Pandangan-pandangan tentang rokok

Ada banyak sebab tabiat merokok MESTI dihentikan, atau sekurang-kurangnya dikurangkan. Sebab-sebab yang disenaraikan berikut ditujukan kepada saudara seIslam. Banyak sudut pandangan yang menyerlahkan keburukan merokok.

1) Pandangan agama: merokok haram, atau seringan-ringannya, makruh. Ada fatwa pengharaman merokok. Mampukah dan rajinkan bermujtahid untuk mengeluarkan fatwa yang bertentangan?

2) Pandangan sains perubatan: merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Banyak kajian yang menunjukkan perkaitan tabiat merokok dan penyakit. Malahan, tak keterlaluan jika merokok dikatakan sebagai penyebab bagi penyakit tersebut. Rasanya, kajian-kajian yang ditaja oleh syarikat tembakau saja yang menyerlahkan kebaikan klinikal rokok.

3) Pandangan peribadi: rokok tu pahit dan berbau busuk. Bau rokok dalam tandas lagi la busuk. Kebusukannya berintensiti tinggi.

4) Pandangan psikologi pengguna: Membeli rokok boleh dikategorikan perlakuan pembelian ketagihan, yakni pembelian yang tak perlu. Dalam kata lain, membeli rokok tidak dapat diwajarkan sebagai perlakuan normal. 

5) Pandangan kebersihan persekitaran: Banyak puntung rokok yang bertebaran di kawasan awam. Sesetengah perokok melihat seluruh muka bumi ni seolah-olah bekas abu rokok. Ini tabiat kotor yang perlu dihentikan.

6) Pandangan persaudaraan Islam: keuntungan syarikat tembakau mengalir ke tangan Zionis. Seolah-olah setiap rokok yang dinyalakan menyumbang kepada terbakarnya tanah Palestine. Sebatang rokok yang dihisap, asapnya timbul di Palestine. Merah bara rokok, merah lagi darah warga Palestine yang disimbahkan Zionis. Setiap puntung rokok yang ditenyehkan ke bekas abu, atau dipijak ke tanah sepertilah askar Zionis menginjak kepala rakyat Palestine, dan meludah muka seluruh warga Muslim di dunia. 

7) Pandangan hati: tepuk dada tanya iman.

Comments

Aina said…
pandangan mastikus -> kenapa ada rokok??? siapa lah gatal cipta rokok ye??? fening fening
tu kena buat kajian arkeologi tuh