Wednesday, January 18, 2006

Salah Sangka

….salah sangka yang direncanakan...

Sebaris kata dari lagu Tak Mungkin Berpaling (Slam) menyentuh hatiku.

Ada salah sangka yang direncanakan untuk memporak perandakan hidup orang lain. Hang Tuah menjadi mangsa rencana salah sangka hingga dihukum bunuh oleh Sultan Melaka.

Ada juga salah sangka yang menimbulkan kelucuan seperti dalam Midsummer’s Night Dream. If nobody's harmed, then everyone can laugh.

Ada pula salah sangka yang direncanakan oleh manusia yang tidak sedar akan ketumpulan akal mereka. Orang yang sebegini, begitu cepat membuat kesimpulan tanpa mengambilkira hukum logik. Janganlah terburu-buru membuat kesimpulan dan tindakan jika fakta anda tidak lengkap. You cannot conclude that X is a bad guy based on a story about a particular action that X performed. Moreover, you cannot conclude the story teller actually hated X. Maybe that's not the intention of the story teller. He may be just pouring his heart out for the ecstasy of it (ooopsss.... macam familiar jer frasa nih... pinjam ek...*wink wink*) The story teller do not want you to judge or punish X.

So, please do not judge any X, Y and Z that appear in my blog. I have written about them, but you do not know the whole story. And to all X, Y and Z, I sincerely apologize if your image and well-being has been damaged by the inclusion of your identity in my blog.

Again, please do not judge any X, Y and Z (or Alif, Ba, and Ta). Janganlah sengaja merencana salah sangka. If you continue to do so after reading this, then, to me, you are one voyeuristic idiot!

A Better Man

Today I did something that I hope will change my life for the better. I completed writing my PhD proposal!

I sent a copy of the proposal to the head of department. She said she will read it and make some comments. (thanks in advance, sis. Head, ;-) ) I also emailed a copy to my supervisor-to-be. I hope he will take me up as his supervisee.

The joy of completing the proposal is beyond words. I felt tremendous satisfaction, and different shades of happiness. I pray that I will be able to experience this same feeling (or better?) when I complete my PhD thesis in three years time, insyaAllah.

Marwan, this post is a special dedication to you. This is my promise that I will complete my PhD. I want to achieve success so that I can share it with you. (Perhaps this is one of the ways of showing my love to you.) Please pray that I achieve that success.

(guess what song did I play as I wrote this post? Betterman, Robbie Williams)

Monday, January 16, 2006

Sayang lelaki

Masa lunch tadi...ada yg beri jawapan secara lisan kepada soalan nakal aku. Ikut dia, kalau sayangkan lelaki, tunjukkanlah dengan cara mengisi perutnya (not her words verbatim..). Ada yang nak setuju ke? Sapa yg suka makan, sila angkat tangan?

SYAIR 2005

Kisah pondok

Ombak besar telah menjulang
Parut di pantai nampak dipandang
Kadang menjelma kadang menghilang
Pantai tak sunyi dilanda gelombang

Pondok nan kecil telah berkecai
Tak ingin lagi di tepi pantai
Ingin menjauh dari sang badai
Hai air mata, hentilah berderai

Kasih yang satu jauh di mata
Bukan selalu dapat berjumpa
Bila masa berpisah semula
Berat menahan sebak di dada

Semakin lama semakin sayang
Kasih yang ada tidaklah kurang
Walaupun jasad jauh terhalang
Dirimu sayang tetap kukenang

Kisah pelangi petang

Tidak kusangka akan terjadi
Setelah karam dapat kemudi
Akhirnya dapat selamatkan diri
Dari tenggelam di laut bahari

Setelah selamat di darat kering
Terdengar melaung orang yang gering
Tidaklah aku mahu berbaring
Orang yang karam perlukan jaring

Anggaplah hamba bagi pelangi
Hadir sekejap harap disenangi
Sampai masanya tuan berdiri
Hamba akan berlalu pergi


Kisah membuka pintu

Biarlah suram kamarku ini
Sedaun pintu biarku kunci
Lebihlah baik bersunyi-sunyi
Tidak menyakit hati sendiri

Tidakku sangka tidak kuduga
Sedaun pintu terbuka juga
Dapat kulihat indah segala
Di cermin diri bermula cerita

Terasa diri semakin gagah
Menempuh hidup semakin tabah
Andainya nanti tersungkur rebah
Kutahu ada perawat lelah

Friday, January 13, 2006

Padi & Antah

Pagi-pagi menampi-nampi
ambil beras buang antah
baik buruk di dalam diri
dalam hidup menjadi rencah

Ambil beras buang antah
jangan sengaja cari bahana
dalam hidup menjadi rencah
adat manusia tidak sempurna

Jangan sengaja cari bahana
sawah yang luas diusahakan
adat manusia tidak sempurna
apa yang ada kita tatangkan

Thursday, January 12, 2006

Tanda Sayang

Tanya sama hati
apa asal sayang
apakah tandanya nampak dipandang?

Those are the words in a song that can be heard in Sarjan Hassan. Can you really see the signs of love? Let me try to give some examples.

Tanda murid sayang pada cikgu, buat homework.
Tanda majikan sayang pada pekerja, bagi bonus.
Tanda pekerja sayang pada majikan, kerja rajin2.
Tanda sayang pada kereta, service dan buat maintenence ikut jadual.
Tanda sayang pada penulis blog? Rajin-rajin le tulis komen. Heheheheh.

Nakal bertanya

Kalau nak sembelih lembu, pada lehernya
kalau nak membaja pokok, pada pangkalnya
kalau nak memetik bunga, pada tangkainya
kalau nak menyayangi manusia, di mana?

Friday, January 06, 2006

Qurban

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca-pembaca sekalian.

Sambil bertakbir nanti, cubalah terbangkan diri ke hadapan Kaabah, membawa penghayatan takbir itu untuk bersama dengan jemaah haji. Berdoalah mudah-mudahan, bagi yang belum, dapat menunaikan ibadah haji. Mohonlah kita dikurniakan nikmat menjadi tetamu Allah.

Ya Rabb! Kami ingin datang. Kami ingin datang. Terimalah kami.

Thursday, January 05, 2006

Ikatan dan Kasih Sayang

Wah.... terpanggil jugak aku akhirnya untuk menulis sesuatu tentang tajuk ini. Mungkin yang kutulis ini mengulang kembali apa yang pernah ditulis orang. Tapi, tak pe. Yang penting ada update kat blog aku nih... :D

Aku ingin menurut kata-kata dalam lagu Kris & Melly (Cinta) : "....ku turut petuamu, cintai dia yang mencintaiku". Tidaklah tangan bertepuk sebelah. Mudah saja jika dapat melabuhkan cinta pada seseorang yang sudi menerimanya. Maka terjadilah "hati yang dulu belayar, kini telah menepi".

Kekadang kita enggan memberi sayang kepada orang yang sayang pada kita. Mungkin kita tak suka dia. That's understandable. Atau mungkin kita tak nak sayang dia sebab ada syarat-syarat yang dia tak penuhi. Sebagai contoh, dia tak mahu diikat secara formal. So, kita lepaskan dia, yang mencintai kita, kerana kita tak tidak dapat mengikat dia. Kerana tak dapat membuat dia memasuki wilayah jajahan kita. (that's a bad kind of ikatan)

Jadi, dalam keadaan begini, hati kita akan belayar lagi. Sekali lagi menyabung ombak mencari pulau persinggahan. Lupakan saja dia yang ingin belayar mengikut haluannya sendiri.

Atau....kita boleh mencintai dia seadanya. Biarlah dia belayar. Kita pun boleh belayar. Jangan menangisi pelabuhan kasih yang ditinggalkan sepi. Senyumlah pada ufuk yang terbentang di depan mata. Yang penting adalah kita dapat meredah ombak dengan dia yang mencintai kita. Bukan mudah untuk berjumpa orang yang boleh mencintai kita. Jadi, usahlah dibiarkan dia pergi. Jangan gunakan all-or-none law.

Dalam senario yang berbeza, dua hati yang belayar, bertemu, dan mengharungi ombak suka duka, mungkin akhirnya membuat keputusan untuk mengikat diri masing-masih di pelabuhan bahagia. Telah banyak yang mereka lalui bersama. Telah teruji kukuhnya kasih, kuatnya sayang. Kedua-dua hati ini ingin menepi. Mungkin disebabkan umur yang meningkat, atau disebabkan utuhnya kasih sayang, atau disebabkan kesempurnaan yang dirasakan dalam jalinan kasih, maka tidak ada sebab lagi untuk merantau di samudera luas. Mereka mahu membina wilayah mereka sendiri. Ikatan itu satu keputusan yang diambil bersama.

Ini bukan ikatan yang membataskan kebebasan. Tapi sempadan yang mentakrifkan wilayah yang ingin dibina. Seperti puisi Zurinah Hassan,
“di sebuah kolam,
ada ikan-ikan yang mahu berenang,
bebas dan jauh.
Ada ikan jadi marah,
pada empat dinding yang menyekat,
perjalanannya.
Menghempas-hempas diri,
dan kemudian mengerti.
Dinding-dinding itulah mengepung air,
dan memberikan,
sebuah kolam untuknya.”

Hatiku masih lagi di laut lepas. Namun, ingin juga mengecapi ketenangan di pelabuhan. Ingin kubina sebuah wilayah dengan insan yang kufahami suka dukanya, insan yang memahami suka dukaku. Namun, yang kutemui….hanyalah wilayah Celcom. Hehehehhehe…

Manja

Baru-baru ni, ada seorang perempuan beri komen tentang aku. Alkisahnya, komen ini timbul disebabkan aku menjawab panggilan telefon perempuan tu ketika aku tidur ( waktu petang).
Aku jawab panggilan tu dalam keadaan mamai. Soalan-soalannya aku jawab dengan 'tak tahu' sebab otak aku belum reboot sepenuhnya.
Perempuan tu terus beri nasihat.
"lain kali, kalau tidur, jangan angkat telefon. Suara awak tu manjaaaaaaa sangat bunyinya. Buleh cair hati saya tau!"

Aiyoo....nasihat atau warning tuh? Tak sangka pulak suara bangun tido aku ni panas membara hingga boleh cairkan hati perempuan.

So, kepada sesapa yang tak nak cair...janganlah ganggu tidurku dengan panggilanmu. Hik hik....manja ke aku?

Wednesday, January 04, 2006

Before going to Pangkor

This is Marwan, posing for me, near the jetty before we board the ferry to Pangkor. He insisted on going to this particular part of the waterfront due to its water fountain.

Other photos would soon be posted here. Perhaps. God willing. May be. Posted by Picasa

Broken

Nukilan tahun baru belum siap. I have a few more paragraphs to add. In the meanwhile, please enjoy another example of my students' writing that left me in stitches (due to its form) and in deep shame (due to it reflecting my own weakness in educating the students).

"...represent sum of the value of population .... and is equivalence to the total of all together."

This comes from a Statistics quiz. So, perhaps I should pardon the linguistic accident.