Mengurus Masa

Dalam dunia korporat mahupun pendidikan, training yang popular termasuklah pengurusan masa. Mula-mulanya memang tertarik dengan keseksian tajuk tu. Namun, dah lebih sepuluh tahun kot dapat kesedaran bahawa kita sebenarnya tidak mengurus masa; masa akan berlalu tanpa sesiapa mengurusnya. Pernah ke masa terlambat atau tercepat? Cukup je 24jam sehari. (unless you're talking about the slight speeding up of the earth's rotation).

Jadi, apa yang kita boleh uruskan ialah aktiviti kita. We decide how much time do we spend on the activities that we CHOOSE to do. Orang 'membazir' masa dengan memilih aktiviti yang tidak berfaedah. Ataupun bertangguh dari membuat sesuatu yang sepatutnya kita buat.


Bila diajak buat bisnes, ramai yang menolak dengan alasan 'tak de masa'. hakikatnya, kita memilih untuk buat something selain dari aktiviti bisness. ada yang membazirkan masa sejam sehari dengan main game di depan komputer. Kalau sejam tu digunakan untuk buat bisnes, lebih nampak produktiviti kita. Contohnya, bagi perniagaan online, banyak pemasaran yang dilakukan melalui media sosial. Kalau kita pilih untuk gunakan sejam tu untuk update blog, Facebook status dan page, memang busines boleh berjalan. Daripada dapat pujian 'sweet' dari CandyCrush, kita boleh dapat 'sweet' bila lihat bonus yang masuk tiap-tiap bulan.

Memang rugilah orang yang membazirkan masa.

Comments