Wednesday, February 19, 2014

Mengajar statistik

Semester ni mengajar statistik untuk dua sections; ada 102 orang students.

Untuk pastikan students buat latihan dan kerja statistik, kali ni ambil approach penggunaan buku latihan. Mula-mula sekali, suruh students tulis matlamat dan sasaran untuk semester ni. Ada yang tulis dengan jelas, ada yang tulis secara umum je.

Dah masuk minggu ketiga, ada bahan2 yang diberi untuk dicatat dalam buku latihan. Students juga sepatutnya buat sendiri soalan latihan di buku teks. Melihatkan jumlah kerja yang dihasilkan, nampak dah taburan markah untuk students ni nanti. Ada yang rajin, dan dah buat banyak latihan. Dijangkakan mereka ni dapat buat soalan2 yang akan diberi dalam kuiz dan exam. InsyaAllah depa boleh skor gred tinggi.

Yang buat ala kadar je tu, kalau nak mengelak dari kena repeat, elok la melipatgandakan usaha. Cakap sampai berbuih mulut pun tak guna kalau diri sendiri tak nak berusaha. Patutnya, tak payah nak check buku latihan depa pun. Dah besar panjang. boleh buat sendiri. Tapi, berdasarkan pengalaman mengajar statistik ni, memang kena pantau closely. Ada yang 'hanyut' kalau tak diberi perhatian. Dan ada yang merelakan dirinya hanyut. Yang 'sedih'nya, semester berikutnya depa akan mudik semula ke hulu, memulakan perjalanan baru, dan hanyut sekali lagi. (bilangan kes macam ni sikit je ... istilah statistik nya, outlier). NOnetheless, one failure is too many for me.

Untuk yang ambil statistik semester ni, buat betul2, ok!

1 comment:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

payah jugak statistik nih