Thursday, February 13, 2014

Pantau bahasa



Bengkel kereta di Wangsa Melawati ni boleh diberi tabik. Bukan sebab kecemerlangan servis kereta. Tuan blog tak pernah hantar kereta ke sini pun. Dan tak tau sapa-sapa yang pernah hantar kereta di sini. Tuan bengkel pun tak diketahui sapa. 

Jadi, apa yang istimewanya bengkel ni? Meh zoom in pada iklannya.















Lepas ni tak boleh guna istilah 'balancing' dan 'alignment' dengan alasan tak tahu istilahnya dalam bahasa Melayu. Orang bengkel ni dah ajar dah. Dia letak istilah Melayu di atas bahasa Inggeris. Bukan sekadar hormat, malah dapat mengajar. Tabik la! Tahniah kepada Bengkel HKS..

Lepas ni, bila korang pergi bengkel, cakap kat taukeh bengkel yang korang nak buat pengimbangan atau penjajaran. Kalau dia tak faham, suruh dia belajar dari taukeh HKS.

No comments: