Wednesday, April 09, 2014

Persidangan antarabangsa

Osaka! First time ke Jepun!

Itu antara jeritan hati bila dan confirm nak ke sana. Pada 27/3 sampai 31/3 awok pergi Asian Conference on Psychology and Behavioral Sciences. Ada satu paper pasal statistik yang dibentangkan.

Hotel tempat awok bermalam tu tak de la jauh sangat dengan tempat conference berlangsung. Jauh tak jauh...dalam 15 minit berjalan. Kalau tengok peta tu, memang tak terasa jauh. Kalau naik kereta, tak sempat enjin panas pun.

Memang tiap-tiap hari berjalan kaki ke hotel Rihga Riyal. Malamnya pulak, menapak untuk cari makan. Jalan sampai ke Osaka Station. Huhuhu... penaf gak le. Mengikut pengira langkah pada samsung s4, setial hari berjalan lebih kurang 20,000 langkah. Double dari target 10,000.

Sampai rasa tegang keting. Kalau amal setiap hari macam tu, mau menonjol otot kaki gamaknya. Orang kat Osaka ni pun nampaknya berjalan je kerojenya. Tak pun kayuh basikal. Patut le deme nampak slim melim je.

Kat kl ada sebab nak jalan kaki sampai 20,000 langkah sehari? Idok le nampak sebabnya lagi. Melainkan nak ngeluar peluh dengan sengaja. Elok la juga awok nempah hotel yg jauh sikit. Merasa la juga exercise kaki. Kalau kat uia ni menapak jejauh...nanti orang kata buang tabiat pulak. Hahaha.

Tapi, apa salahnya buang tabiat buruk dan mulakan tabiat yang elok. Ya tak?

Jom berjalan untuk kesihatan.

No comments: