Tuesday, January 14, 2014

Master Peace and Conflict


Semalam iklan kereta, hari ni iklan program master pulak. Program ni baru ditawarkan oleh Department of Psychology UIAM. Kalau korang join program ni, korang akan jadi batch pertama. Kiranya, pioneer program ni la. Ada kursus dari department psychology, sociology, dan political science. Sangat sesuai untuk korang yang suka belajar macam-macam subjek.

Sesapa yang teringin nak sambung belajar, tak kira tua muda, asalkan memenuhi syarat-syarat, dipersilakan membuat permohonan. Tak susah pun nak buat master ni sebenarnya. Kena pandai cari masa. Dan yakinkan diri "I am a future master degree holder". Dengan degree ni korang boleh apply kerja kat United Nation - cuba damaikan tempat2 yang banyak konflik tu. Paling tidak, korang boleh create peace dan selesaikan konflik dalam diri dan keluarga korang.

Orang yang buat Shaklee pun ramai yang bercita-cita dapat jadi Master. Tapi itu tak leh ambil through UIA la. Kena belajar dari upline masing-masing.

No comments: