Saturday, November 27, 2010

Pantun Musim Sejuk

kena hujan basah kuyup
sekadar basah bukan berbisa
biar sejuk angin bertiup
semangat kerja panas terasa

pokok tetap tegak berdiri
walau habis daun berguguran
kerja mencapai matlamat diri
bukannya musim jadi sempadan

bunga menghilang bukan merajuk
menunggu hari kembang bergaya
di waktu panas atau pun sejuk
pintu terbuka untuk berjaya

2 comments:

-hazen said...

saya nak ambil ini boleh? tapi tukar kerja dengan belajar.

boleh ke?

Harris Shah Abd Hamid said...

silakan ambil dan ubahsuai