Tuesday, March 17, 2015

Asam keping atau gelugor

Bunganya ringkas tidak ranggi
Buahnya kuning bila masak
Kuah laksa dialah penyeri
Rasa masam disangkal tidak


Haaa .. ni la dia bunga dan putik asam keping a.k.a. asam gelugor. Nama saintifiknya Garcinia atroviridis. Pokok dia ada kat depan rumah abah di kampung. Simple je bunga dia kan?

Kalau tengok gambar tu betul-betul, jangan pulak terpedaya dengan dua jenis daun yang berbeza. Ada pokok sirih yang dok menumpang pokok asam keping ni. Jangan dok buat fitnah bukan-bukan kat pokok asam keping ni ok. Hahaha.

Buah asam keping ni, bila dah masak, dia jadi kuning. Nampak cantik. Tampuk merahnya masih kekal walaupun buah dah masak. Buahnya sangat juicy, tapi tak sesuai dibuat jus sebab masam ya amat. 




Inilah rupanya bila buah yang masak dibelah. Ada biji yang bersalut pulpa lembut. Biasanya biji ni dibuang sebelum buah dihiris-hiris.

Setelah dihiris, ia dijemur sampai kering. Dari warna kuning, dia akan jadi warna coklat atau kehitaman. Bila dah kering, apa lagi...jom masak laksa.

No comments: