dari ke depan. 

Dalam bidang pelajaran, bila guru membuat teguran, ambillah sisi teguran yang boleh membina ilmu dan sahsiah yang mulia. Kalau menentang bersungguh-sungguh, makin nampak kebodohan diri. Jangan sampai dipandang bodoh bertingkat-tingkat, bebal tak boleh diajar. guru-guru bukan maksum - memang ada cacat celanya. Jadi, kalau mau diletak cacat cela itu dibawah mikroskop, tidak akan terlihatlah sisi lain yang baik dan boleh memberi manafaat kepada diri.

Allah jua Yang Maha Mengetahui. 

No comments: