memandang padi


Buah manggis cantik tampuk
Cantik juga bunga jerangau
Mata memandang padi berkepuk
Kaki terlekat di tangga dangau

Dalam nak mengejar cita-cita, kita kena muhasabah apakah yang menghalang kita mencapainya. Mungkin ada keputusan yg kita ambil membuat kita kekal di takuk yang sama, walaupun kita turut berusaha keras untuk mencapai cita-cita.

Kita selalu dengar orang yang mengeluh kerana 'nasibnya' tidak sebaik orang lain. Walaupun sudah jenuh berusaha sana sini, keadaan hidupnya tidak berubah seperti yang diinginkan. 

Ibarat memandu kereta, kadang-kadang kita tekan minyak, tapi kereta tak pergi laju jugak. Cuba check kaki yang lagi satu tu...mungkin pada masa yang sama kita sedang tekan brek. 

Comments