Saturday, April 05, 2014

Tennoji Zoo, Osaka

Pelancong ke Osaka mungkin kenal dengan kawan Tennoji. Di situlah letaknya Kintetsu Tower (the Eifel Tower of Osaka) dan Tennoji Zoo. Alhamdulillah, dapat kesempatan ke kedua-dua tempat tu pada lawatan ke Osaka minggu lepas. Haiwan di zoo ni lebih kurang dengan haiwan di zoo Malaysia jugak. Tak de la yang pelik sangat. Bagus kot untuk orang Jepun untuk dekat dengan haiwan, sebab Osaka dah terlalu dibangunkan sehingga haiwan-haiwan menjauh. Dengan adanya zoo macam ni, boleh la umat Jepun di Osaka dan kawasa yang dekat dengannya menikmati pemandangan haiwan dalam kandang. 

Burung ekor cantik hinggap atas ranting. Nak buat sarang ke?

Kuda belang makan rumput bertemankan ayam ..err... tak tau ayam jenis apa tu.

Terpegun tengok kecantikan warna burung flamingo ni. Rasa nak cubit-cubit je burung tu.


Berenanglah wahai kura-kura

Bersantailah wahai kura-kura. 

Pintu masuk yang berdekatan dengan Kintetsu Tower.
Ni ada kandang istimewa. Sekali tengok, rupa-rupanya manusia yang masuk kandang ni.

No comments: