SMART Ramadhan

Bulan beralih bulan, Ramadhan menyusul lagi. Tibalah sekali lagi peluang untuk memperoleh taqwa, seperti yang terkandung dalam ayat 183 surah al-Baqarah. Bolehlah dikatakan taqwa merupakan satu target yang perlu dicapai sepanjang melalui Ramadhan. Mengikut literature psikologi, target boleh dicapai dengan berkesan jika memenuhi beberapa syarat.

Untuk mempersediakan diri dan menyambut Ramadhan yang mulia, eloklah kita memperincikan target untuk diri sendiri. Satu kaedah yang boleh diguna terangkum dalam SMART.

Specific - senaraikan matlamat yang jelas dan khusus bergantung kepada kemampuan diri sendiri dan pencapaian yang lepas. Eloklah diambil nasihat untuk memperbaiki amalan dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, hari ke hari. Tak cukup dengan meletakkan "nak jadi lebih baik". Perlu diperincikan "baik" itu dengan menyenaraikan aktiviti seperti membaca, solat, sedekah, dan lain-lain.

Measureable - Memanglah taqwa tidak dapat diukur dengan pembaris ataupun dacing. Yang boleh diukur adalah amalan zahir. Jika tahun lepas dapat "membaca 200 muka surat tafsir al-Quran", tahun ni bolehlah letakkan matlamat "membaca 400 muka surat tafsir al-quran". Jadi, mudah untuk mengukur sejauhmana matlamat ini tercapai.

Attainable - berbalik kepada point 'mengukur baju di badan sendiri', perlulah membuat hisab pencapaian sebelum ini. Kalau tahun lepas dapat solat tarawih 8 rakaat untuk 15 hari je, tak perlulah terlalu ambitious untuk tunaikan 20 rakaat tarawih sepanjang bulan. Takut tak tercapai, matlamat mudah terbarai, semangat cepat berkecai.

Relevant - matlamat yang tak berkaitan dengan taqwa, tak perlulah disenaraikan. "Menyertai perhimpunan membantah ISA" kurang berkaitan dengan amalan Ramadhan. "Berbuka puasa di lima hotel berlainan" pun tidak banyak menyumbang secara langsung kepada peningkatan taqwa.

Time-bound - kita ada tempoh sebulan je untuk mencapai matlamat ni. Pastikan matlamat2 tu boleh dilaksanakan dalam tempoh sebulan. Jangan melalut dengan membuat perancangan 1000 bulan, walaupun laylat-ulqadar memang jadi impian.

Selamat beramal. Moga makin bertambah taqwa, makin dekat denganNya.

Peningkatan dari segi kuantiti diharap dapat menzahirkan peningkatan kualiti taqwa.


Comments