dua darjah





















Selepas 5 tahun di Kanada, dapatlah sekeping ijazah ni. Tak pergi pun majlis pengurniaan darjah yang pertama ni. Tak de tulis pun bidang pengkhususan (major - Psychology; minor - economics). Yang penting dah dapat. Boleh guna untuk mohon kerja.





















Bila tengok balik transcript ni, teringat masa belajar dulu. Best jugak belajar di Guelph. Fleksibel; boleh amik summer semester untuk kurangkan credit hours di fall dan winter semester yang berikutnya. Boleh score; kebanyakan kursus yg diajar jelas cara pemarkahannya. Kalau buat apa yg disuruh dalam course outline, insyaAllah boleh score. Tak de la banyak kerenah, tukar itu tukar ini, dan urusan pentadbirannya juga cekap. Alhamdulillah, merasa la 6 kali tersenarai di Dean's Honors List. Rasa bangga gak - budak kampung dapat kepujian kat negara omputih. Nanti Marwan usaha dan jadi lebih cemerlang dari ayah, ok?




















Darjah yang ni diterima dari U of London. Tempat belajar yang sebenarnya U College London. Tak de ditulis dalam darjah ni, sebab UCL tu adalah 'anak' kepada U of London. Lagi sempoi design dia kan? Tak de kerawang, tak de garisan, tak de border, etc. Tak pe la, design simple pun, tapi nama U of London tu yg buat dia ni mahal. Dan, tak terbayangkan untuk dapat masters of science, sebab darjah pertama dalam bidang arts. Rezeki. Alhamdulillah. So, kiranya, budak sains la ni, eh?



Comments

salida amran said…
saya punya cert for master of education pown takde tulih specialization which is psychology. risau gak sebenarnye..takut tak lepas MQA kalau nak mintak kerja...

so far yours is accepted for job kan,its very good laaa
tak cukup dgn scroll je... yg sama penting ialah transcript. baru orang tau apa subjek yg kita amik.