Thursday, January 09, 2014

Oh my statistics

Selesai sudah pengajaran statistik semester ni. Semalam final exam. Habis exam petang tu, terus pulun marking - sampai kul 12 tengah malam. Pagi ni sambung lagi. La ni dah siap key in markah.

Alhamdulillah.
1) Dah selesai urusan pengajaran.
2) Dapat tengok beberapa orang students dengan keputusan cemerlang

Rasa nak nanges
1) exam start lambat sebab masalah teknikal - mikrofon tak berbunyi
2) statistical table lambat sampai dewan exam. (salah communication ni rasanya)
3) terpaksa tengok beberapa orang students yang sama lagi semester depan. Kalau dah ada exam anxiety yang tinggi, kira-kira yang senang pun jadi kelam kabut. Cam ne 2+0.2 boleh jadi 0.4.

Oh my statistics!

No comments: