Allah di dalam Bible

Akhbar The Herald di Malaysia menggunakan perkataan 'Allah' di dalam Bible untuk merujuk kepada Tuhan. Akhbar ini dihalang meneruskan penggunaan perkataan 'Allah' oleh Kementerian Dalam Negeri. Pihak penerbit, dan para penyokong - termasuklah di MalaysiaToday - menghujah dan mencerca larangan yang dikenakan KDN. Pihak penerbit dilaporkan berkata bahawa perkataan 'Allah' digunakan dalam akhbar Herald kerana perkataan itu terkandung dalam Bible versi Bahasa Melayu. Pihak yang mencerca pula 'menghujahkan' bahawa perkataan 'Allah' itu adalah dari bahasa Arab, dan UMNO tidak berhak menghadkan penggunaannya. 

Sebagai saintis, saya skeptikal dengan hujah yang diberi. Ada kelonggaran dalam hujah-hujah tersebut. Perlu dicari, dan dijelaskan, apakah Bible versi Arab menggunakan perkataan 'Allah' atau tidak. Di Bible versi mana lagi terkandung perkataan itu? Apakah perkataan yang diguna bagi membawa maksud 'Tuhan' dalam Bible versi Mandarin, Hindi, Tagalog, Thai, Swahili, dan lain-lain? 

Hujah oleh si pencerca seolah-olah melemahkan lagi alasan yang diberi penerbit Herald. Jika 'Allah' ialah perkataan Arab, mengapa ia digunakan dalam Bible versi Bahasa MELAYU?

Sebagai ergonomis dan pengajar psikologi pengguna, saya sinikal dengan sikap penerbit Herald. Penggunaan perkataan Allah kelihatan satu rekayasa berpusatkan pengguna (user-centred design). Sebagai saintis, saya melihat setiap istilah atau perkataan perlu diguna secara tepat dan jelas. Di kalangan Melayu, Allah sinonim dengan Tuhan. Maka, mudahlah untuk menghuraikan konsep ketuhanan Kristian kepada orang Melayu dengan menggunakan Allah. 

Di kalangan Tionghua, Tamil, Hokkien, dan lain-lain bukan Melayu di Malaysia, sinonimkah 'Allah' dengan Tuhan? Adakah Bible di kalangan mereka terkandung perkataan Allah? 

I'm sceptical and cynical, and want to search for some answers. 

Comments

awang kata said…
Bahasa, agama, perundangan negara, adat istiadat setempat": perlu diambil kira jika nak guna perkataan Allah. Malaysia tetap Malaysia dan bukan seperti negara-negara lain. Ini yang perlu dihormati dan dihayati. Hak negara juga perlu dilihat secara jelas dan tidak bersikap buta, pekak dan bisu.