Thursday, March 27, 2014

sakura di osaka

Waktu menunggu bilik hotel sedia dimasuki, sempat menulis post ni. Pakai smart phone pun boleh update. Tuan phone je yang kekadang kurang smart; malas dan tak bijak ambil kesempatan dari masa yang terluang.

Mungkin ada benarnya perjalana  ke Osaka ini boleh dianggap satu percutian atau 'reward' setelah bekerja keras. Kertas kerja yang akan dibentangkan pada Ahad nanti bukannya digentel dengan tepung sambil menonton tv waktu malam. Data perlu dikutip dan dianalisa. Hasil analisis perlu diterjemah dan ditafsir mengikut kerangka yang bersesuaian. Kalau tak cukup tulang belakang, memang tak siap kertas kerja ni. Terima kasih kepada Muhamad Karimi yang bertindak sebagai penulis bersama. Tindakannya telah membantu menyiapkan sebuah kertas kerja.

Hakikatnya, ada kerja tambahan yang dijangkakan rentetan persidangan ini nanti. Kajian  tentang kerisauan statistik mahu dikembangkan lagi. Ada bahan yang boleh dipelajari di sini. Mungkin aspek penulisan, atau aspek kaedah kajian. Paling-paling tidak, dapatkan semangat dan motivasi untuk meneruskan  kajian.

Kajian yang dibentangkan nanti memang ingin dikembangkan, terutama dari segi analisis data. Bila berkongsi hasil kajian, biasanya akan terdedah kelemahan. Yang lemah itu mahu dibaiki. Bengkel Structural Equation Modelling telahpun didaftar. Moga nanti dapat ilmu tambahan untuk menulis sebuah lagi makalah.

Dalam bekerja itu, tidak dinafikan akan mengambil masa untuk meninjau-ninjau apa yang cantik di Osaka. Semasa berjalan-jalan di luar hotel tadi, sempat juga merakam sedikit keindahan. Jika kerisauan statistik sukar untuk dihadam, jemput jamah sakura dan flora indah ini.







p/s Text ditulis dengan smart phone. Gambar diupload guna laptop. Gabung dua teknologi untuk satu post.

No comments: