Friday, July 24, 2015

terjemahan istilah psikologi

Parker et al (2008), dengan menggunakan path analysis, melabelkan ketagihan internet, video games dan perjudian sebagai 'dysfunctional preoccupation'.
Kalau nak terjemah ke Bahasa Melayu, Google Translate cadangkan 'keasyikan berfungsi'. Salah la tu. Kalau 'keasyikan tidak berfungsi' lebih tepat, atau 'keasyikan bifungsi' (awalan bi seperti dalam biadap = tidak ada adap). Ke...lebih mudah kalau guna istilah lagha?

Thursday, July 23, 2015

Promosi Shaklee Julai 2015


Rumah Orang Bujang

Fikir-fikir berdasarkan pengalaman dengan penyewa rumah.
Benarlah apa yang pernah dibaca dulu, "your wealth will grow to the extent that YOU grow". Maksudnya, jika diri kita sendiri masih di takuk lama, maka tak hairanlah kalau kekayaan/kemiskinan kita pun di takuk lama juga.
Wang yang banyak, di tangan orang yang tak pandai menguruskan wang, ia akan habis. Tapi, jika ia di tangan orang yang pandai menguruskannya, ia boleh jadi bertambah banyak. Maka, kita kena pastikan diri kita lebih baik, lebih berilmu, lebih bertanggung jawab, lebih berakhlak, lebih pemurah, dan lebih positif keseluruhannya.
Ex-penyewa pernah memberitahu bahawa gajinya 'kecik'; sebab tu tak dapat bayar sewa on time bila kena keluarkan belanja luar jangka (kereta rosak). Bila baru-baru ni saya tengok keadaan rumah sewa, nilai tanggungjawab dan disiplin dirinya memang boleh dipersoalkan.

Apa kejadah ko bakar lantai? Cucuh dengan puntung rokok ke?

I don't event want to know what chemicals are baked on the tiles. 

Korang pernah tengok paip air berkarat macam ni? Kalau kat rumah tinggal, tak hairanlah. Ke...penyewa ni dok kat hotel dan jarang2 sangat balik rumah sewa?

Kalau kita tengok rumah kotor dan bersepah, antara jawapan yang biasa kita dengar ialah, "standard la..rumah bujang". Jika inilah alasan yang jujur dari hati, maka tak hairanlah jika standard harta tak naik-naik; bahkan mungkin makin ketinggalan sebab inflasi naik lebih laju berbanding pertambahan pendapatan. Kalau rumah dibiarkan macam sarang tikus, maka hiduplah dengan standard tikus juga. Dan sila jangan komplen sana sini, hentam kerajaan, hentam pembangkang, dan marah masyarakat apabila tak mampu hidup seperti manusia normal. 
Grow, and wealth will follow.

Tuesday, July 21, 2015

Permainan bahasa

Sambil2 menghabiskan kuih raya, cer back-translate nama makanan ni ke bahasa Melayu.

Rhinocerous soaking
Flour lamp
Princess shower
Aloe vera
Duck droppings
Cake rise
Glutinous rice roasted
Cake prosperous
Knot love
Fuel plates
Ugly stick

(English translation done with Google Translate)

Friday, July 03, 2015

Mengapa lelaki suka Vivix

Betul ke Vivx ni bagus untuk awet muda dan sesuai untuk perempuan je? 

Kalau tengok manfaat Vivix yang ditunjukkan dalam poster tu, memang tak hairan kalau orang yang rajin minum Vivix nampak lebih muda dari umur sebenar. Mana tidaknya, Vivix 'memudakan' kita pada peringkat sel-sel badan. Bukan takat tahap kulit je. 

Bab gender ni, Vivix bukanlah bersifat sexist mahupun chauvinist. Laki pompuan boleh minum Vivix. Takat ni tak dengar lagi lelaki jadi perempuan bila minum Vivix, dan begitulah sebaliknya. Cuma, mungkin lelaki makin kelihatan menarik di mata perempuan bila selalu ambil Vivix. Dan begitulah sebaliknya.

Pada saya, kecantikan dan kemudaan tu lebih kepada 'kesan sampingan'. Bonus tambahan. Yang penting, saya dapat tahap kesihatan yang lebih baik. Penat-penat bayar insuran kesihatan, tapi kalau sakit, polisi insuran tu tak boleh kurangkan kesakitan. Maka, kita kenalah bertanggungjawab jaga kesihatan sendiri. Vivix ni boleh diibaratkan macam insuran yang aktif - melindungi badan dan mencegah penyakit2. 

Ate...apa lagi? Moh le antar wassap mesej kat 0132408451 untuk beli Vivix.