Wednesday, March 26, 2014

Jambatan Sultan Abdul Jalil

Lokasi: Kuala Kangsar, Perak
Tarikh: 1 Februari 2014
Tajuk: Apa ke hei nya kotor benor tangga jambatan ni?






Ya Allah...buat malu orang Kuale je bila nengok tangga jambatan Sultan Abdul Jalil. Kalau tuanku nampak, merah padam muka tuanku agaknya. Tak padan langsung nama tuanku diletak kat jambatan yang macam dah berbulan-bulan tak dicium penyapu.

Ate... Majlis Daerah ape ke dibuatnya? Idok ke menjenguk-jenguk jambatan ni? Memang le tangga jambatan ni kat kawasan kampung. Ate Majlis Daerah nyuci bahagian kat pekan je ke? Awok pelik benor rasanya sebab daun dah bertepek-tepek kat atas tangga tu. Ada yang dah reput pun. Tak ada tanda penyapu cakar mahupun penyapu regih yang ngokor tangga jambatan ni. Awok bukan nak memfitnah Majlis Daerah. Sebelum ini pun ada pakcik dan makcik awok beritau jambatan tu kotor - dan deme sendiri yang bergotong-royong bersihkan. Nak harapkan orang kampung je ke pejabat Majlis Daerah hoi?

Yang teman tau, jambatan ni satu mercu tanda pekan Kuala. Ramai orang yang melepak di sini. Yang shooting ambil gambar pun ramai. Tambah pulak pengantin baru. Seronok deme dapat ambik gambor atas jambatan. Mengkala jambatan dah kotor macam rumah tinggal Kak Limah (tak balik rumah), sapa pulak yang berselera nak ambil gambar kat situ. Kak Limah sorang je yang berselera gamaknya.

Pada pagi itu, teman bawak le sikit semangat nak nyuci jambatan. Idok le susah sangat nak nyucinya...daun je. Yang ada pelik sikit botol ayor kencing setan. Manusia mana ntah yang dah dihasut iblis yang meletaknya kat kepala tangga. Orang kampung atau orang pekan awok tak tahu. Yang awak tahu, kalau orang yang minum tu orang Islam, awok rasa sedih. Rasa nak bakor je kedai yang jual arak. Husin weh....! Jom kita bakor!!!

Tapi Husin Wilcha idok le nyahut panggilan teman. Yang ada datang anak-anak sendiri dan anak-anak sedara. Dema pun seronok dan bersemangat nak nyuci jambatan. Tahniah le kome. Mudah-mudahan Allah kekalkan hati kome bersih dan suci dan ada rasa benci pada kekotoran. Berbelas-belas trip kereta sorong awok buat untuk buang daun-daun tu. tak dapat bakor kedai arak, awok bakor daun kering je.

Alhamdulillah, gotong-royong anak beranak pada pagi tu dapat membawa perubahan sikit. Keme bukan Majlis Daerah ... guna penyapu sendiri je. Tak de alatan canggih manggih nak cuci sampai tahap dapat pujian Sultan. Dan bukan nak mintak tuanku puji pun. Yang penting, hati awok puas. Mata pun rasa lapang nengok tangga jambatan udoh bersih. Lapang di mata lapang di hati.

Orang Majlis Dearah dijemput melapangkan masa untuk memantau kebersihan jambatan.




No comments: