Monday, December 09, 2013

berani hantar

entah datang dari mana keberanian kali ini. Mungkin selepas menjejak kaki di Merapi, ada kekuatan tambahan yang diterima. Ada dua buah karya - satu baru, satu lama - yang masing-masing dihantar ke BH Ahad dan Dewan Sastera. Antara percaya dan tak percaya, kedua-duanya sudah diemel. Sekarang hanya berdoa, agar keputusan penerbitan = 100%. :-)

Mungkin juga keberanian itu tempias bisnes Shaklee. Setelah berupaya mencatat jualan yang diluar jangkaan sendiri, ada keseronokan yang timbul. Nak berniaga kena berani. Usah terkesan sangat dengan penolakan. Kalau editor satu ruangan puisi buat senyap... kita hantar ke editor lain. Kalau sorang bakal pelanggan buat senyap, kita approach pelanggan lain. Begitulah yang difaham setakat ini: nak jadi penyair bernama, kena berani hantar. Nak jadi ahli bisnes yang berjenama, kena berani kena reject.

Lepas ni nak cuba tanya Datuk Hishamuddin Tun Hussin. Dia kata nak berhenti merokok. Shaklee bagus Datuk.

Yang menteri dan rakyat jelata, ada yang berani nak rejek offer OmegaGuard bulan Disember ni? Kalau rasa nak accept, sila ...silakan.

No comments: