Monday, January 20, 2014

Cuti-cuti di Pangkor

Kesempatan balik kampung pada minggu lepas diisi dengan trip ke Pulau Pangkor. Kalau ikut selera, nak ke Pangkor Laut Resort. Tapi, poket membenarkan ke Pulau Pangkor je. Dan tak bermalam pun. Sempat solat Jumaat dan mandi kat Teluk Nipah. Suka sangat la bebudak dapat mandi laut. Walaupun matahari cerah dan panas, tapi air laut rasa nyaman (dan masin, kan Zayd kan?).

Sukanya dia dapat perhatian dari kakak-kakak. 

Serius cantik, dan serius sejuk masjid ni. 

Nampak teluknya, tapi tak tau di mana nipahnya.

Tu bukan pulau pandan. Dekat je tu. Kalau berkayak, sepenanak nasi sampai la. Nasi berapa gantang tak tau.

Buai slow-slow, sampai Pulau Pangkor, apa dalam poket, duit tinggal sikit. Haha. (Apsal kena bayar membership fee utk naik feri kat Marina Island?)
Overall, best jugak pergi Pangkor. Dah jadi master dgn Shaklee nanti, boleh la ke Pangkor Laut Resort pulak.

No comments: