coya punya coya

Hari Sabtu lepas adalah hari shopping. Kununnya nak shopping baju raya. Ada Ramadhan Festival di Lester. Tahun lepas, dengarnya meriah sungguh Festival tu. Ada banyak pilihan yang elok2 di situ.

Malangnya, tahun ni tak semeriah khabar tahun lepas. Exhibition lebih gah dari penjualan, rasanya. Macam gerai pameran di PWTC le pulak. Barang2 utk lelaki sangat sedikit berbanding barang2 utk perempuan. Takkan nak pakai pashmina raya pulak? Sudahnya, tak beli apa2 di situ. Jubah yang diharapkan ada, tak nampak di mata. Ada yg berkenanpun, tidak berkenan di akaun bank. Sampai GBP51 utk sepasang jubah. Tak mampu den.

Selesai di situ, mencoya di St George's Square pulak. Masuk kedai Next's Clearance. Sekali lagi, nafsu membeli tidak terangsang. Tak de menda yang nak di clear kan di situ. Pulang dengan tangan kosong. Tangan ku jugak yg clear.

Dari situ, bergerak ke High Cross. Banyak berjalan hari tu. High Cross ni shopping mall yg terbaru di Lester. Gedung John Lewis di situ memang cantik dan memukau sesiapa yg memandang. Tapi, barang siapa yg tidak cukup wang, terpukau mata dan mulut aje la. Tangan tidak jugak terpukau untuk membeli barang2 di situ. Harganya high macam nama mall nya jugak. So, jalan2 ke tempat lain, termasuklah butik Zara (yg dua tingkat tu), Debenhems (nak tengok baju Rocha John Rocha). Tapi, sudahnya, membeli barang di Perfume Point. Ada special offer hari tu, so beli la perfume yg kuat bau kayu.



Tu la baju raya tahun ni. Bukan beli di mall, square atau festival. Tapi di car boot sale semalam. Dapat rezeki di second hand market akhirnya. Nak beli barang brand new, tak mampu. Yang second hand pun kira ok la juga. Yg coklat tu Guide London. First time nak beli baju berbunga2 macam ni. Yg oren dan hijau tu, Zara. Still ada jodoh dengan Zara rupanya. Zara, oh Zara. Ko nak aku slim sebelum raya ke? Tak sempat eh...tinggal a few days je lagi. Sempit pun sempitlah, yg penting Zara. Hahahah.

Comments

Unknown said…
sama lah, last saturday was a shopping day, menapak tengah panas tapi yang dicari tak jugak jumpa, sampai di rumah dah rasa cam nak demam.

wah..beraya ngan baju bunga2 kali ni, join kawan sir yg nama br. afizan tu, kah? :p
tak la. saja nak cari kelainan tahun ni. bosan asik pakai baju plain color. Lagipun, tu baju yg nampak berkenan dan 'mampu' dibeli.
afizan azman said…
wowww...mcm mana smp ke blog abg pon ada yg tahu pasal fizan nie? hummm.
anyway arirada...your sir harris can afford more than zara...mood tak sampai lagi kot.