Wednesday, May 25, 2011

pandai berniaga (tambahan)

Ada jugak peniaga yang sesuka hati (?) mengenakan bayaran kepada orang ramai. Mereka sangat kreatif, manipulatif dan eksploitatif dalam mendefinisikan 'pelanggan'. Orang yang tak berkenaan pun mungkin dikenakan bayaran disebabkan mereka termasuk ( 'ter' = secara tak sengaja) dalam kategori pelanggan.

Sebagai contoh, orang ramai yang menggunakan kolam renang bolehlah dikelaskan sebagai pelanggan. Tak hairanlah kalau mereka dikenakan bayaran untuk menggunakan kolam renang dan kemudahan yang disediakan. Tapi, kalau orang yang sekadar meneman perenang, wajarkah dikenakan bayaran? Nak masuk je...bukan nak berenang atau berendam pun. Untuk apakah bayaran dikenakan kepada 'pelanggan' ini? Apa perkhidmatan yang 'dibeli' oleh peneman-peneman perenang ini?

Asal masuk saja, kena bayar: renang tak renang kami tak nak ambil tahu.

Ya Allah.... begitu 'kejam' price differentiation depa ni. Mungkin ini satu contoh perniagaan yang langsung tidak mengamalkan diskriminasi. Memang adil lagi saksama. Kalau diskriminasi, nanti rugi pulak, ya tak?

2 comments:

Ri said...

hmm.. sikap sesetengah daripada kita ada menyumbang kepada perkara caj masuk kolam renang ni, pak lang.

kata sekadar meneman. alih-alih tengok dia yang lebih :P

Harris Shah Abd Hamid said...

pelanggan yang baik terpaksa menanggung akibat dari perbuatan orang lain