Skala interval

Nombor yang diperoleh menggunakan skala interval mempunyai lebih makna berbanding skala ordinal dan nominal. Bukan saja ada turutan nombor, malah sela atau jarak antara nombor yang berturutan adalah sama. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai skala sama sela (equal interval scale)

Suhu yang diukur menggunakan skala Celcius adalah contoh terbaik skala interval. Antara 10 dan 11 ada perbezaan suhu yang sama dengan antara 11 dan 12. Dua duanya ada beza 1 darjah celcius. 1 darjah itu dibezakan oleh jumlah pergerakan zarah yang menghasilkan haba. Namun, pada suhu 0C, zarah masih bergerak. Dalam kes ini, nilai 0 dianggap sebagai nilai pilihan.

Ini berbeza dari skala nisbah di mana nilai 0 ialah kosong yang mutlak. Maksudnya, nilai 0 itu menandakan ketiadaan hal yang ingin diukur. Sistem Kelvin mempunyai 0 mutlak.

Dengan skala nisbah dan interval, kita boleh menyatakan 8 ialah 2 kali lebih kecil daripada 4 sebab ada sela yang tetap anatara nombor berturutan. Ciri ini sangat penting dalam pengukuran yang mengutamakan kejituan dan ketepatan. Jika kita nak mengukur panjang kayu, kita tahu bahawa 4 meter ialah dua kali lebih panjang daripada 2 meter. Dan kita boleh gabungkan dua keping kayu berukuran 2 meter untuk menghasilkan kayu sepanjang 4 meter. Operasi seperti ini mustahil dapat dilaksanakan dengan skala ordinal. Dua Supervisor yang digabungkan tidak akan menghasilkan seorang Key Coordinator!

Comments