Sains kesihatan dalam al-Quran

Apakah satu kesan yang biasa berlaku pada orang yang hidup dalam keadaan berbaring?

A. bed sores
B. pressure ulcer
C. decubitus ulcer
D. all of the above

Jawapannya ialah D sebab A, B dan C merujuk kepada perkara yang sama. Dalam bahasa Melayu tak pasti pulak apa istilahnya. Kudis katil? Ulser tekanan? Kita tanya orang kat DBP. Mungkin orang DBP boleh beri istilah untuk menghuraikan apa yang dialami ramai pesakit di hospital yang menghabiskan kebanyakan masa terbaring atas katil (contoh: pesakit yang koma)

Bed sores ni terjadi selalunya pada bahagian punggung, siku, peha, tumit, buku lali, bahu, belakang badan, dan belakang kepala. Mengapa? Sebab inilah bahagian badan yang cenderung untuk terkena tekanan dalam posisi berbaring. Luka/kudis itu terjadi sebab tekanan mengurangkan aliran darah kebahagian yang ditekan (iskemia). Cuba demonstrasi simple ni: cuba tekan ibu jari kanan pada tapak tangan kiri. Bahagian yang ditekan tu akan jadi putih, kan? Kemudian dia jadi merah balik sebab darah mengalir semula kebahagian tu.

Kalau darah tidak mengalir, bahagian yang terjejas akan mengalami kekurangan oksigen. Tanpa oksigen yang mencukupi, bahagian kulit akan mati secara perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Mulanya mungkin kulit jadi mati. Kemudian bahagian yang mati tu akan 'terkopek' dan jadi berlubang. Lubang tu boleh berkembang menjadi 'kawah' (as in volcanic crater) dan mula menjejaskan tisu di bawah kulit. Pada peringkat akhir, luka tu jadi sangat dalam hingga menjejaskan sendi, otot, dan tulang.

Antara preventive measure untuk mengurangkan bed sores ialah menggalakkan pesakit bergerak (kepada mereka yang mampu). Bagi yang koma, ripple mattress boleh digunakan. Tilam ni menghasilkan kesan gerakan pada pesakit. Kepentingan pergerakan semasa tidur yang panjang telahpun disebut dalam al-Quran. Masa sembang-sembang dengan Ustaz Abdullah Bukhari semasa breakfast pagi tadi, dia menyebut kisah ashabul kahfi. Dapat pencerahan bagi ayat al-Quran ni.

And you would think them awake, while they were asleep. And We turned them to the right and to the left, while their dog stretched his forelegs at the entrance. (al-Kahfi, 18)

Allahu Akbar. Besarnya kekuasaan Allah swt. Ada scientific relevence dalam kenyataan yang Allah kongsikan dengan kita.

Comments