Aku Lain-Lain Perkara

Di celah-celah kertas-kertas cadanganmu
mungkin tercatat hasrat dan impianku
maka itu kau tekun menelitinya
satu persatu

Kertas laporan yang kau tulis
dengan penuh fokus dan gigih
mungkinkah ada imbasan suaraku
atau surihan nafasku?

Adakah kau mencari aku
dalam timbunan fail mejamu
kerana di situ ada piawaian carakerja
prosedur menghargai aku?

Sekali-sekala lihatlah aku
di antara helaian minit mesyuaratmu
ada saja namaku dicatat
untuk lain-lain perkara

Di manakah hendak kuletak diri ini
bila tidak lagi
menjadi agenda utamamu

Comments