Thursday, February 27, 2014

Statistics anxiety and psychology students

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Satu KPI tahun ni dah tercapai. Penat lelah bekerja tahun lepas (iyea la tu... macam la berpeluh bergantang-gantang, kan?) dibalas dengan penerbitan artikel kat jurnal pada awal tahun ni. Yeay. Boleh buat kerja menulis lagi untuk capai KPI tahun depan pulak.

Bukan senang nak menulis untuk journal. Tempoh dari mula menulis hingga ke terbitnya artikel tu agak lama. In some cases, bertahun. Sebab nak siapkan manuskrip tu satu hal. Nak revise manuskrip mengikut feedback dari reviewers satu lagi hal. Ada yang bertambah uban sebab nak siapkan satu artikel.

So, memang Alhamdulillah banyak kali sebab satu artikel dapat diterbitkan tahun ni. Paper ni dah dibentangkan kat IPRC pada tahun 2013. Kemudian, modify bagi cantik lagi, then dihantar ke editor jurnal. Seronok jugak buat paper ni, sebab kajiannya berdasarkan kelas yang diajar. Selain apa yang ditulis dalam artikel ni, ada banyak lagi contoh tingkahlaku students yang 'takut' statistik.

InsyaAllah, akan ada satu lagi artikel dengan topik yang sama. Abstrak paper tu dah diterima untuk pembentangan di Asian Conference of Psychology di Osaka (27 Mac - sebulan lagi! huhuh...tak sabar nak fly ke Jepun). Paper penuhnya sudah siap, cuma rasa nak polish lagi supaya lebih mantap. InsyaAllah paper tu akan masuk conference proceedings. Untuk rezeki lebih, minta-minta paper tu terpilih untuk dimasukkan dalam jurnal oleh pihak penganjur.

Setelah berpenat-lelah, kita serahkan keputusannya kepada Allah swt. Perkenankanlah, Ya Allah.


No comments: