Sekali membuka mata...

Macam2 yang boleh diperhatikan pada kawan2. Masing2 ada cerita, samaada cerita yang telus, direka-reka, atau dibuat-buat. Antara nak dengar atau tidak, melihat atau tidak, pilihan yang lebih ekonomikal ialah untuk tidak mendengar dan tidak melihat. Jimat masa, emosi, kesabaran, dan barangkali kurang dosa. Memilih untuk pejam dan pekakkan telinga menyumbang secara langsung kepada simplicity kehidupan. Selamat dari information overload. Bebas dari longgokan masalah. Senang hidup. Tapi, benarkah?

Mungkin soalan ini boleh dijawab dengan membezakan antara 'ambil peduli' dan 'ambil tahu'. Kedua-duanya melibatkan penerimaan maklumat. Namun, ada faktor pembeza yang sangat penting iaitu NIAT. Ambil peduli berdasarkan niat untuk menolong; samaada menolong orang lain atau diri sendiri. Kalau ada kawan yang bermuka muram (sedangkan hari sebelumnya ceria laksana 100 matahari), maka wajar bertanya2 untuk mengenalpasti masalah. Kalau diberi ruang, bolehlah sama2 mencari penyelesaian. Kalau tidak, cukuplah sekadar menjadi pendengar, atau pengambil peduli.

Ambil tahu pula lebih kepada memuaskan 'need for information'. Sebab musabab timbul keperluan tersebut berbagai-bagai. Tapi, secara umumnya, ia lebih kepada memenuhi keperluan peribadi. Berbeza dengan ambil peduli, matlamat pencarian maklumat ialah individu lain, bukannya diri sendiri. Ada spesis 'internet bergerak' yang mengumpul maklumat untuk meningkatkan 'knowledge power'. Adanya kuasa ilmu ini membolehkan dia memimpin orang lain. Kalau niatnya sinister, dia mungkin lebih berminat untuk menguasai, memanipulasi atau memperkotak-katik orang lain.

Dengan maklumat yang ada padanya, dia mudah mengatur rencana. Macam dalam telenovela Pinoy, watak antagonis pandai berhelah untuk mencapai cita-citanya. Biasanya, watak antagonis ialah perempuan yang kena reject dengan lelaki. Kalau si perempuan itu nak kan jugak lelaki tu, akan dikumpulnya maklumat buruk tentang saingannya. Maklumat itu akan diguna untuk menjatuhan mana2 saingannya dan memenangi lelaki idamannya. Keji.

Ada juga klon Mami Jarum yang mengumpul maklumat supaya ada bahan untuk dia berborak. Maklumat ibarat rempah ratus yang wajib ditabur dalam sesi mesyuarat tingkap. Lagi pedas maklumat tu, lagi la seronok berborak. Cerita hidup orang lain jadi bahan perencah untuk menyedapkan selera sendiri. Busuk.

Berbalik kepada pengambil peduli, keji dan busuk tidak sesuai dilabelkan kepada mereka. Mereka merisik maklumat untuk membantu orang lain, bukannya untuk kepentingan diri sendiri. Ada kalanya, maklumat yang dikumpul relevan secara langsung kepada diri sendiri. Berbalik kepada contoh telenovela Pinoy tadi, lelaki yg menjadi target perlu mengumpul maklumat tentang perempuan yang terkejar2kannya. Kalau dah mula perasan sifat gedik perempuan tu, ada baiknya dia mengumpul evidence dan information. Maklumat ini berguna untuk melindungi dirinya daripada fitnah, helah atau salah sangka yang ditimbulkan oleh perempuan itu. Kalau dibiarkan begitu saja, fitnah, helah dan salah sangka akan menjadi misteri yang menyelubungi hidup lelaki tu. Bila lagi nak ambil pengajaran daripada tv, kan?

Walaupun menjadi buta dan pekak boleh mengurangkan kerumitan dalam hidup, ada kalanya perlu juga membuka mata dan telinga. Sekali sekala membuka mata, akan terungkai misteri misterina.

Comments

afizan azman said…
maksud tersirat juga tersirat...jargon jargon jargon...org2 tetentu je faham isi kandung tersiratnya...
yang paling faham: Pengarah dan penulis skrip telenovela.