Friday, February 28, 2014

papan kekunci

Agaknya, Doraemon ada papan kekunci ajaib tak? Teringin rasanya nak memiliki papan kekunci yang ada kekunci istimewa untuk bantu buat kerja.

kunci Esc: untuk melepaskan diri dari meeting yang boring.
kunci Ctrl: untuk mengawal tahap kemarahan bila ada orang yang menyusahkan kerja anda.
kunci Insert: untuk memasukkan makanan dan minuman ke dalam badan anda ketika sedang sangat sibuk dan sangat lapar.
kunci F1: untuk memecut dan mencilok dengan selamat waktu nak balik kampung
kunci Home: untuk menghantar anda balik ke rumah secara teleportation.


(updated post)

No comments: