refleksi Khutbah Jumaat

Wahyu yang diturunkan, dan Rasul yang diutuskan, telah berjaya mengubah masyrakat Arab jahiliah. 'Hardware'nya masih sama; cuma 'spiritualware' telah diperbaiki untuk menghasilkan masyarakat yang adil, aman, dan makmur. Kalau dulu encik Abu kuat bergaduh kerana judi, setelah menyerahkan diri kepada Allah, encik Abu kuat bergaduh untuk mempertahankan keadilan.


Salah satu perbuatan keji Arab jahiliah ialah menanam bayi perempuan: malu dengan 'bala' yang diturunkan. Mereka tanam bayi ini hidup-hidup. Itu kes lebih 1400 tahun yang lalu.

Di Malaysia, zaman kita hidup sekarang ini, makin ramai manusia yang lebih zalim daripada Arab jahiliah. Bayi yang baru lahir dibunuh, tak kira perempuan atau lelaki. Sejahil-jahil Arab, mereka tidak membunuh bayi lelaki. Di Malaysia, bayi yang baru lahir dibunuh dengan cara ditikam, diletak di tempat pembuangan sampah, di tenggelamkan di dalam tandas, dan pelbagai kaedah yang kejam. Sejahil-jahil Arab, mereka 'menyimpan' bayi di dalam tanah: tidaklah mayat bayi itu tersiksa berlebihan.

Kseimpulan mudah yang boleh diambil dari perbandingan mudah ini (emphasis on 'mudah'), di Malaysia sudah membiak kejahilan yang lebih teruk daripada kejahilan di zaman sebelum Muhammad s.a.w. diutuskan sebagai Rasul. Siapakah yang akan mampu mengubah dan menyelamatkan umat Islam di Malaysia ini? Wahyu telahpun disempurnakan. Tiada lagi wahyu baru. Justeru, siapakah yang cukup kuat dan berani untuk menghidupkan dan menguatkuasakan wahyu yang sempurna itu?

Setidak-tidaknya, hidupkanlah wahyu dan sunnah Nabi dalam diri masing-masing. Tambah amalan berdasarkan sunnah dan wahyu dari hari ke hari. Tinggalkan amalan jahiliah dan amalan yang hampir kepada jahiliah.

Ya Allah...selamatkanlah kami.

Comments