Tuesday, March 04, 2014

Exam di Universiti

Sekarang ni baru separuh masa pertama untuk semester ni. Belum masuk minggu mid-semester exam pun lagi. Tapi dah kena la fikir soalan2 untuk mid-sem dan juga final exam. Elok siapkan awal2, walaupun mungkin ada students yang study lewat2. Memang bila cakap pasal exam ni, macam2 cerita yang ada. Boleh buat slot Hot Chat radio Hot FM. :-)


Caller: Hello Kak Fara. Saya nak cerita pasal pengalaman saya ambil final exam.

Fara: Adik ni masih belajar lagi ke?

Caller: Ya. Saya masih belajar kat unversiti. Kisah ni berlaku dua tahun lepas. Pada semester tu saya kena ambil exam untuk subjek psikologi. Bersemangat study siang malam. Sambil study sambil dengar radio. 

Fara: Kelass....

Caller: Anyway, saya study dengan sorang kawan. Kami buat study group. Buat revision sama2. Buat soalan latihan sama2. 

Fara: Kalau study berdua ...tu namanya berduet dik.

Caller: Hahaha... ada2 je kak Fara ni. Tapi, saya memang study dengan kawan ni. Nak dijadikan cerita, satu hari tu, lepas study, kami jumpa sorang kawan sekelas. Dia pun ambil subjek psikologi tu jugak. Dia tanya kami, "awat hangpa tak mai final exam?". Saya pun terkejut la. "Exam esok kan?" Dia kata, "dak aiihh. Baru ja lepaih exam ni. Hangpa tak check exam slip ka?" Saya dan kawan berduet ...eh ..kawan study group tu....cemas la. Terus cari exam slip. BIla tengok balik, memang tarikh exam tu tarikh hari tu. 

Fara: Laaaaaaa....  adik dah missed exam la ya.

Caller: Betul kak. Kami tak tau la macam mana boleh salah tengok tarikh. Dua-dua dah tengok tarikh kat exam slip tu. Boleh pulak dua-dua orang salah baca. 

Fara: Abis tu... korang buat apa?

Caller: Apa lagi ... kami buat tebalkan muka je la pergi mengadap Head of Department Psychology [nota: Head of Department adalah orang yang mengarang dialog ni. hehe] Mengaku je la yang kami dah tersalah tengok tarikh. Kami minta la kot2 boleh dapat ambil exam tu jugak. Kami cuba explain dan mengaku salah kami.

Fara: Dia terima tak?

Caller: Dia dengar je. Lepas tu dia masukkan kisah kami ni dalam blog dia. Boleh ke gitu kak Fara?

Fara: Hahahah....kesian akak dengar cerita adik ni. Errr ... boleh akak tau apa address blog Head of Department awak tu?

Tuutt...tuut...tuuut
(Sampai la ni Fara tak jenguk blog HOD)

===========

Okay...kisah di atas banyak tambah ajinomoto. Jangan percaya sebagai fakta. Tapi, bab students dua orang yang missed exam pasal salah tarikh tu, memang betul2 berlaku. Dan fakta lain yang juga benar ialah keadaan dewan exam yang buat penjaga exam rasa nak menangis. Ni nak suruh budak2 ambil exam, atau repair perabot? Sapa la yang letakkan kerusi meja dalam dewan ni? Rasanya sesetengah kerusi meja tu layak masuk tapak pelupusan sampah je. Hopefully keadaan buruk macam ni tak berulang lagi. Pada exam last semester, ada banyak kerusi baru yang diguna.  

Selamat mengambil peperiksaan. Check tarikh exam betul2 ya.


Dah koyak rabak span. Sampai nampak 'tulang belikat' kerusi ni.

Yang ni lagi horror. Kerusi tak berkepala. Tinggal batang tengkuk je. Tajam pulak tu. Kalau budak injured sebab guna kerusi ni, sapa yang nak jawab?

Dah la kerusi tak selesa, kena dok tepi tingkap pulak. Cahaya matahari pagi masuk direct kot tingkap. Silau dan panas. Tak de langsir. Tutup pakai kertas manila je. Itupun tak semua kertas tu melekat kat tingkap. 

No comments: