Protokol 'Add friends' di FaceBook

Soalan: kalau ditolak, nanti kata sombong. nak diterima, tak tau siapa. Apa protokol utk add friends?

Berikut jawapan yang diterima dari kawan2 dan respon kepada jawapan tersebut..

===================================================================

Mungkin message die dan tanya kalau dia pernah bercakap dengan kita... Mungkin kita tahu die sape tapi lupa...

Ya Allah…jadi satu kerja pulak nak mesej org tu balik. Lain la kalau memang ada terasa macam kenal-tapi-lupa. Kalau tak kenal langsung? Memang la motivasi rendah untuk antar mesej. Kalau nak menggatal tu boleh je bermesej2. Kalau tak terasa gatal? Tak de seru nak menggaru.

Tengok mutual fren.

Idea yang bagus. Memang ada pernah buat macam tu. Tapi, kekadang tu, mutual friends pun tak kenal jugak. Cam ne?

tiada gambar? tiada nama? kenapa mesti awak saja yg kena tahu protokol?? semua kena tahulah..urang mcm tu bikin suspen saja..kalau [saya] tulak truss..padan muka urang tu!!

Hahaha…. I like your answer. Betul tu. Gambar tak de. Nama pun pelik2. Seolah2 dapat salam dari orang invisible. Cam ne nak jawab? Tak tahu nak jawab kepada siapa.

huh...aku kalau tak kenal aku click ignore je..

Ini cadangan yang boleh diamalkan. Kalau dia tak puas hati, dia boleh antar mesej kat kita, kan?

yup, me too. And u don't hv to add ur [PhD supervisor]. Hehe. Dah 6 bln ignore ;p

Betulx3. Bahaya kalau masukkan supervisor dalam list. Nanti banyak maklumat tak perlu sampai kat dia.

bak orang tua "kata berkawan biar seribu, bercinta biar seorang" klick jer lah...

Betul jugak. Cumanya, dalam banyak2 ‘anonymous’ yang dah kena approve tu, idak pulak le deme nak memperkenalkan diri. Senyap sunyi je.

hahaha depands on u sir... If kenal xpe or ex student ke... Tp kalu takat add saje2 nk friends list sampai beribu baik xyah... Semak kt page jah...

Setuju 100%!!! Yang penting kualiti, bukan kuantiti. Kalau ada seribu kawan…tapi tak de sorang pun yg sudi nak bertanya kabar, baik berkawan dengan teddy bear je.

================================================================

Cadangan:

1) Kalau confirm orang yang nak di'add' tu kenal kita (best friend, geng naik basikal, jiran sebelah rumah, ustazah ngajar ja'ama), add lah macam biasa.

2) Kalau orang tu tak tentu kenal kita, berilah salam. Ayat2 berikut boleh digunakan untuk memperkenalkan diri:

a) Awak ingat saya tak? Kita pernah berjumpa di Persidangan Ketua-Ketua Kampung pada tahun lepas.

b) Hari tu awak beri saya business card masa berjumpa di Pasar Malam Taman Melawati. Ingat tak?

c) Pak Ngah, ini Lela - anak Usu Timah yang duduk di Kampung Jerlun tu. Masa saya kecik dulu, mak cakap Pak Ngah pernah beri saya hadiah sebab dapat nombor 1 dalam periksa. Sekarang saya dah masuk UPN. Terima kasih Pak Ngah.

d) Encik...ingat lagi tak kat saya? Saya pernah ambil paper Encik (Sejarah Tamadun India) masa di UiTM Shah Alam. Saya student yang selalu makan maruku dalam kelas.

e) Eh awak...awak kenal Fasha ya? Fasha tu kawan kita. Tak tau pulak dia ada kawan yang hensem macam awak ni. Boleh berkenalan? Nama saya Lisda. Tapi awak boleh panggil saya Nisda. Kalau dah berkenalan rapat nanti, awak boleh panggil saya Risda. See u later hensem.

f) Ustaz, tahniah atas kemenangan di pilihanraya kecil baru2 ini. Saya mohon Ustaz dapat addsaya sebagai kawan supaya dapat mengikuti perkembangan Ustaz selepas bergelar YB ini.


Rasanya, cukuplah contoh2 itu setakat ini. Gunakanlah mana2 yang sesuai.

Comments

Unknown said…
bergantung kepada niat menyertai fb..
- klu nak tambah kenalan, just add anybody
- klu nak keep in touch dengan kawan/org yg pernah dikenali, add orang yg dikenali saja..
Telipuk Kuala said…
Kelakarlah yang contoh makan maruku tu..heheh...anyway, komen saya serupa macam arirada. Setuju sangat.
Arirada: kekadang niat org berlawanan dgn niat kita. Tu pasal boleh timbul konflik.
Telipuk: yeah..dah dekat musim tempahan kuih raya nih...ada kot org bagi sampel maruku?